Tips Penjagaan Selepas Bersunat

Tips Penjagaan Selepas Bersunat | Alhamdulillah masih dipanjangkan usia hari ini. Syukur Ya Allah. Ok, harini Lya nak kongsikan mengenai penjagaan luka selepas bersunat. Oleh kerana dua anak Lya akan bersunat pada 11 Disember nanti, Lya kena la ambil tahu mengenai penjagaan luka selepas diaorang bersunat nanti. Sedikit sebanyak dapat membantu Lya dalam penjagaan diaorang sepanjang tempoh "pantang" selepas bersunat. Al maklum la kali pertama buat Lya dan En Hubby, anak anak bakal bersunat. Banyak la yang kami kena ambil tahu.

Sebenarnya sepanjang pembacaan Lya setakat harini ni, adalah amat penting untuk kita tahu serba sedikit tentang penjagaan luka selepas bersunat supaya luka bersunat mudah sembuh dan akan menjadi sempurna di samping mengurangkan risiko jangkitan yang boleh melambatkan proses penyembuhan. Ok kat sini Lya nak kongsikan beberapa nasihat dan tips penjagaan selepas bersunat yang telah di kongsikan oleh rakan facebook iaitu Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar . Ni antara nasihat dari beliau yang boleh kita guna pakai untuk anak anak yang akan bersunat. Sesuai sangat untuk Lya ambil perhatian sebab dua anak bujang Lya, Iman dan Akif akan bersunat minggu depan.

Memetik tulisan beliau dalam perkongsian di facebook milik beliau ... "Saya dah jumpa ramai budak yang sudah bersunat, di bawa ke klinik untuk di periksa luka sunatnya. Majoriti nya datang setelah 5 - 10 hari lepas sunat, dengan masalah, luka tak sembuh, bengkak/ bentan, banyak kulit dan darah kering atau keruping melekat. Ramai parents yang risau  terutamanya mak mak"....

Tips Penjagaan Selepas Bersunat

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Untuk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci ( wound dressing). Boleh cuci dengan normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dengan clean gauze untuk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kepada anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lepas dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dengan cara ini, kawasan tu akan lebih kering ( kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jangan di gosok kuat atau sental untuk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.

3- Masalah yang kerap terjadi iaitu datang ke klinik lepas sunat " kulit keruping banyak melekat" boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Memang ramai juga yang datang dengan keruping banyak gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yang banyak ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil ( macam bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dalam 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process. Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sangat + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak macam nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dengan demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi banya air ( macam org lepas bersalin). Saya jumpa byk kali kes macam ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process utk sembuh, dan air yang diminum tak pergi kat penis tu (menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yg mencukupi penting untuk proses sembuh yang cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak makan kicap, bagi lah. Kalau kulit memang gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dengan kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat. 

6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dengan kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dgn kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat utk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia memang terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat.  Perlu juga banyak gerakan setelah 3 hari bersunat. Jangan asyik baring je layan tablet. Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan jalan sikit. Jangan pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni memang saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya memang diberi lepas sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan. 

8- Jumpa doktor jika tak pasti dengan perkembangan lepas sunat. Antara simptom yg perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah banyak keluar dari tempat jahitan /  bengkak yang di suspect infection( rujuk no.4).

9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yang lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yg jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. Saya dapat satu kes si bapa bawak anaknya yang dah 5 hari sunat untuk diperiksa. Saya saja

tanya " anak sunat guna clamp ke cara biasa?". Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman.

Panjang lebar perkongsian dari beliau. Bila Lya baca, ok la boleh cuba cara dan tips yang beliau kongsikan. Lya ada juga baca dan cari tips yang lain juga. Lya kongsikan kat sini tips penjagaan sunat yang dikongsikan oleh seorang ibu untuk korang kat bawah ni. Lya lupa dah ambil kat mana sebab Lya copy paste simpan dalam note jer masa tu. Untuk tuan empunya kalau terbaca, minta halal ya. Lya kongsikan kat bawah. Semoga bermanfaat.

Penjagaan Selepas Bersunat

1. Sentiasa pastikan bahagian kemaluan tidak basah. Pastikan selepas membuang air atau mandi, bahagian kemaluan perlu dilap kering. Kalau seriau, just letakkan gauze atau tuala pada kemaluan untuk serap air.
2. Semasa mandi boleh tutup kemaluan dengan cawan/mangkuk untuk elakkan terkena air yang berlebihan.
3. Jangan tahan untuk kencing. Suruh anak membuang air bila terasa. Perbuatan menahan kencing boleh sebabkan infeksi.
4. Kerapkan anginkan kemaluan. Jangan pakaikan seluar. Pakai kain pelikat untuk pengudaraan lebih baik. Semasa tidur, gantung kain pelikat supaya udara boleh keluar masuk, dan luka cepat kering.
5. Pastikan luka dicuci setiap hari. kalau di rumah boleh campurkan sedikit dettol (jangan banyak, pedih ok) dalam segayung air suam. Lap kawasan berjahit dengan gauze atau kain. Elakkan guna tisu kerana dikhuatiri melekat kepada kemaluan.
6. Beri ubat paracetamol (panadol) untuk tahan sakit. Boleh berikan antibiotik (biasanya cloxacilin) seperti yang diberi oleh doktor.
7. Anak perlu berehat, jangan aktif seperti biasa untuk proses penyembuhan dan untuk elakkan bentan.
8. Kalau bernanah, segera bawa ke klinik. Jangan biarkan, takut berlaku jangkitan.

Pemakanan Selepas Bersunat

1. Elakkan makanan berbisa seperti ikan keli, sembilang, pari, takut gatal dan luka lambat sembuh
2. Elakkan seafood (udang,ketam,sotong)- gatal
3. Elakkan telur - takut luka bernanah.
5. Makan buah oren dan citrus untuk segerakan proses penyembuhan luka.
6. makanan lain boleh makan seperti biasa.
Semoga entri ini dapat memberi panduan dan juga maklumat untuk ibubapa yang anak anaknya bakal bersunat nanti. 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Anak Saya disunatkan ketika berumur 9 tahun lagi.

    BalasPadam
  2. thanks for the info..sangat berguna...

    BalasPadam
  3. thanks, boleh apply umtuk anak saya nanti...

    BalasPadam
  4. Selamat menjaga org berpantang kak. Insha Allah dipermudahkan

    BalasPadam
  5. boleh buat panduan di masa akan datang

    BalasPadam
  6. ada baca pasal telur tu. "bg la anak makan teluar lepas sunat"
    tapi under pemakanan selepas sunat tu kata jgn makan teluar nanti bernanah atau luka lambat sembuh

    bole tolong explain? terima kasih

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.