Oh SkyNet Bila Barang Nak Sampai Ni...

December 22, 2017

Oh SkyNet Bila Barang Nak Sampai Ni... | Baru baru ni Lya ada beli barang kat Lazada. Pihak penjual dari Kuala Terengganu dah pos barang menggunakan kurier SkyNet pada 17 Disember 2017. Kalau ikut tracking result yang Lya print skrin dari laman SkyNet Tracking barang tersebut telah berada di SkyNet Kuala Terengganu pada jam 6 petang 17 Disember 2017. Pada 18 Disember 2017 barang tersebut selamat mendarat di Kuantan. Tunggu punya tunggu barang masih tak kunjung tiba. 19 Disember 2017 Lya try check lagi sekali. Apabenda masalah yang tak sampai sampai lagi. Fuhhh bila check keluar result barang masih di Kuantan. Tapi takde penghantaran keluar. 20 Disember 2017 Lya check lagi sekali. Adoi la terkejut la jugak bila check barang tu dah sampai kat Subang Jaya dah. Alahai dah kenapa ke Subang Jaya perginya. Pelik pelik sungguh. 


Try call SkyNet.. Bukan sekali dua call dekat berpuluh kali la jugak tak berangkat. Ntah apa masalah la takde sorang pon nak angkat phone. Sibuk sangat gamaknya kat situ masa Lya call. Panas hati la jugak sebab lama sangat barang tak jugak sampai. Nak tahu juga apa masalahnya. Dari tengahari Lya duk call. Call petang pon masih tak berjawap. Kalau ikutkan panas hati ni rasa jugak nak mengamuk. Tapi sabar sabar sabar dan terus bersabar. Nak mengamuk pon.. nak mengamuk kat sapa huhuhuhu..

Last last call keesokan harinya.. dalam sepuluh kali dail la jugak baru dapat bercakap ngan pihak Customer Services SkyNet. Hadoii laa lepas dah tanya jawap tanya jawap tanya jawap .. Dapatla Lya jawapan pasti. Katanya pihak SkyNet Kuala Terengganu salah hantar ke Kuantan. Sepatutnya hantar ke Kemaman. Sebab kawasan Lya dekat dengan sempadan Kemaman. Pihak Kemaman yang uruskan sebab sempadan jer. Yang Kuantan tak hantar sampai tempat Lya. Jadi bila barang dah salah hantar gitu kena hantar balik ke Pejabat Utama kat Subang Jaya. Huhuhuhu gitu ceritanya. Nanti dari Subang Jaya akan terus hantar ke SkyNet Kemaman. Payah jugak sistem lagu gini, kesian kalau orang nak cepat guna barang yang dibeli. Tapi bila dah dapat jawapan, Ok settle dah kat situ. Nak dapat bila barang tu, Lya pon tatau la. Makanya  kita tunggu jer masa dan ketika. 


Harini dah 22 Disember 2017. Status barang masih tak tahu lagi apa citer. Makanya Lya check lagi sekali. Terkejut la pulak, 20 Disember 2017 barang tu dah sampai Kuala Terengganu. Pelik benar, kata barang akan dihantar ke SkyNet Kemaman dah kenapa hantar balik ke Kuala Terengganu semula. Pening la dengan SkyNet ni weyhhhh. Nyusoh pon ada. Kalau lagu ni la susahnya, pasni kalau nak beli barang kena mintak pihak penjual takyah guna SkyNet la. Guna Pos Laju jer la senang. Huhuhuhuhu pedih pulak hati kita. Menunggu barang yang tak kunjung tiba. Macam tunggu buah durian tak tahu bila nak gugur. Penattt aihhhhh lagu ni... 


Artikel Menarik yang Lain

6 Sahabat Setia

  1. Datang melawat blog akif..apa khabar ya

    ReplyDelete
  2. minta maaf ya datang ke sini walau dah tak ada dalm list..hanya membaca paparan blog..

    ReplyDelete
  3. Adu kat tribunal pengguna je.

    ReplyDelete
  4. uikk pelik lah sepatutnya courier kenalah cepat kan

    ReplyDelete
  5. Sy punya barang lun xdpt2 lagi dh sebulan lebih. Asyik tangguh2 nak hantar. Apa perlu sh buat ye?

    ReplyDelete
  6. Memang adakalanya bukan salah penjual juga kan barang lambat sampai ni. Terkadang ejen SkyNet ni memang ada yang lambat

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.