Jemputan Ke Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017

November 15, 2017

Jemputan Ke Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017 | Alhamdulillah rezeki anak anak Lya, Iman dan juga Akif berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2017 dan akan menerima hadiah pada hari Anugerah Kecemerlangan 2017. Iman akan menerima hadiah bagi kategori terbaik Pendidikan Islam manakala Akif mendapat Tempat Pertama dalam kelas dan terbaik Bahasa Melayu Penulisan. Untuk kesekian kalinya Lya dan En Hubby mendapat jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan yang akan berlangsung pada 21 November 2017 bertempat di dewan sekolah anak anak. Tahniah buat anak anak Umi dengan peningkatan pembelajaran sepanjang 2017 ini. Semoga tahun hadapan akan terus cemerlang dalam pelajaran dunia dan juga akhirat. InsyaAllah.. Umi dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian. 

Muhammad Adam Iman

Muhammad Akif Imtiyaz

Untuk anak anak Umi, ingatlah selalu pesanan Umi dan abah .. JANGAN TINGGAL SOLAT.. JADILAH ANAK YANG BERBAKTI BUAT UMI JUGA ABAH,  AGAMA, MASYARAKAT DAN NEGARA. 

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.