Petua Putihkan Baju Sekolah

Petua Putihkan Baju Sekolah | Baju sekolah putih kalau lama lama pakai akan mudah menjadi kusam. Bila dah kusam memang tak sedap la mata memandang. Kita yang mak mak ni kalau tengok baju sekolah anak anak kusam mula la duk cari alternatif terbaik untuk putihkan balik baju sekolah agar nampak seperti baru. Ya tak mak mak kat luar sana ? .. Opkos laa YA kan .. Pagi ni Lya nak kongsikan beberapa cara dan petua untuk mak mak kat luar sana, bagaimana cara nak putihkan baju sekolah.



1. Asingkan Baju Putih Daripada Pakaian Lain
- Elakkan cuci baju putih dengan pakaian berwarna gelap, tuala dan cadar kerana ia boleh mempengaruhi pakaian berwarna putih. Akibatnya baju putih nampak seperti kusam. Yang ni memang Lya amalkan untuk baju sekolah anak anak Lya. Biasanya baju sekolah diaorang Lya basuh guna tangan.

2. Asing Ikut Material
Dah siap asingkan pakaian berwarna putih,  pastikan setiap pakaian diasingkan mengikut material iaitu : 

- Acetates boleh digabung bersama acrylics
- Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
- Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
- Delicate perlu dicuci tangan

3. Rendam Dalam Air Suam
Sebelum rendam dalam air suam, jangan lupa periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas.

- Jika boleh, rendam dahulu baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya ‘setting’ terbaik untuk pakaian berwarna putih. Kemudian baru cuci dengan sabun seperti biasa.

4. Guna Jus Lemon Atau Cuka
Kalau korang kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasaran, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini akan menjadikan pakaian putih kembali putih.

- Caranya: Tuang ½ cawan jus lemon ke dalam mesin basuh atau baldi. Rendam pakaian putih  dan basuh seperti biasa kemudian jemur di bawah cahaya matahari kerana sinaran ultraviolet membantu mengembalikan warna putih pada pakaian sekolah.

5. Jauhi Bahan Peluntur
Bahan kimia seperti clorox boleh menyebabkan baju putih nampak seperti warna kuning. Lya memang tak suka guna clorox sebab baju putih mudah rosak. Nasihat Lya, elakkan guna clorox pada pakaian sekolah berwarna putih.

Iti saja perkongsian Lya untuk pagi ini. Semoga memberi manfaat kepada korang semua.Kalau korang ada petua dan cara lain selain yang Lya kongsikan kat atas, boleh tulis kat ruangan komen ya. Mana tahu boleh kita sama sama mencuba.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.