Iman Dan Akif Teruskan Legasi Umi Sebagai Pengawas Sekolah Selepas Kakak Insyirah

November 12, 2017

Iman Dan Akif Teruskan Legasi Umi Sebagai Pengawas Sekolah Selepas Kakak Insyirah | Alhamdulillah harini Lya dapat perkhabaran gembira daripada Iman dan Akif. Kedua dua anak lelaki Lya di lantik sebagai Pengawas sekolah untuk sesi 2018. Alhamdulillah syukur, dua dua dapat jadi Pengawas sekolah untuk tahun depan. Bila dah dapat jadi pengawas ni, bermakna ketiga tiga anak Lya bermula dari kakak Insyirah adalah penyambung legasi Umi dia ni, sebagai seorang Pengawas sekolah. Yehaaa akhirnya tercapai jugak impian Umi nak tengok semua anak anak Umi bergelar Pengawas sekolah. Terima kasih Allah...



Alhamdulillah syukur, kedua dua anak Lya memang bercita cita ingin menjadi Pengawas sekolah. 

Kakak Insyirah juga pernah berkhidmat selama 4 tahun sebagai Pengawas sekolah sewaktu bersekolah di SKSG.

Memang impian Lya sebenarnya nak anak anak jadi pengawas sekolah. Ikut jejak langkah Umi masa sekolah dulu. Sebenarnya masa Iman tahun 3 dan 4 dulu, Lya berharap sangat Iman dapat jadi Pengawas sekolah tapi takde rezeki terpilih. Tup tup tadi Iman bawak balik surat perlantikan Pengawas sekolah bagi sesi 2018. Lepas Iman bagi surat tadi, Akif pon tunjukkan surat yang sama. Syukur alhamdulillah, dua dua terpilih. Tahun hadapan dapatla diaorang berdua berkhidmat sebagai Pengawas sekolah. Bangga la jugak Umi, sebab syarat syarat nak jadi seorang Pengawas sekolah kat SKSG ni ketat la juga cara pemilihannya. Bukan main cedok jer, kena ada sesi pemilihan calon dan setelah itu sesi pemilihan calon yang benar benar layak selepas beberapa tapisan..

Tahniah Iman dan Akif, Umi dan abah doakan yang terbaik untuk Iman dan Akif. Semoga anak anak Umi dapat menjalankan tugas tugas Pengawas sekolah dengan penuh berhemah dan berdedikasi tahun hadapan ya. InsyaAllah .. Aamin aamin ..

Tugas Dan Tanggungjawap Seorang Pengawas Sekolah

Antara tugas dan tanggungjawap yang perlu di galas oleh Pengawas sekolah : 

- Mengawal disiplin pelajar.
- Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
- Menjaga imej dan nama baik sekolah.
- Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
- Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
- Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
- Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
- Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
- Memimpin rakan-rakan pelajar.
- Mencegah kes jenayah di sekolah.
- Menghormati guru.
- Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
- Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
- Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
- Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
- Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
- Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
- Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
- Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
- Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat.

Artikel Menarik yang Lain

11 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.