Safi Rania Gold Beetox Technology Rangkaian Terbaru Safi Rania Gold

Safi Rania Gold Beetox Technology Rangkaian Terbaru Safi Rania Gold | Safi Rania Gold telah melancarkan satu lagi rangkaian terbaru iaitu Safi Rania Gold Beetox Technology yang mengandungi manfaat Nano Gold 24K bersama Amino Peptide untuk memberikan kesan berganda dalam meningkatkan penghasilan kolagen sebanyak dua kali ganda. Wow ! menarik betul ni. Dua kali ganda tau .. Nak tahu lebih lanjut boleh baca perincian yang Lya warwarkan dalam entri ini.

Safi Rania Gold Beetox Technolgy Rangkaian Terbaru Safi Rania Gold |

Mengambil inspirasi daripada gabungan teknologi dan keajaiban alam semua jadi, teknologi Beetox dicipta dengan gabungan kandungan bisa lebah, madu, jeli diraja dan propolis untuk menguatkan struktur dalaman kulit untuk menghalang penuaan. Safi Rania Gold Beetox Technolgy turut mengandungi bahan-bahan aktif yang mencerahkan kulit wajah iaitu vitamin C dan NutrixBright Complex yang sangat sangat berkesan untuk melawan pigmentasi dalam masa dua bulan dan mencerahkan tona kulit seterusnya memberi keserian ketara pada wajah.

Safi Rania Gold Beetox Technolgy Rangkaian Terbaru Safi Rania Gold
Perghhh merelip relip gitu.. Kotak pon dah cantik dengan warna keemasan. 

Okay kalau korang nak tahu, sebenarnya Lya adalah pengguna tegar produk SAFI sejak awal remaja lagi dan Safi Rania Gold telah bertapak di hati Lya sejak 5 tahun lepas. Bagi Lya, rangkaian produk Safi Rania Gold memang menepati piawaian kulit wajah Lya. Sangat sangat serasi menggunakan produk Safi Rania Gold. Dengan harga yang mampu milik, Lya akui produk ini cukup sesuai untuk kulit  wajah wanita asia.

Safi Rania Gold Beetox Technolgy Rangkaian Terbaru Safi Rania Gold

Cara Penggunaan Rangkaian Penjagaan Wajah Safi Rania Gold


Pembersih Wajah Safi Rania Gold 

Pembersih wajah Safi Rania Gold dengan Nano Gold 24K dan nutrisi royal jelly adalah formula terbaru micro foam dengan agen anti oksidan untuk membersih kulit wajah secara mendalam. Buih yang sangat mewah berkrim mengandungi agen pelembap untuk kulit wajah. Memastikan wajah sentiasa bersih berseri dari sisa solekan dengan pembersihan sempurna. Nano Gold 24K mengukuhkan struktur dalaman kulit agar wajah anjal dan awet muda. Royal jelly yang terdapat dalam pembersih wajah Safi Rania Gold kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin san mineral untuk merangsang pembaharuan kulit. Hasil penggunaan yang konsisten akan menjadikan kulit wajah anda anjal, halus dan berseri. 

Safi Rania Gold Beetox Technolgy Rangkaian Terbaru Safi Rania Gold

Cara penggunaan pembersih wajah Safi Rania Gold. Tuang pada tapak tangan dan gosokkan dengan air sehingga berbuih, urut perlahan lahan pada wajah dan bilas sehingga bersih. Apa yang boleh Lya katakan, lepas guna pembersih wajah Safi Rania Gold wajah Lya rasa semakin lembap dan tidak kering.

Eliksir keremajaan Safi Rania Gold 

Eliksir keremajaan Safi Rania Gold dengan Nano Gold 24K dengan nutrisi beetox dan propolis. Beetox, Nano Gold 24K dan vitamin C meningkatkan keanjalan kulit tiga kali lebih daripada biasa. Nano Gold 24K mengukuhkan struktur dalaman pada lapisan epidermis kulit agar wajah bertambah anjal dan awet muda. Beetox bertindak sebagai sengatan lebah untuk bertindak balas pembaharuan kulit secara semulajadi. Propolis adalah anti oksidan semulajadi melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal. Hasilnya nanti kulit wajah anda akan kelihatan lebih remaja, anjal berseri tanpa kesan pigmentasi.

Safi Rania Gold Beetox Technolgy Rangkaian Terbaru Safi Rania Gold

Cara penggunaan Eliksir keremajaan Safi Rania Gold. Goncang botol sebelum guna. Picitkan beberapa titik eliksir keremajaan ke tapak tangan. Sapukan pada wajah dan juga leher. Tepuk tepuk wajah dengan lembut agar produk meresap sepenuhnya.

Esen Emas Keremajaan Safi Rania Gold 

BIO NANO GOLD 24K
- Membantu memperkuat struktur kulit untuk tekstur kulit yang lebih elastik dan licin, malah dapat mengurangkan kedalaman kedut dengan ketara.

GOLD FLAKES 24K 
- Bertindak sebagai antioksidan pada permukaan kulit untuk mencegah radikal bebas daripada merosakkan kulit.

SILK PROTEIN 
- Mengandungi 18 jenis asid amino untuk membentuk lapisan pelindung kulit yang mampu mengunci kelembapan dan melembutkan kulit lembut untuk kulit halus dan lembut seperti sutera.

Safi Rania Gold Beetox Technolgy Rangkaian Terbaru Safi Rania Gold

Cara penggunaan  Esen Emas Keremajaan Safi Rania Gold. Mula mula goncang botol dulu, Tuangkan beberapa titik Esen Emas Keremajaan Safi Rania Gold pada tapak tangan dan oleskan pada wajah. 

Krim Pelembap Siang Safi Rania Gold SPF25PA++IR

Krim pelembap siang Safi Rania Gold SPF25PA++IR dengan Nano Gold 24K dan nutrisi propolis. Melembap dengan efektif dan membantu mengukuhkan struktur kulit. Kulit akan terlindung dari sinaran UVA, UVB dam infraRed ( IR ) bagi mencegah kulit gelap dan tona kulit tidak sekata. Hasilnya kulit wajah akan sentiasa anjal dan cerah bermaya.


Cara penggunaan krim pelembap siang Safi Rania Gold. Sapu pada wajah dan juga leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu siang sahaja.

Review Dari Lya Selepas Menggunakan Set Penjagaan Wajah Safi Rania Gold Beetox Technology

Setelah mencuba produk Safi Rania Gold Beetox Technology, apa yang dapat Lya simpulkan kat sini kulit wajah Lya menjadi semakin lembut dan kurang berminyak. Kulit wajah juga menjadi lembap jer sejak guna produk ni. Wajah nampak segar, bermaya dan sihat. Alhamdulillah Safi Rania Gold Beetox Technology, semakin serasi dengan kulit wajah Lya. Wajah lebih cerah kalau nak dibandingkan dengan dulu. Kini Lya dah jumpa jalan penyelesaian terbaik untuk kulit wajah. Bila umur makin meningkat, kulit wajah kita ni perlu dijaga dan dibelai selalu agar tidak dimamah usia. Inginkan wajah awet muda selalu, amalkan penggunaan produk kecantikan Safi Rania Gold Beetox Technologya. Pastinya terbaik untuk Lya dan untuk anda juga. Terima kasih Safi Rania Gold. Satu rangkaian produk penjagaan kulit wajah yang dipercayai sejak dulu hingga kini. Pastinya pilihan terbaik untuk Lya....

Untuk lebih info mengenai produk Safi Rania Gold Beetox Technology, sila layari laman tertera di bawah :


Catat Ulasan

0 Ulasan