Jalan Jalan Di Pantai Cherating

December 22, 2017

Jalan Jalan Di Pantai Cherating | Lama sangat duk memerap kat rumah lepas anak anak bersunat baru baru ni takde pegi mana mana lagi. Iman dengan Akif dah mula start merengek ajak pegi jalan jalan sebab dah puas duk dalam rumah jer sepanjang bersunat. Tak tahu nak bawak diaorang pegi mana sebab bila cakap nak pegi situ, jawapan diaorang tak nak.. nak pegi sini tak? tak nak jugak.. Bila tanya kat diaorang, abih tu nak pegi mana. Diaorang cakap nak pegi pantai la sebab lama dah tak pegi pantai. Makanya Umi abah ikutkan jer kehendak diaorang. Sekarang ni ombak kuat tak bagi sangat diaorang dekat dengan kawasan laut. Main kat tepi tepi jer.. Acah acah tengok laut. Tangkap gambar kat tepi pantai jer la sambil layan angin kuat dari laut. Nak pegi dekat dekat pon takut sebab ombak tinggi dan kuat. 

Duk tangkap gambar jer la keje Umi. 

Lepas satu satu satu ...

Ermm macam macam gaya dia buat kat atas batang nibung tu.. Ala Bruce Lee la, ala Jackie Chan la...

Umi suka gambar ni.. Tatau laa kenapa.. Suka sebab Umi yang snap gambar ni.

Akif suka gambar ni.. 

Kat kawasan pantai hujung hujung sana ada buaian.. Tapi tak berani nak buai laju laju takut terbalik sebab nampak cam tak kukuh jer. 

Layan kejar ketam angin. Laju giler ketam angin. 

Ketam tu dah penat dah kena kejor.. Duk dediam kat situ tak nak gerak mana mana dah. 

Ketam pon pandai pura pura mati. Hehehe macam macam dak kecik ni.



Satu dua keping jer gambar Iman. Tupon dak kecik menyelit.

Layan diaorang bergambar jer la. Sambil sambil duk main kejar kejar ketam angin kat pantai. Tak dapat nak mandi sebab ombak kuat. Tapi dapat jalan jalan kejap kat pantai, diaorang dah happy dah. Lewat petang baru balik rumah. 

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

  1. bestnya jalan-jalan pantai..kalau la rumah kat kl ni ada dekat pantai..hahaa

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.