Iman dan Akif Nak Sunat Dah! Kenapa Umi Yang Neves Lebih Ni...

November 30, 2017

Iman dan Akif Nak Sunat Dah! Kenapa Umi Yang Neves Lebih Ni.. | Pejam celik pejam celik dah nak masuk seminggu cuti sekolah. Sempena cuti sekolah 2017 ni, anak anak Lya yang dua orang kat rumah ni akan bersunat. Sepatutnya nak sunat Iman sorang je dulu tahun ni, tapi Akif cakap nak sunat sekali la ngan abang. Jadi En Hubby daftar dua dua sekali kat klinik untuk disunatkan. Bila duk fikir fikir sangat pasal diaorang akan bersunat sesekali datang jugak la penyakit neves semacam jer. Rasa cam debor dup dap dup dap walaupon masa ada lagi dalam seminggu sebelum diaorang disunatkan. Rasa macam esok dah diaorang nak sunat. Naper eaaa Umi cam neves semacam jer sejak mula daftar diaorang untuk bersunat.. Ritu lagi dah ada rasa neves tu.


Bila dah dapat tarikh untuk diaorang bersunat, Lya duk sibuk la cari macam macam maklumat untuk lebih mengetahui bab bab bersunat, cara penjagaan, pemakanan dan pelbagai info mengenai bersunat. Bila tengok gambar gambar dan juga info yang ada kat internet ni kan kan kan, lagi la tambah gelisah. Mula la duk fikir.. "Aku ni dah kenapa? Gelisah semacam.. anak anak nampak ok jer, naper aku pulak gelisah tak menentu" .. Bila Lya cakap ngan En Hubby, dia start la ayat dia .. "Mak mak ni memang lagu tu la. Takyah la gelisah sangat duk dediam sudah la. Sampai masa nanti OK la. Doa banyak banyak moga dipermudahkan"..

Iman dengan Akif suka la tengok citer Upin Ipin yang episod bersunat kat YouTube. Diaorang cakap kejap jer tak sakit pon. Harap harap masa diaorang bersunat nanti sekejap jer la takde lama lama... Huhuhuhu aihhh Umi neves sungguh laaaa..

Umi Nervous?... Mungkin juga sebabnya ini pengalaman pertama kali dalam hidup Lya anak anak akan bersunat. Sebelum ni memang tak pernah ada pengalaman tengok anak anak sedara atau kanak kanak lain melalui proses bersunat. Ni kiranya pengalaman pertama bakal melihat sendiri anak anak bersunat. Adoi laa lemah sudoh sere.. Tak tau la camno nak hadapi sebab benda belum jadi lagi. Hanya mampu berdoa padaNya.. Ya Allah kuatkan semangat seorang Umi. Semoga dipermudahkan proses bersunat anak anak Lya 8 Disember 2017 nanti. Doa doakan ya sahabat. Aamin aamin..

Artikel Menarik yang Lain

6 Sahabat Setia

  1. alahai..rasa macam parents lebih berdebar-debar kan..yelah.satunya sebab kalau kita takde pengalaman lagi nak jaga anak sunat,tu yang risau jugak.haishhh..macam nak jaga orang pantang bersalin la kan..makan pun nak kena jga jugak..All the best untuk iman dan akif...

    ReplyDelete
  2. Harap akif dan iman bersemangat..

    ReplyDelete
  3. Wahhh adik lelaki first saya pun darjah satu nak bersunat sabtu ini.

    ReplyDelete
  4. hrp dipermudahkan..mak2 sure neves kn..ankbuah pn br bersunat ahad lps

    ReplyDelete
  5. musim budak2 sunat hehe lisa lak seram baca

    ReplyDelete
  6. first experience memang Ibu yang neves lebih kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.