Dapat Juga Bola Yang Dia Nak !!

December 08, 2017

Dapat Juga Bola Yang Dia Nak !!  | Akif, anak bongsu Lya sangat sangat sukakan bola sepak. Kalau pergi mana mana dan dia nampak kedai alatan sukan Al Ikhsan, dia akan ajak Umi dan abah dia masuk kat dalam kedai tu. Bukan apa, dia suka sangat tengok bola baru, jersi Nike  baru, jersi Adidas baru dan kasut bola baru. Memang empat benda tu la yang dia tengok dulu kalau dah masuk kat Al Ikhsan. Baru baru ni, waktu Lya ke Al Ikhsan Kemaman untuk beli kasut kat abah dia, dia ada la berkenan kat sebijik bola warna merah. Dia duk cakap banyak kali la kat abah dia, nanti kalau abah dapat gaji nanti abah belikan untuk Akif bola tu ya. Dia siap peluk abah dia siap cium abah dia kat dalam kedai tu. Tu kalau lagu tu peel dia tu maknanya memang dia berkenan sangat la kat benda tu. Kalau biasa biasa jer bukan lagu tu peel dia. Abah dia cakap nanti lepas balik dari kampung kita beli sebab masa tu gaduh nak balik kampung.

Nak dijadikan cerita waktu nak balik semula ke Kuantan lepas bercuti kat kampung, abah dia masuk kat Bandar Kuala Terengganu. Lama dah tak lalu ikut bandar, rasa la jugak nak ronda ronda bandar Kuala Terengganu. Tup tup lalu pulak kat Al Ikhsan Kuala Terengganu. Dak kecik tu apa lagi terus suruh abah dia berenti. Mak aii nampak jer dia, turun kereta dia paling laju. Masuk jer terus cari bola yang dia tengok ritu. "Adaaaaaa! abah, abah, abah bola tu ada jugak kat sini. Abah beli la kat sini. Kita beli sekarang la abah". Tu tanda tak sabar la tu. Memang dia nak sangat la tu.

Ni laaa bola yang dia berkenan tu. Banyak kali la jugak dia duk tanya itu ini kat abah dia pasal bola tu. Dah dia berkenan kan ! Mesti la banyak soklan dia. Menjawap la abah dia dari A to Z.

Masa ni kalau suruh bergambar memamg boleh jer sebab abah bagi lampu hijau. OK KITA BELI !. Suka samgat la dia bila abah nak belikan bola tu untuk dia. 

Tadaaaa senyum sampai ke telinga. Dah dapat bola idaman hati. 

Bola ke berapa ntah Umi pon dah lupa. Dak kecik ni kalau bola yang dia suka sangat sangat dia simpan dalam rumah elok elok je. Dia tak bawak main kat luar. Bagus la sebab dia sangat pandai menghargai setiap pemberian. Alhamdulillah.

Ok la rezeki dak kecik dapat bola dari abah sebelum bersunat. Memang dia happy sangat. Dia happy Umi ngan abah lagi happy sebab dapat buat anak  Umi happy. Nanti nak cari bola untuk abang Iman pulak. Abang Iman takde cakap lagi nak yang mana jadi kita tungguuuuu ..

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.