Bila Sama Bin Atau Binti Je, Mesti Tanya Adik Beradik Ke?

December 27, 2017

Bila Sama Bin Atau Binti Je, Mesti Tanya Adik Beradik Ke? | Apa korang ingat yang namanya Johari tu sorang je ke kat dalam dunia ni? Ramai la nama sama kat dunia ni hingga tak terkira banyaknya... Korang pasti pernah kena situasi gini kan, bila kawan korang nama ayah dia dengan ayah korang sama. Ada la yang duk tanya adik beradik ke? kembar ke? kenapa muka tak sama?.. Macam macam la soklan diaorang. Dulu KakYa ada sorang kawan baik pangkat kakak. Sekarang ni beliau dah takde. Meninggal akibat kemalangan jalanraya beberapa tahun lepas. (Al fatihah buat kaklong Juzalina).  KakYa rasa nak kongsi kisah ni sebab KakYa pernah berada dalam situasi ramai sangat duk tanya mengenai kami ni adik beradik ke? bilamana nama ayah kami sama.
Ok KakYa dengan kawan KakYa, arwah Juzalina Johari ni memang orang selalu ingat kami adik beradik. Bila orang tanya nama, kami bagitahu la nama kami yang sebenar. Bila diaorang tengok nama kami dedua bermula huruf J diaorang akan cakap adik beradik la ni kan?. Bila KakYa cakap bukan, diaorang tak percaya. Terus tanya nama ayah. KakYa bagitahu la nama ayah kami Johari. Terus diaorang cakap haaa kan dah tipu. Anak Encik Johari la ni dedua kenapa plak tanak ngaku. Tak baik korang tak ngaku adik betadik. Dia kakak kau kan ngaku jer la. Ya la ya la memang anak Encik Johari dedua kami ni. Tapi bukan Encik Johari YANG SAMA. Encik Johari  yang berlainan. Masih jugak tak nak percaya. Tak nak caya sudah.

Paling best lagi ada juga yang mintak kad pengenalan nak bagi lagi sahih. Tapi diaorang tak percaya jugak. Ada yang cakap camni, ala dulu kakak ko lahir kat alamat pada kad pengenalan dia. Ko plak lahir kat alamat pada kad pengenalan ko sebab bapak kau pindah tempat lain. Hahaha macam macam la korang ni. Tapi memang diperakui susah juga nak yakinkan orang lain kami bukan adik beradik bilamana kami selalu melekat bersama macam adik beradik. Ada sesetengah yang kenal kami memang tak percaya kami bukan adik beradik dan ada yang percaya lepas dah terangkan secara panjang lebar. Kekadang susah juga nak terangkan situasi gini sebab ada yang anggap kita menipu dan dapat plak cop PENIPU setempek kat dahi. Saja saja nak kenakan orang. Macam macam la. Takde faedahnya kami tipu sebab memang ayah kami berlainan cuma tang nama tu jer sama. Benda benda gitu pon nak jadi isu. Tak ke pelik namanya. 

Pernah juga terjadi kami dapat kerja tempat yang sama. Bila pekerja kat tempat tu tahu nama ayah kami Johari. Diaorang cakap la, wah untungla dapat kerja kakak adik tempat sama. Mesti ada orang dalam yang bantu. Allahuakbar sampai camtu sekali ke sebab nama ayah kami sama kami takle kerja tempat sama gitu?. Tapi orang macam ni kalau kita terang lebih lebih pon diaorang perli jugak. Pelik la ada sifat dengki kalau adik beradik kerja tempat sama. Dah kenapa pulak kalau dah kat situ tempat cari rezeki kami. Kadang kadang ada la penyiasat tak bertauliah duk korek cerita. Macam macam soklan diaorang tanya macam la kita ni pesalah. Sebab jadi gitu, diaorang cakap kami tak ngaku adik beradik tu sebab diaorang rajin siasat. Huhhh dah orang cakap betul tanak caya nak cakap apa lagi. Siasat la korang nak siasat. 

Ni la serba sikit kisah dulu dulu KakYa yang membabitkan nama ayah. Bilamana nama ayah kami sama. Macam macam cerita menarik kami tapi banyak yang KakYa lupa dah hehehe. Kenangan yang dibawa angin lalu. Korang pernah duduk dalam situasi KakYa tak? Meh la citer sikit kisah korang.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Ai dengan husband pun orang selalu tanya adik beradik ke sebab nama bapa sama. Kitorang rasa kelakar.

    ReplyDelete
  2. biasa la tu kak, manusia kan. mcm2 ragam. haha

    jemput join giveaway sy :)

    https://nurazianjaafar.blogspot.my/2017/12/giveaway-1-new-year-2018-by-cikyan.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.