Adoii Dia Pecahkan Lampu La Pulak

Adoii Dia Pecahkan Lampu La Pulak | Akif dengan Iman ni kan, pantang tau kalau nampak raket badminton pakej pulak dengan bola badminton sekali. Mula la diaorang ni nak start main. Tak kira la kat luar rumah ke dalam rumah ke, memang diaorang akan usaha la nak main. Tengahari tadi waktu Umi dengan abah takde kat rumah dia jumpa pulak dah raket badminton kat dalam bilik. Huhh diaorang ni kalau dah jumpa raket badminton apalagi sakan la dia duk main kat ruang tamu yang sikit punya luas tu. 

Bila Umi dengan abah balik, Iman yang dulu keluar bukak pintu. Dia tak cakap apa apa pon pasal lampu pecah tapi dia duk ulang dialog dalam citer Upin Ipin "Habisla kau Mail.. habisla kau Mail.." sambil duk pandang Akif. Akif diam je takde cakap apa apa. Tapi bila tengok rupa Akif lagu tu, Umi dah boleh agak dah ni mesti ada SESUATU ni. Bila masuk jer dalam rumah Iman terus tunjuk. Tuuuuu atas sana tu Umi. Nah kan dah cakap SESUATU sangatttt. 


Hadoii la Iman, Akif camne boleh pecah ni nak oiii. Iman cakap Akif main badminton dia lantun bola badminton kuat sangat, kena kat lampu terus pecah berderai kat bawah ni Umi. Bila Umi tanya mana pegi semua kaca yang pecah tu, Iman cakap dia dah kutip buang dah. Hadoi laa nasib la takde kena kaca yang pecah tu kat diaorang. Kalau tak tatau la apa nak jadi petang tadi. Kuat benor duk lantun bola badminton sampaikan boleh pecah lampu kat ruang tamu umah Umi. Huhuhuhu lampu Umi dengan abah tu usia dia lebih dari 8 tahun dik, tup tup rini pecah dah dia. Lampu tu dulu masa beli gabungan putih dan hijau olive. Loni dah hilang dah hijau olive tinggal sikit sikit jer. Sayang la jugak lampu ni sebab ni la lampu pertama kat ruang tamu sejak beli rumah ni 8 tahun lepas. 

Macam la takde tempat lain nak main badminton, kat situ jugak dia nak main tak dan dan main kat luar. Tapi takle nak marah dah benda daa jadi, terima jer la. Nak buat camno kalau marah sekalipon kaca lampu tu tak bercantum balik macam sediakala gak. Tetap hancur berderai jugak. Tapi mujur jugak la kaca tu tak kena kat diaorang kalau tak lagi haru biru jadinya. Yang pecah tu biarkan pecah jer la nak buat camne dah takde rezeki, setakat tu jer rezeki dia kat dalam rumah kami. Kita cari lampu lain la pasni ..


Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.