Meraung Iman .. Jahitan Sunat Terkena Hujung Tuala Dan Tertarik Benang

Meraung Iman .. Jahitan Sunat Terkena Hujung Tuala Dan Tertarik Benang | Kisah maghrib tadi. Iman ni dia jenis berani sikit, semua benda dia nak buat sendiri. Mandi, lap badan, makan, pergi tandas semua dia buat sendiri sejak hari kedua. Berbanding ngan Akif yang sedikit takut untuk buat sendiri. Banyak Umi buat daripada dia buat. Mandi Umi yang mandikan, makan Umi suapkan.. nak pergi tandas pon Umi teman. Al maklum la dia jenis mudah panik. Jadi Umi kena la buat untuk dia. Iman ni kan nak jadi cerita, semalam lepas mandi dia nak lap badan dengan tuala. Macam yang selalu dia buat la memang takde masalah untuk dia. Tapi harini nak jadi kisahnya, masa duk lap badan tetiba pulak jahitan yang sunat 4 hari tu terkena hujung tuala dan benang dia tertarik. Adoi laa tak tahu la camne boleh jadi gitu. Padahal dia jenis yang hati hati. Tapi ya la kan, benda nak jadi nak buat camne.


Mahu Tak Meraung .. Sakit Tuuuu

Masa mula mula kena tu... Ya Allah meraung la jugak anak Umi. Mahu tak meraung sakit sangat katanya. Nasib jugak la masa kena tu, abah dia ada kat rumah. Jadi Umi boleh la hadap bersama abah dia. Kalau tak mahu haru biru jugak Umi sorang tatau nak buat apa. Baru harini luka dah sembuh dan kering tup tup jadi lagu tu pulak hadoi laa kesian sangat kat dia. Akif yang tengok abang dia meraung tergamam la jugak kejap. Lagi la pobia dak kecik tu nak lap sendiri badan dia lepas mandi. Dia duk pandang abang dia atas bawah atas bawah. Tatau nak cakap apa. Mati kata dah dak kecik tengok adegan tu. Seriau gak la bila ingat balik. Adoi la macam macam, nasib jugak la takde apa apa. Ok je lepas dah check. Nampak muka Iman lega sikit bila bagitahu takde apa apa. Nak tunggu proses baik betul betul banyak juga yang kena lalui ni. Bertabahla wahai anak sementara nak tunggu baik sepenuhnya. Moga pasni Iman lebih berhati hati.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Allahuakhbar..sakit tu, anak buah yaya pun baru je sunat haritu .. mmg kena bertabah . huhu

    BalasPadam
  2. Sakit tu. cepat-cepat sembuh ye iman..

    BalasPadam
  3. Allahu..seram pula sy dgr ni. Ada 2 boboiboy nak hadapi nanti. Ntah mcm mana..hehe

    BalasPadam
  4. aduuss.. sakitnya.. kesian dia .huhu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.