Saps Ibubapa : Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online

November 05, 2017

SAPS Ibubapa : Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online | Zaman Lya sekolah dahulu dengan zaman persekolahan anak anak Lya sekarang memang cukup ketara perbezaannya. Kalau dulu, buku rekod  adalah medium yang digunakan untuk mengisi markah peperiksaan murid. Tapi sekarang dengan sistem dan teknologi yang semakin maju buku rekod sudah tidak diguna pakai lagi tetapi digantikan dengan sistem yang lebih canggih iaitu sistem analisis peperiksaan secara online. Sekarang ni dengan sistem yang cukup canggih dan teratur seperti ini, anak anak tidak lagi dapat menyorok keputusan peperiksaan mereka kerana ibubapa dapat mengakses keputusan anak anak mereka dengan hanya melayari portal Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua maklumat kini di hujung jari. Jadi anak anak tak dapat lagi nak sorok keputusan peperiksaan mereka. Kalau korang nak tahu lebih lanjut  dan terperinci mengenai sistem pendidikan alaf baru ini boleh KLIK  sistemkpm.com 

Apakah Itu Sistem SAPS

Apakah itu SAPS Ibubapa?.. SAPS bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan ibubapa dan murid menyemak keputusan peperiksaan masing masing secara online dan guru hanya perlu memasukkan markah secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN dan juga PPD. Semakan keputusan peperiksaan online hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Peperiksaan sekolah termasuk Ujian 1 dan 2, Peperiksaan pertengahan tahun, Peperiksaan akhir tahun dan Peperiksaan percubaan. Bagusnya sistem SAPS ini, ibubapa tidak perlu lagi bersusah payah datang ke sekolah untuk mengetahui markah peperiksaan anak anak mereka tetapi hanya perlu melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia dan mengisi butiran lengkap anak anak mereka, keputusan boleh dapat dalam sekelip mata. Mudah, cepat dan senang. 

Bagaimana Cara Menggunakan SAPS 



Ok, Lya dah biasa menggunakan sistem SAPS untuk menyemak keputusan peperiksaan anak anak Lya. Sekarang ni, Lya nak kongsikan BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN SAPS. Caranya sangat mudah, korang hanya perlu ikut semua langkah langkah di bawah. 

Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.

Langkah 1
- Layari laman SAPS : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/49 untuk masuk ke laman utama Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk semakan ibu bapa.



Langkah 2
- Carian nama murid. Masukkan maklumat lengkap pelajar seperti nombor kad pengenalan atau no sijil lahir dan klik cari.

Langkah 3
- Carian nama sekolah. Pilih negeri ,cari nama sekolah.Dah dapat nama dan kod sekolah sila klik pada butang semak.


Langkah 4
- Pilih tahun peperiksaan  dan jenis jenis peperiksaan.



Langkah 5
- Tekan papar slip keputusan bagi menyemak keputusan terperinci ujian atau peperiksaan yang dipilih bagi mengetahui maklumat lebih lanjut seperti bilangan matapelajaran, kedudukan dalam kelas, kedudukan dalam darjah, kehadiran, pencapaian gred keseluruhan, jumlah markah, peratus, gred purata pelajar, keputusan, nama guru kelas dan juga ulasan guru kelas.

Slip keputusan Muhammad Akif Imtiyaz dalam bentuk paparan slip keputusan.

Langkah 6
- Papar markah keputusan bagi menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.

Markah peperiksaan Muhammad Akif Imtiyaz dalam bentuk markah keputusan.

Bagaimana Sekiranya Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Disemak?

Bagaimana sekiranya nombor kad pengenalan anak anda tidak dapat disemak? Tak perlu bimbang sekiranya nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat disemak, ibubapa perlu menghubungi dan memaklumkan kepada guru kelas pelajar berkenaan. Kejadian ini biasanya berlaku disebabkan kesalahan dan kecuaian pengisian nombor IC di APDM.

Semoga Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS) Memberi  Banyak Manfaat 

Semoga Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini dapat memberi manfaat buat ibubapa, guru-guru dan semua pihak yang terlibat. Dengan adanya sistem ini, tiada lagi anak anak yang meyorok buku rekod serta meniru tandatangan ibubapa mereka pada buku rekod kerana bimbang di marahi ibubapa jika mendapat keputusan yang kurang memuaskan. Anak anak jangan buat benda benda yang tak elok okey. Insyaallah, sama sama kita menggunakan sistem ini sebaik mungkin untuk sama sama mengetahui tahap pembelajaran anak anak kita di masa hadapan. Terima kasih buat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana telah membangunakan sistem ini yang pasti memudahkan ibubapa diluar sana dalam mengetahui keputusan peperiksaan anak anak mereka.


Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Canggih sekarang,, dulu kita g ketar lutut nak bagi kat ayah buku rekod, sekarang ayah pulak yg ketaqq tangan nak buka e-rekod online anak huu.
    Apapun usaha yang bagus dr kpm

    ReplyDelete
  2. Bagus sangat ada sistem SAPS ni untuk ibubapa senang pantau keputusan anak-anak untuk meningkatkan pencapaian mereka.

    ReplyDelete
  3. bgus sekrng..semua di hujug jari

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.