Pertama Kali Cuci Luka Anak Bersunat

Pertama Kali Cuci Luka Anak Bersunat | Semalam Lya bawa anak anak buka balutan sunat diaorang. Dr Alias ada bagitau masa hari bersunat 8.12 baru ni minta datang bukak balutan pada hari Ahad. Dalam masa 48 jam kena buka balutan. Masa bawak diaorang buka balutan semalam, semuanya berjalan dengan sempurna. Senang sangat nak buka balutan tu, senafas jer tariknya dah tercabut. Alhamdulillah dua dua takde masalah masa buka balutan. Dr dah pesan siap siap masa hari bersunat ritu, kalau datang nak buka balutan hari Ahad nanti mandi lama lama bagi basah kain balutan baru senang nak cabut balutan tu nanti. 

Kat klinik Dr Alias .. Tunggu nak bukak balutan. Umi cam seriau jer.. Huhuhu tapi diaorang ni relaks jer. Senyum lagi.

Muka cam pucat jer.. Hahaha sejuk ekon katanya sampaikan ketar ketar tangan sebab sejuk.Tambah tambah pulak sebelum ke klinik diaorang mandi lama tadi bagi kain balutan basah senang sikit nak cabut. 

Dak kecik ni sibuk duk tanya sakit ke tak sakit ke tak? .. Pastu dia cakap kalau Dr buat sakit, Umi dengan abah saman Dr ya. Alahai anak Umi. Macam macam laa.

Lepas buka balutan Dr cakap kena jaga elok elok, jaga kebersihan dan jangan makan makanan yang gatal gatal takut luka jahitan susah nak baik. Bengkak sebab cucuk bius pon belum baik lagi. Dr cakap tak perlu bimbang nanti ok. Untuk jahitan pula, Dr bagitau tak perlu tarik benang nanti benang tanggal sendiri. Apa yang penting sekali kena cuci kat tempat jahitan dan juga kawasan anu bagi bersih.

Masa dengar Dr terangkan bab bab cuci luka, Lya memang naik seriau dah. Nak nak masa Dr suruh cuci ngan putik kapas buang kuping kuping putih kuning kat sekeliling anu. Kena cuci bersih bersih tak nak nanti kena jangkitan kuman. Fuhh, payah jugak ni nak cuci cam rumit jer caranya. Anak anak Lya ni jenis tak tahan sakit. Agak agak kalau Umi dia yang cuci diaorang Ok ke tak ni. 

Balik rumah terus siapkan diaorang untuk cuci anu dan kawasan jahitan. Aduh ingatkan senang jer bab cuci cuci ni tapi rumit juga nak cuci luka anak bersunat ni ya. First time Lya cuci dengan ubat cuci yang Dr bekalkan, bila kena jer ubat cuci tu anak anak dah merengek pedih, pedih  pedih.. sakit la Umi.. siap nangis nangis lagi. Allahuakbar, kalau dah lagu tu Umi pon tumpang nangis sekali. Umi pulak yang terlebih tangisan. Mana tahan seorang Umi duk tengok anak anak dia nangis nangis siap pakej air mata berlinangan lagi. Hadoii kalau dah lagu tu, camne nak cuci lima enam kali sehari ni nak oi. Huhuhuhuhu ..


Pagi tadi Lya ada kongsikan status mengenai cuci luka sunat anak anak. Lya pon ada tanya kawan kawan yang berpengalaman tentang ni. Nak tau juga pengalaman mak mak handle masalah ni kot kot boleh dijadikan panduan. Ada la juga mak mak yang komen tapi tak banyak yang handle sendiri luka sunat anak anak. Ada yang suami diaorang yang handle. Huhuhuhu takpe laa janji ada yang sudi kongsi cerita ..






Untuk pagi tadi Lya cuci macam biasa, dedua menangis pedih .. Umi cam biasa laa nangis sekali (drama lebih ada sokmo) . Peluk anak anak sambil tangan ketar ketar cuci anu diaorang. Uikss tabahnya seorang Umi. Tapi nampak luaran jer tabah dalam hati dah banjir dah huhuhu.. tak tahan tengok diaoranga nangis. Umi nangis jer la depan diaorang. Tak sanggup tengok anak anak sakit, sambil cuci sambil nangis. Luka belum kering sepenuhnya, bengkak pon belum surut sebab tu la sakit dan pedih. Anak anak kena bertabah okey. Anak anak kena la kuat. Selesai juga akhirnya. Alhamdulillah. 

Untuk cuci luka tengahari tadi Umi try sehabis baik tanak emo lebih depan anak anak. Sehabis slow Umi buat untuk Akif dulu. Nasib baik la dia ok untuk kali ni. Takde la rasa pedih macam pagi tadi. Cuma mulut dia bunyi jugak la bagitau pedih sikit Umi. Umi buat slow slow okey. Masa giliran Iman pon ok jugak, tak menangis dah dia. Duk dediam jer masa Umi cuci luka dia. Alhamdulillah nampak dah makin kering luka jahitan anak anak. Semoga anak anak Lya cepat sembuh. Nanti dah sihat Umi lanje makan sesedap okey. Love u anak anak ..

Petang ni.. lena dia tidur. Semalam pon dia lena jer tido. Abang Iman jer semalam duk sakit sakit takle nak tido. Petang ni Abang Iman tak tido pon, duk baring baring jer. Nampak dah Ok dah dia. Akif ni takut takut sikit berbanding Abang Iman. Semua benda takut nak buat. Makan pon Umi suapkan .. alahaiii anak Umi sangat niiiii..

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. alhamdulillah, apa pun semua dah selamat kan...

    BalasPadam
  2. anak ida sunat guna laser.so takde balutan. nk cuci tu mmg seksa. die nyilu..die plak dok pegang tngan kita.huhu. tadi br g klinik sbb nmpk bengkak skit, doc kata normal

    BalasPadam
  3. kalau kite mesti bukan kite yang akan cucikan luke, ngilu je

    BalasPadam
  4. InsyaAllah pantang,,jg molek-molek cepat baik ya anak-anak acik PC...

    BalasPadam
  5. huhuuuuu ngeri plak rasa,kalau rasa memang tak leh dah nak hadap luka2 ni huhuu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.