Alhamdulillah Iman Dan Akif Selesai Bersunat

December 08, 2017

Alhamdulillah Iman Dan Akif Selesai Bersunat | Sejak Lya dapat tarikh Iman dan Akif akan bersunat, hati ni rasa cam berdebar debar jer. Rasa neves semacam jer. Anak nak sunat kot, mau tak neves. Umi dengan abah memang neves. Tapi pagi tadi bila tengok diaorang bersemangat jer nak ke klinik Umi rasa ok sikit. Takde la berdebar sangat. Pagi tadi diaorang siap mandi 6.30 pàgi. Sempat la tangkap gambar dulu sebelum bergerak ke Klinik Alias untuk bersunat. 8.12.2017 semoga dipermudahkan. 

Semalam dak kecik ngan abang Iman tdo lewat. Bila Umi tanya kenapa tak tido lagi esok kan nak sunat. Dua dua cakap tak boleh tido la Umi. Umi tanya kenapa? Takut ke? Tak takut tapi tak boleh tido la.. Walaupon tido lewat tapi pagi pagi tadi bangun, mandi lama lama pastu solat.

Muka senyum jer sebelum gerak ke Klinik Alias. Harap harap takde la drama air mata kat klinik nanti. Moga ceria sokmo anak anak Umi. 

Masa sampai kat klinik jam 7.45 pagi tadi dah ada budak yang tengah bersunat. Lepas budak tu keluar sorang lagi masuk. Dalam setengah jam pastu barula giliran Iman. Pukul 8.20 pagi. Mula mula masuk duduk dan baring dia ok je takde masalah. Masa doktor cucuk ubat bius pon dia relaks jer. Takde cakap sakit pon. Umi dah pesan baca doa, selawat, zikir banyak banyak. Alhamdulillah sampai siap proses bersunat Iman tak banyak tanya itu ini, lebih pada selawat dan zikir jer. Katanya dia zikir dalam hati. Iman siap bersunat dalam setengah jam la jugak prosesnya.

Masa ni Dr tengah siap siap nak sunat dah ni. Sempat lagi senyum. Dah siap cucuk bius.

Dalam proses.. Umi tangkap gambar untuk kenangan dia bila besar nanti. 

Senyum jer dia, alhamdulillah dipermudahkan. Setengah jam selesai sunat abang Iman.

Lepas abang Iman keluar, giliran Akif pulak. Akif masuk je banyak la pulak soalan dia. Sakit tak Umi, abang Iman nangis tak Umi, nampak dia senyum je masa keluar.. Dr Alias yang duk jawap soalan dia. Apasal tanya Umi sakit ke tak hehehe. Blukan Umi yang sunat. Abang yang sunat kan. Umi mana tau sakit ke tak. Dia gelak jer. Dr cakap tak sakit. Takde apa apa la meh naik duk atas katil ni. Akif terus jer baring pastu masa Dr cucuk ubat bius tu dia ada gak buat bunyi adududu, bila tanya sakit ke... Dia cakap sikit je. Lepas cucuk ubat bius macam macam la dia duk tanya. Siap tak lagi, dr buat apa tu, pukul berapa siap (bab tanya jam pukul berapa pukul berapa ada la dekat 10 kali dia duk tanya).. Sekejap sekejap tanya sekejap sekejap tanya. Dr Alias pula jenis yang bagus, dia duk jawap je apa Akif tanya sambil buat kerja dia. Memang bagus dan teliti jer kerjanya. Akif punya proses tak lama macam abang Iman, dalam 20 minit jer dah siap.  Masuk 8.45 pagi keluar 9.05 pagi. Dah dekat dekat nak siap, makin banyak soalan dia. Nasibla tak lama, kalau tak jenuh nak menjawap. 

Mulut dia duk tanya jam sokmo. Pukul berapa dah Umi.. pukul berapa dah Dr. Siap pukul berapa Dr. Lambat lagi ke Dr. Dr Alias siap boleh gelak bila dia duk tanya banyak sangat. 

Last last dah dekat nak siap dia tanya lagi pukul berapa siap ni Dr. Jam Umi pukul 9.05 dah ni .. Dr kata siap pukul 9.05 tak siap lagi ke Dr. Alamak jam Umi tak sama ngan jam Dr. Jam Dr belum pukul 9.05 lagi. 

Bila Dr cakap OK DAH SIAP.. Boleh bangun dah boleh balik. Sengeh memanjang la dia. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya oleh yang maha esa. Syukur Ya Allah. 

Dah siap terus balik rumah. Sempat lagi tangkap gambar dalam kereta. Abang Iman duk belah sana tanak tangkap gambar dah. Sebelum balik klinik bagi diaorang makan ubat tahan sakit sesiap dulu. Kan tak sempat sampai rumah diaorang duk menangis susah pulak. 


Sampai rumah ubat bius dah abih. Dua dua dah mula duk cakap sakit pedih sakit pedih.. pastu nak buang air la apa laa. Abang Iman mula mula buang air Akif takut sikit. Dia cakap pedih bila kena air. Ha aa ya la luka tak baiklagi memang la pedih. Nanti dah Ok tak pedih la. Ada ura ura nak nangis la.. Last last bila tak tahan sangat dua dua menangis tapi tak lama. Pujuk kejap je terus ok sampai la petang ni takde nangis nangis dah. Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah SWT proses bersunat anak anak Lya. Moga moga proses penjagaan diaorang dalam pantang bersunat dipermudahkan Allah juga. Aamin aamin. Terima kasih pada sahabat yang mendoakan. Selamat berpantang anak anak Umi. Semoga cepat sembuh. 

Kakak kita tanya, tu apasal tutup mata dedua. Silau cahaya lampu laa sebab duk kat ruang tamu bawah lampu. Sekarang hujan umah pon jadi gelap jer. Kena la pasang lampu. Nanti dah tutup lampu ok la.

Abang Iman dah tidur dah masa ni. Penat dah tu.

Emm dedua dah Ok dah.. layan main game jer la sebab boring. Oleh kerana umah kita takde tempat nak ikat tali tinggi, abah diaorang siap ikat tali merentang satu ikat kat sofa satu lagi kat kabinet. Menjadi la jugak daripada tak buat ikatan langsung. Ok jer diaorang ngan tali tu.

Abang Iman petang tadi boleh buat semua sendiri dah. Pergi tandas buang air pon sendiri sebab dia cakap dah ok dah Umi. Akif takut sikit nak gerak. Makan pon Umi suapkan. Abang Iman makan sendiri jer takde masalah. 

8.12.2017 Iman dan Akif bersunat. Syukur alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Aamin aamin. Untuk anak anak Lya, semoga cepat sembuh ya sayang. Selamat berpantang anak anak Umi. 

Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

  1. Alo..kesian..anak Etuza dahulu pun gitu..anak ke 3 lelaki sampai Etuza tidur dekat dia..nangis tengah malam..masa tu baru tahun 3 .Syukur happy dah akif dan iman

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur...tahniah untuk Iman dan Akif.. selamat berpantang ya anak-anak..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah buat Iman dan Akif.. semoga cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  4. Da besau dah ank tu...hehe
    Anyway, kak lya, yaya mai singgh n follow sni dah...😘

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.