StraightPro : Cara Mudah Luruskan Rambut Tanpa Perlu Ke Salon

November 10, 2017

StraightPro : Cara Mudah Luruskan Rambut Tanpa Perlu Ke Salon | Wah teruja kejap bila tahu mengenai StraightPro melalui seorang rakan blogger. Katanya, produk ni boleh luruskan rambut tanpa perlu ke salon. Wah! bila ada produk pelurus rambut camni memang best la kalau kita sendiri boleh buat kat rumah. Lya ni jenis tak suka sangat nak berlama lama kat salon, jenis suka nak buat sendiri kat rumah. Bila ada StraightPro senang la nak luruskan rambut sendiri. Buat kat rumah jer, bila bila masa pon boleh. Senang, mudah dan jimat masa. Tak perlu lagi nak pergi salon buat rebonding bagai. StraightPro pelurus rambut tanpa perlu rebonding. Korang yang nak luruskan rambut, kena cuba produk ni. StraightPro adalah produk pelurus rambut yang Lya cuba dan puas hati dengan kesannya. 


Apa itu StraightPro? 

StraightPro merupakan produk pelurus rambut untuk kegunaan di rumah terdiri daripada 3 bahan utama iaiti Straightening Cream, Neutralizer, Sleek & Shine Serum. Bahan asas StraightPro menggunakan bahan-bahan yang selamat digunakan keatas rambut tanpa kesan sampingan yang merbahaya mengikut standard dan teknologi German. StraightPro adalah produk UNISEX. Bermakna semua golongan tak kira lelaki atau wanita boleh guna produk ni. Ada yang tanya StraightPro ni boleh buat rambut  kerinting lurus kekal ke? Jawapannya tidak, sebab rambut kerinting adalah genetik. Rambut baru yang bakal tumbuh akan mengikut jenis rambut asal. Tapi kalau nak luruskan rambut boleh guna StraightPro selepas rambut baru mulai panjang. StraightPro boleh tahan berapa lama.. Ok kalau nak tahu berapa lama boleh tahan StraightPro ni, ianya bergantung pada penggunaan kita juga.. tengok pada ketebalan, panjang rambut dan juga tahap kerinting rambut turut diambil kira.


StraightPro Halal Dan Selamat 

Tak perlu bimbang mengenai StraightPro kerana semua kandungan bahan yang ada dalam StraightPro adalah Halal dan selamat digunakan. Bila dah tahu produk ni Halal, alhamdulillah syukur boleh la guna tanpa was-was. Paling penting StraightPro juga sah dibawa sembahyang.


SgraightPro Lulus KKM

StraightPro adalah produk Bumiputera yang ada kelulusan daripada Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) . Ketiga tiga produk StraightPro mempunyai nombor pendaftaran KKM. Boleh semak nombor KKM produk ini di bawah. 

Straightpro Straightening Cream
- NOT170904031K
StraightPro Neutralizer
- NOT170903465K
StraightPro Sleek & Shine Serum
- NOT170903466K


Bagaimana cara menggunakan StraightPro?

Kalau korang nak tahu, cara penggunaan StraightPro ni, mudah dan senang sangat caranya. Nak buat pon cepat jer tak sampai sejam dah dapat rambut lurus idaman hati.

Mula mula sekali sapukan dulu StraightPro
 Straightening Cream bagi rata pada keseluruhan rambut. Bila dah rata semua sekali tunggu dalam 15 hingga 30 minit dulu baru basuh. Sapukan StraightPro Straightening Cream 1 cm dari kulit kepala. Jangan bagi kena kulit kepala okey.

Bila dah siap basuh bersih StraightPro Straightening Cream tu, 
untuk step seterusnya sapukan StraightPro
Neutralizer dan biarkan sehingga 30 minit. Tujuan gunakan StraightPro Neutralizer ni sebab nak bagi rambut jadi lebih lembut dan bersinar.

Untuk langkah seterusnya sapukan pula StraightPro Sleek & Shine Serum bagi mengekalkan rambut lembut, lurus dan sihat. Kalau nak rambut sihat bermaya kena la sapu serum selalu. Yang bestnya tentang StraightPro Sleek & Shine ni ianya tidak melekit. Best sangat pakai.

Video Cara Penggunaan StraightPro

Untuk lebih jelas bagaimana cara menggunakan ketiga tiga produk StraightPro, korang boleh tonton video kat bawah ni. 


Berapa Lama Rambut Boleh Lurus Dengan StraightPro

Ada yang tanya Lya aritu, kalau guna StraightPro ni berapa lama rambut boleh lurus? Ok, kalau korang dah gunakan produk ni, jaminan rambut korang akan kekal lurus adalah dalam jangkamasa 3 hingga 6 bulan dan ianya bergantung pada proses penjagaan rambut yang korang amalkan. Kalau nak kekal lurus dalam masa 3 hingga 6 bulan korang elakkan ikat rambut dengan ketat dan jangan pakai topi selalu. Jangan lupa sapukan Sleek & Shine serum lebih kerap untuk menjadikan rambut sentiasa lurus. Kalau perlu, sangat sangat digalakkan iron rambut seminggu sekali. Satu lagi Lya nak bagitau kat korang, gunakan StraightPro mengikut arahan yang telah diberikan untuk mengelakkan kerosakan pada rambut.

Testimoni Pengguna StraightPro 

Berikut Lya kongsikan beberapa testimoni daripada pengguna yang telah menggunakan StraightPro. Kita tengok sendiri apa kata mereka setelah menggunakan produk pelurus rambut StraightPro.




Berapa Harga StraightPro? 

Harga StraightPro untuk Semenanjung Malaysia:
 1 Set RM65, 2 Set RM1OO
Harga StraightPro untuk Sabah Sarawak: 
 1 Set RM75, 2 Set RM110

Untuk maklumat lanjut mengenai StraightPro sila layari laman tertera di bawah :

Facebook Page : StraightPro HQ
Instagram : StraightPro HQ
Website : StraightPro

Artikel Menarik yang Lain

18 Sahabat Setia

  1. Murahlah 2 set tu RM100...juju kadang2 suka pi salon setahun sekali utk teknik ni...sbb senang nak kawal rambut kering.

    ReplyDelete
  2. wah..boleh buat rebonding sendiri lepas ni kat rumah...hehe

    ReplyDelete
  3. Produk bagus ni .lepas ni dh tak perlu susah2 ke salon lgi

    ReplyDelete
  4. Eh..murahnya harga. Memang berbaloi untuk cuba

    ReplyDelete
  5. Memang tak payah pergi salon dengan adanya produk ni kan :)

    ReplyDelete
  6. Senang nya cara penggunaan dia , nak try gak .. tunggu ~

    ReplyDelete
  7. WOW! menarik ni. boleh jimatkan duit dari pergi salon. hehe

    ReplyDelete
  8. Murah dan lagi berbaloi.. Takyah pergi salon dah

    ReplyDelete
  9. teringat zaman duk poli dulu gigih p salon nak luruskan rambut.. beratus habis duit hahaha

    ReplyDelete
  10. bagusnya tak yah gi salon dah,nok beli la ko anok sdaro rambut megi hahahahha

    ReplyDelete
  11. takyah g salon dah..jimat kos duit

    ReplyDelete
  12. Mudahnya sekarang, dah ada macam² produk nak gayakan rambut. Jimat duit sebab tak perlu ke salon.

    ReplyDelete
  13. harga sangat berpatutan..kena cuba ni..

    ReplyDelete
  14. Dah lama teringin nak luruskan rambut.. Bolehlah try guna straightpro ni kat rumah nanti..

    ReplyDelete
  15. menarik ni... boleh share pasal ni ngn kawan2...

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.