Petai Oh Petai

September 07, 2017

Petai Oh Petai | Ni cerita balik raya haji baru baru ni. Arini baru ada masa nak update bab petai ni haaaa. Balik kampung baru baru ni, raya haji ketiga Lya ada jemputan kenduri kat Felda Tenang. Alang alang pergi kenduri kat sana kami terus la pergi mandi manda kat Kolam Air Panas La. Anak anak nak sangat mandi manda kat La Hot Spring. Kali ni baru berkesempatan pergi. Seronok sangat dapat mandi manda. Tapi Lya tanak citer bab mandi manda tapi kali ni Lya nak citer bab petai. Moh ler kita berpetai petai..


Selesai aktiviti mandi manda, dalam perjalanan pulang ternampak laaa orang jual petai kat tepi jalan. Banyak giler petai yang dijual. Encik Hubby cakap boleh la kalau nak beli petai murah kat sini. Takde laa RM1 satu papan macam kat kawasan kita tinggal tu. Murah murah jer petai kat sini. Makanya Lya turun dari kereta dan terus pegi tanya berapa satu ikat petai yang banyak banyak tu. Satu ikatan yang Iman pegang ni. Penjual tu cakap RM35 satu ikat. Ada dalam 100 papan gitu la lebih kurang. Kalau ambil tiga ikat dia nak bagi RM100. Hehehehe tiga ikat nak buat apa laaa Pak Cik, banyak benor macam nak buat kenduri kendara la pulak. Cukup satu ikat dah laaa .. 


Makanya Lya beli ler satu ikat bawak balik kat rumah MIL. Nak minta MIL buat petai jeruk. Hehehe sedap ni kalau jeruk. Sebelum apa apa berlaku pada SI PETAI, kita tangkap gambar laa dulu. Masa ni berlumba lumba anak anak Lya duk posing kat petai ni haa. Masing masing dengan pelbagai gaya. Al maklum laa tak pernah jumpa petai sikit punya banyak gini.


Bergambar ikut giliran laa ya anak anak. Tak yah gaduh gaduh la.. tak lari petai tu sebab abah dah ikat kemas kemas. Huhuhu siap buat ikatan simpul lagi kat tengah tengah beranda luar rumah. Senang sikit nak bergambar tak payah nak pegang angkat bagai. Posing la puas puas kat situ.


Anak anak Lya ni kan kalau jumpa yang pelik pelik sikit diaorang ni mula laa rasa pelik. Macam macam soalan yang diaorang tanya bab bab petai ni. Yang paling banyak soklan, ni la budak ni ha.. sibuk duk tanya nak buat apa petai banyak banyak ni. Nak makan laa nak oiii.. Nak buat petai jeruk sedappp oooo.. Bila cakap petai jeruk terus laa dia tutup hidung..Hahahaha .. Anak anak memang tak suka petai. Tapi Umi ngan abah suka sangat. Sedap ni buat alam ngan nasi panas panas. Korang yang suka makan petai, angkat tangan. Kita gang hehehe...


Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. singgah tengok petai, lama tak jumpa petai banyak gini, nak beli sepeket siap kopek kulit pun terkejut tengok harganya sekarang.

    ReplyDelete
  2. Sayur ulaman fevwret ni..tapi tak suka makan petai jeruk..pernah cuba dekat rumah kawan.takleh masuk

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.