Pembantu Peribadi Umi

November 11, 2017

Pembantu Peribadi Umi | Lama jugak Lya tak update mengenai anak anak kat blog. Harini baru sempat nak buat citer dak Akif ni. Harini dan semalam anak anak cuti dua hari, takde nak pegi mana mana sebab abah busy akhir tahun ni. Jadinya lepak lepak kat rumah jer la tolong Umi. Bila Umi dah bagi bagi tugas diaorang akan selesaikan sebaik mungkin. Ya laa kalau Umi dah bagi tugas tu kenala ikhlas tolong Umi barula dapat jadi anak Umi yang terbaik. Tugas Akif bukan tolong yang berat berat pon, sekadar lap cermin kabinet dan lap akuarium jer kacang sangat bagi dia. Nanti dapatla upah makan sedap sedap hehehe..Ha aaa upah tu bonus jer diaorang tak mintak pon. 

Sempat lagi tuuu .. Ya ke idok tolong Umi tuu..

Alhamdulillah bersih bersinar sinar cermin kabinet. Terima kasih Akif. 

Posing jangan tak posing.

Kenapa takde abang Iman ...Huaaa masa Umi duk tangkap gambar boleh pulak dia lari tanak bergambar katanya. Budak nan sorang tu memang lagu tu laa kena pujuk rayu kalau nak suruh bergambar. Dah dia tanak Akif jer la layan tangkap gambar...

Dah siap tolong Umi, tengahari Umi masak la pulak untuk En Hubby dan anak anak. Harini Umi masak tomyam, daging masak merah dan juga telur dadar. Kebetulan pula kakak outing harini Umi masak lebih la sikit. Layan makan tomyam ramai ramai memang best.




Lepas tolong Umi... Jom ler kita makan ramai ramai .. Tomyam ni masakan feberet anak anak Lya. Sebulan kadang kadang tiga empat kali masak tomyam .. Ok laa sampai sini je dulu coretan hati Lya, ada masa kita jumpa lagi. Terima kasih sudi singgah sini..

Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

  1. Sedapnya tomyam nampak likat pekat gitu

    ReplyDelete
  2. wah..... baiknya Akif ...
    eh, banyak buku menarik kat dlm kabinet tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha alhamdulillah syukur .. ha aaa .

      Delete
  3. abg akiffff adik maora nak la skit tom yam hehehhehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.