Akif Dan Iman Dapat Anugerah Kecemerlangan Untuk Tahun 2017

November 22, 2017

Akif Dan Iman Dapat Anugerah Kecemerlangan Untuk Tahun 2017 | Alhamdulillah semalam dah selesai majlis Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2017 kat sekolah Akif dan Iman. Syukur, masih ada rezeki anak anak untuk naik ke pentas tahun ni. Alhamdulillah berkat rajin dan semangat diaorang dalam menelaah pelajaran,  berjaya jugak dedua anak Lya naik pentas. Tahniah Akif dan juga Iman. Umi abah bangga dengan anak anak Umi. 

Syukur Alhamdulillah. Thank you Allah yang telah memberi kefahaman kepada anak-anak Lya. Mudah-mudahan anak-anak Lya akan terus berusaha dengan lebih gigih di masa akan datang untuk menjadi insan yang cemerlang ilmu dan cemerlang  akhlak juga peribadi. Moga anak anak Lya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. InsyaAllah..Doa doakan ya sahabat. 

Alamak masa ni Akif tak pandang kamera la pulak. Dia pon tak perasan Umi ngan abah duk kat mana.

Laju jer jalan.. Sijil pon tak pusing arah depan huhuhu. Takpe la janji ada jugak la gambar kenangan..

Masa Iman dan anugerah cantik jer duduknya. Sebab yang bagi hadiah dah siap siap tunjuk suruh pandang kamera. Hehehe.. Tapi gambar plak blur semacam.

Alhamdulillah syukur selalu.

Kat pentas gambar tak berapa clear. Bila Akif turun dari pentas abah ajak Akif kat tangkap gambar padang. Dapat la ambik gambar dengan rasa puas hati sikit. Hehehehe.

Akif dengan Umi.. ha aaa nak jugak menyelit kat dak kecik ni. Masa ni dia tengah excited nak bergambar. Kita pon apalagi masuk sekali la.
Sebenarnya muka Umi syahdu sangat tu huhuhu terharu tengok anak naik pentas..Rasa cam nak nangis jer.

Akif dapat anugerah untuk tempat pertama dalam kelas dan juga terbaik Bahasa Melayu Penulisan manakala Iman mendapat anugerah untuk terbaik Pendidikan Islam. 

Untuk anak anak Umi yang Umi kasihi. Masih jauh lagi perjalanan hidup kalian. Ini hanya lah permulaan sebuah kehidupan. Kadangkala kalian dia atas kadangkala kalian di bawah. Umi dan Abah akan terus mencuba dan berusaha untuk melengkapkan kalian dengan ilmu asas kehidupan. Mudah-mudahan satu hari kelak, biar apa jua ujian yang Allah berikan. kalian akan hadapi dengan bekalan iman yang ada di hati. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar lain yang berjaya. Semoga dengan anugerah ini dapat meningkatkan lagi persaingan sihat dikalangan pelajar dan dapat menyuntik semangat kepada suatu usaha yang berterusan untuk terus cemerlang demi agama, bangsa dan negara. InsyaAllah .

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. InsyaAllah.

Artikel Menarik yang Lain

11 Sahabat Setia

  1. asalam tak ridnu pakcik tak? hehehe,,wah tahnia akif..hebat tu dek teruskan kecemerlangan ..jangan kecewakan Umi tau

    ReplyDelete
  2. minta maaf ya..singgah kat sini.Tak ada dah blog Etuza sini ..tak apa ..harus singgah jg nak meriahkan blog ni ya

    ReplyDelete
  3. Tahniah Akiff dan Iman , semoga sentiasa jadi kebanggan Umi

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat tuk Akif dan Iman..

    ReplyDelete
  5. Hai,jom join GA ni

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html

    ReplyDelete
  6. teringat pakcu dulu-dulu, kiki kalo share kat fb, confirm ramai terkejut, time tu teringat sebab dapat hadiah buku cerita dan pensel box, kiki

    ReplyDelete
  7. Tahniah dan Syabas dari Bonde...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Tahniah Akif dan Iman semoga cemerlang berterusan

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.