Luka Jahitan Sunat Cepat Sembuh Dengan Buah Oren

December 12, 2017

Luka Jahitan Sunat Cepat Sembuh Dengan Buah Oren | Hari ni dah masuk hari ke empat anak anak Lya bersunat. Alhamdulillah Umi dengan abah dapat lalui fasa sunatkan anak anak. Terima kasih Allah, bagi kami peluang ini. Syukur selalu alhamdulillah. Petang ni Lya nak citer sikit cara Lya jaga "luka sunat" abang Iman dan Akif. Sebenarnya Lya banyak baca mengenai penjagaan luka bersunat sejak diaorang daftar untuk bersunat. Macam macam cara dan petua yang ada tapi Lya lebih tertarik pada BUAH OREN. Kenapa buah oren yang Lya pilih untuk anak anak... 


Luka Cepat Sembuh Dengan Buah Oren

Buah Oren? Korang tahu tak fungsi buah oren untuk luka?. Kalau korang belum tahu, Lya cerita sikit kat sini. Sebenarnya buah oren dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Buah Oren salah satu sumber yang mengandungi Vitamin C yang tinggi. Sebiji oren membekalkan 50 - 70 mg VITAMIN C sesuai dengan keperluan badan kita.  Badan kita ni, memerlukan vitamin C yang secukupnya untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bagi menggantikan sel tisu yang rosak. Vitamin C dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak. Jadi kolagen inilah yang berfungsi sebagai agen penyembuhan luka. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit seterusnya mempercepatkan proses membaik pulih tisu dalaman. Sebab tu la Lya pilih buah oren untuk anak anak Lya supaya luka cepat sembuh.

Pengalaman Lya Jaga Luka Sunat Anak Anak

Pengalaman Lya sepanjang empat hari jaga luka anak anak bersunat. Selain cuci luka lima kali sehari, Abang Iman dan Akif memang di beri makan buah oren sejak hari pertama diaorang bersunat. Alhamdulillah Lya dapat lihat luka pada jahitan sunat cepat baik. Selain cuci dengan ubat yang Dr bekalkan, diaorang akan makan buah oren dua biji sehari. Sebagai seorang ibu, Lya kena la cari sumber semulajadi yang terbaik dan selamat untuk penyembuhan luka diaorang. Selain buah oren, Lya bagi diaorang makan kismis dan juga madu. Bab pantang makan makanan yang boleh menyebabkan gatal gatal memang Lya ikut agar luka cepat sembuh. Tapi bagi Lya tak kira apa sekalipun yang kita ambil, semua tu kena konsisten dan jangan lupa sentiasa berdoa pada Allah untuk penyembuhan. Allah tempat kita megadu.. Insyaallah jika selalu ingat DIA... DIA akan sentiasa ingat kita. Terima kasih Allah.. Aamin aamin.

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. Dulu dalam pantang Czer, memang hari-hari makan buah oren. Memang cepat sembuh kak Lya

    ReplyDelete
  2. sharing ni bagus , boleh pakai utk parent kat luar sana yg ada ank boboi

    ReplyDelete
  3. Syukurlah ya dah mulai sembuh..berkat tu

    ReplyDelete
  4. wah baru tahu juga ni . boleh la tips ini lisa praktikkan kalau ada anak nanti .. huhu lama lagi hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.