Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan

Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan | Terpanggil dan hati meronta ronta untuk menulis dan berkongsi cerita mengenai guru hebat ini sejak kisahnya menjadi tular di media sosial. Lya turut mengikuti kisah Cikgu Azizan melalui coretan di media sosial dan group whatsapp guru sekolah. Sedikit mengenai Cikgu Azizan. Kerana ketegasan beliau mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini berhadapan dengan satu kes dan bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini. Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.


Kepada guru-guru dan orang awam di luar sana diharap dapat memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah kita sama sama sokong dari belakang. 

Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.
Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi


Kronologi Kes Cikgu Azizan

Ramai yang bertanya, bagaimana kronologi kes Cikgu Azizan yang tular di media sosial, apakah punca beliau didakwa di mahkamah, dan banyak lagi persoalan yang timbul.


Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes beliau:

31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 orang pesalah .Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:

- Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
- Buli.
- Memukul murid lain.
- Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula.

Kita doakan beliau tabah dan bersabar atas ujian ini, walau kita tidak mengenali tetapi kita semua tetap bersama. Ini hari beliau, mungkin nanti tiba hari kita.

Walau di mana pun kita berada zahirkan sokongan anda, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, kita gunakan semaksimanya media yang ada, gunakan hastag #PrayForCikguAzizan

Sumber : pendidik2u.my 

Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan #PrayForCikguAzizan

Bagi yang belum mengundi, korang boleh terus mengundi tanda sokongan buat GURU HEBAT ini di: Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan . Untuk anda yang ingin mengikuti kes Cikgu Azizan dengan lebih detail dan tidak terlepas info boleh follow channel telegram http://telegram.me/pendidik2u . 

Tanda sokongan Lya buat Cikgu Azizan. Jom sama sama kita tunjukkan sokongan moral yang tak berbelah bagi untuk Cikgu Azizan. Semoga segala urusan Cikgu Azizan dipermudahkan oleh Allah SWT. Aamin aamin. Sama sama kita mendoakan yang terbaik buat guru hebat ini. Sama sama kita tunjukkan sokongan yang tak berbelah bagi buat Cikgu Azizan. Semoga kemenangan berpihak kepada Cikgu Azizan. 



#PrayForCikguAzizan #PrayForCikguAzizan #PrayForCikguAzizan #PrayForCikguAzizan #PrayForCikguAzizan #PrayForCikguAzizan #PrayForCikguAzizan #PrayForCikguAzizan #PrayForCikguAzizan #PrayForCikguAzizan #PrayForCikguAzizan

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. doa yang mampu kita buat, semoga mendapat pengadilan terbaik daripada Allah Ya Adl....

    BalasPadam
  2. Allahu.Moga permudahkan setiap urusan..lapangkan laluan dan yakinlah niat yang baik...tetap baik ganjarannya biarpun lewat.

    BalasPadam
  3. doakan yg terbaik untuk cikgu Azizan..aamiin

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.