Akif Terkena Sengatan Obor Obor

September 22, 2017

Akif Terkena Sengatan Obor Obor | Pagi tadi, seperti selalu kalau hari cuti kami satu family biasa pergi jogging kat pantai atau kat taman.. kalau rajin kami hiking kat Bukit Mak Dayang. Tapi di sebabkan semalam hujan pagi ni pon mendung jer, kami pilih jogging kat pantai je. Sebelum jogging sempat la layan anak anak duk kutip siput dan main air kat pantai. Pastu berlari lari anak kat tepi pantai sambil menghirup udara pagi nan segar. Tak sampai 1 jam pon kat pantai tetiba Akif mengadu kaki dia gatal dan pedih waktu duk main air kat tepi pantai. Abah dia yang paling dekat pergi jenguk apa jadi.. masa jenguk kat kaki, kaki Akif dah bengkak, merah, keluar gatal gatal dan Akif cakap pedih cam kena api. En hubby cakap Akif kena sengat obor obor ni. Bawak dia ke tepi pantai dan rendam kaki dulu kat dalam air laut. Maunya budak tu nak rendam kaki dia, kaki pedih lagu tu nak rendam memang meraung laa masa kena rendam tu. Merah habis kaki siap pakej bengkak dengan gatal gatal makin teruk. Akif duk teriak pedih pedih pedih. Air mata tok sah cakap laa laju jer turun kat pipi tu. Aku yang tengok ni pon rasa nak nangia sama. Tatau cara nak tenagkan dia bila dia dah start meraung. Abah dia laa yang boleh tolong settle kalau lagu tu.

Ni masa dah letak Minyak Herba Asma Mujarab.. Sebelum tu bengkak merah merah lagi.. Tapi tak tergamak la nak tangkap gambar masa anak tengah duk tahan sakit.. 

Siap basuh kaki semua, terus bawak ke kereta balik rumah. Ingatnya nak bawak ke hospital, tapi bawak balik rumah dulu la nak try letak ubat dulu sebelum bawak ke hospital. Sepanjang jalan balik rumah, menangis jer la dak Akif ni. Tapi takde la meraung macam mula mula kena kat pantai tadi. Sampai rumah basuh air bersih dan sapu Minyak Herba Asma Mujarab kat kaki dia buat sementara bagi hilang gatal dan bengkak kat kaki. Bagi dia rehat.. dalam duk sibuk settlekan Akif, tangan sibuk gak duk WhatsApp ahli keluarga dan kawan kawan tanya apa yang boleh guna kalau kena sengatan obor obor. Salah sorang gang cadangkan cuba kencing kat tempat kena sengatan tu. Hehehe boleh pulak suruh kencing alahai.. Tapi bila google memang ada yang guna petua ni menjadi. Makanya Umi suruh la Akif kencing kat kaki yang kena sengatan tu. Mula mula dia tak nak. Akif cakap kotor la air kencing. Tak nak la tak nak. Bila Umi siap buat ugutan nak tinggalkan dia tak nak layan dia barula dia buat. Dalam dua ke tiga minit jugak la kat bilik air. Pastu dah basuh bersih bersih, lap kaki semua.. terus semburkan Spray 8 For Kids kat kaki Akif bagi lega sikit kaki tu ngan semburan sejuk.

Sembur dengan Spray 8 For Kids bagi hilang rasa pedih dan gatal gatal.

Dah buat apa yang patut, Umi pantau jer laa dalam 15 ke 30 minit takut takut melarat bengkak kat kaki dia. Dalam 15 minit Akif cakap kaki dah tak pedih, gatal pon dah takde pastu bila tengok kaki dia, bengkak bengkak pon dah surut tak macam mula mula kena tadi.


Alhamdulillah kira ok la tu kalau bengkak surut, gatal dah takde rasa pedih pon dah berkurangan. Dia pon aktif jer takde tanda tanda nak muntah ke apa ke. Kira ok la tu. Alhamdulillah tak melarat. Syukur Ya Allah...

Nampak dah elok dah kaki Akif. Takde nak garu garu lagi. Rasa pedih pon dah takde. 

Kalau boleh tekan tekan phone layan game bola lagu ni opkoss la takde apa apa dah tu. Alhamdulillah senang hati Umi tengok kaki Akif dah Ok. 


Artikel Menarik yang Lain

10 sang pencerita

  1. Hehehe. Baru tau salah satu petua kalau kena sengat obor-obor kencing dekat tempat kena sengat tue.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah takdak apa apa yang serious. seriau baca tajuk hehe

    ReplyDelete
  3. Ishhh memang bahaya obor² ni. Husband pernah kena dulu kat badan masa mandi laut kat pulau di Sabah. Memang pergi klinik ambil ubat dan siap kena inject lagi.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ok. Kesian Akif sbb gatal dan pedih tu

    ReplyDelete
  5. Kesianyya dia..tq info cara merawat. Mmg guna ntk sengat or byk lg kegunaannya?

    ReplyDelete
  6. Ya Allah. Kesiannya. Next time hati-hati la yer. InsyaAllah mesti cepat sembuh.

    ReplyDelete
  7. Syukur Alhamdullilah Akif dah okay.... Tapi mujarab jugak ea Lia petua tu kan..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..nasib baik tak teruk dan nasib baik ada minyak herba tu..nxt tym kna standby minyak tu kat rumah kan..tq sharing sis..

    ReplyDelete
  9. saya ingat lagi masa saya form 3 dulu-dulu, pernah terkena sengat ngan obor-obor kat pantai belakang sekolah, pastu demam seminggu, lepas tu dah serik nak pegang obor2. huhu

    ReplyDelete
  10. Petua guna air kencing...huiiii....macam mana akif leh kena sengat obor2 lya...obor2 tu mmg kat pantai ke

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.