Tukar Nama Sosial Media Ke LyaAkifImtiyaz

Tukar Nama Sosial Media Ke LyaAkifImtiyaz | Jeng jeng jeng, kalau korang perasan laa kan hahaha macam la pemes sangat nak orang perasan. takpe laa saja jer buat ayat tu walaupon i tau sesangatt i ni blogger sendu jer kikikiki. Kalau korang perasan la, sejak awal September baru baru ni Lya ada update nama dan juga link Facebook ( yang ni dah lama dah, lupa dah bila updated ritu tapi dalam tahun 2017 jugak laaa rasanya). Instagram dan juga Twitter. Kenapa updated nama lain?. Saja jer sebenarnya nak samakan semua akaun media sosial dengan satu nama. Takde maksud apa apa pon.

Bukan apa pon sebenarnya, Lya nak bagi mudah orang ingat, pasni tak bertukar ngan blogger Juju Julia Johari (hahaha yang ni memang ramai bebeno orang salah sangka. Ingat Juju ngan Lya orang yang sama dan ada yang ingat Juju tu Lya Lya tu Juju). Ramai benor la kiranya yang salah orang sebab nama facebook kami sama. Siap ada yang nak tag Juju p tag Lya dan ada yang nak tag Lya p tag Juju. Lagi satu sebab Lya tukar supaya orang senang nak carik. Hahahaha sapa ntah nak carik aku . Adalaa tu orang nak carik, sebab tu la cara senang Lya tukar semua sekali akaun dengan nama Lyaakifimtiyaz. Lya tu nama Lya sendiri, Akif Imtiyaz tu sempena nama blog Lya. Jadi bila sebut Lyaakifimtiyaz orang tau laa tu pemilik blog akif imtiyaz. Gituu!! Korang tau ke tak tau ni.. hehehe. Ok bye takde yang jawap.


Sebenarnya untuk facebook, Lya memang nak sangat sangat tukar nama dari Julia Johari ke Lyaakifimtiyaz tapi tak dapat, boleh tukar link sahaja. Untuk tukar nama ke Lyaakifimtiyaz tak boleh daa. Stress pulak rasa, kalau dulu selalu sangat tukar tukar nama kat facebook, sebab tu la sekarang ni facebook dah sekat dah takle nak tukar nama lagi. Huhuhuhu..

Cer tengok kat Full name tu, gelap kelabu jer warna dia.. tu tanda tanda memang takle nak ubah nama la tu. Takyah nak usaha la ubah nama lain sebab setakat ni memang tak jadik pon. Katanya dah banyak kali sangat ubah nama.. Iya iya jer banyak kali, rasa rasa la kan tak sampai pon lima kali ubah nama kat facebook ni. Tapi takpe la kat Alternate name tu boleh jer nak tukar bila bila masa kita nak. Makanya Lya ubah jer la kat situ dengan nama... Lya Akif Imtiyaz. 

Korang yang tatau lagi mana satu Facebook Lya dan ada jugak yang tertukar dan ter add orang lain. Ni haaa bentuk mukabumi facebook Lya dari sisi pandang kat hengpung. Ni laa facebook i okey. Harap pasni takde laa yang tertukor lagi naa.Insyaallah kalau yang add tu bukan robot, pic profile pon bukan gambar pelik pelik (kalau boleh letak laa gambar u olls ya senang nak kenal hehehehe, poyo jer ayat, i pon letak gambar anak anak jer ). Insyaallah Lya sudi berkawan.

Ok siap citer pasal facebook, kita beralih pula ke Instagram dan juga Twitter. Untuk Instagram dan juga Twitter Lya ubah nama lama ke nama @lyaakifimtiyaz. Senang sikit letak satu nama jer. Ada sebab jugak tukar nama ke lyaakifimtiyaz. Sebabnya ada yang anggap bila letak nama akif imtiyaz orang ingat blogger lelaki hehehe. Siap ada yang tinggal komen panggil En Akif. Ya ya je En Akif oh En Akif. Adoiii la.


Sapa sapa yang belum follow Instagram Lya kalau nak follow sila silakanlah. Kecik tapak tangan tapak gajah Lya tadahkan.


Twitter i senduuuuu je. Kalau sudi nak follow dipersilakan. Terima kasih.

Kalau korang rasa rasa nak follow Instagram , Facebook dan juga Twitter Lya, korang klik link kat bawah ni je :


Bila tengok link sosial media Lya yang tersusun dengan nama yang sama ni kan sedap pulak mata memandang. Hahahaaa kuat pulak duk puji diri arini. Takpe la bukan sokmo, sesekali tak jadi hal la kan?. K la banyak dah duk membebel arini, Lya stop dulu nak start masak untuk anak anak la pulak. Kan duk layan menaip sampai ke sudah laaa i tak masak. Terima kasih sudi singgah. Ada masa singgah la lagi ya ..

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. aaa Mummy selalu tersalah orang Ingat Juju rupanya Lia.. Hahaha Tapi takpe mummy pasan selalu Juju letak pic sendiri, Lia selalu letak pic anak..hehehe

    BalasPadam
  2. Masa nak add Kak Lya di FB pun dah keliru. Tapi sekarang dah senang. tersusun je.

    BalasPadam
  3. cantiknya semua nama tersusun tau sis link tu semua...dah boleh buat name kad baru ni kak lya hahaha...tq kak sudi ubah nama demi juju...juju tak dapat nak tukar nama lain sebab dalam IC mmg julia johari hahahhaha...julia johari ni nama sgt universal...ramai kalau tekan butang search mmg ada nama julia johari dari seluruh dunia.

    BalasPadam
  4. Sal pun selalu terkeliru antara juju & kekya ...huhuhu . Dah tukar ni confirm tak keliru lagi..

    BalasPadam
  5. Dulu masa awal² selalu gak tersalah, laaa ni ingat akifimtiyaz jer.

    BalasPadam
  6. Awal2 dulu komfius juga. Terpaksa view profile baru berani komen. Takut tersalah taip nama😂 mujur sekarang dah expert😄😄😄

    BalasPadam
  7. owh..dah tukar nama fb..thanks bagitau..

    BalasPadam
  8. hehehe..sabar jela kalau nama sama ni sebijik ni..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.