Zing + Detergent Film Pembersih Pakaian Paling Bersih Dan Selamat

Zing + Detergent Film Pembersih Pakaian Paling Bersih Dan Selamat | Sebagai seorang ibu, KekYa sentiasa akan memastikan pakaian anak anak dan suami KekYa bersih dan terjaga. Untuk itu KekYa amat berhati hati dalam pemilihan pembersih pakaian yang sesuai untuk keluarga KekYa. Nak dijadikan cerita, masa Family Day KBBA9 kat The Legend Cherating Beach Resort baru baru ni KekYa di beri peluang untuk mencuba satu pembersih pakaian yang lain dari yang pernah KekYa guna sebelum ni. Zing + Detergent Film memang lain dari yang lain. KekYa pon musykil gak mula mula, ya ke ni pembersih pakaian. Nampak packaging dia yang comel dan kemas gitu cam tak caya la pulak ianya pembersih pakaian.

Ni dia pencuci pakaian terbaru kat rumah KekYa.  Zing + Detergent Film untuk KekYa mencuci pakaian. Bau dia best takde la kuat sangat bau sabun seperti bau sabun yang KekYa guna kat rumah sebelum ni. Bau dia wangi yang lembut lembut gitu... 

Pek dia comel sangat dan cukup sesuai kalau nak bawak pegi travel.

Zing + Detergent Film Kawan Pencuci Pakaian Terbaru Keluarga KekYa

Sekali tengok Zing + Detergent Film, KekYa tertanya tanya la jugak.. Ya ke ni pencuci pakaian, nampak macam pelik jer. Biasa pencuci pakaian yang KekYa guna dalam bentuk cecair ataupon serbuk. Tapi kali ni dalam bentuk kepingan dan sangat nipis. KekYa tertanya tanya la jugak kat dalam hati, pakai bendalah ni boleh bersih ke pakaian. Cam tak percaya pon ada. Tu masa mula mula la kan, persepsi masing masing gitu laaa .. Tapi kini Zing + Detergent Film dah jadi kawan pencuci pakaian terbaru keluarga KekYa. Pasni kena guna Zing + Detergent Film sokmo la jawapnya.

Ni dia kepingan pencuci pakaian Zing + Detergent Film. Bukan serbuk bukan juga cecair tapi dalam bentuk kepingan nipis.

Zing + Detergent Film Pilihan Terbaik Sabun Pencuci Pakaian

Orang kata tak cuba mana la kita tahu, dah cuba baru tahu. Ok KekYa cuba rendam baju sekolah Iman dan Akif guna Zing + Detergent Film. Ternyata tanggapan KekYa salah .. Rupa rupanya Zing + Detergent Film memang power dalam membersihkan kotoran degil terutama pada kolar dan lengan baju. Mula mula KekYa rendam dulu baju sekolah Iman dan Akif. Dah siap rendam dan keluar semua daki daki baru KekYa basuh baju sekolah diaorang.

Baju sekolah anak anak, KekYa basuh guna tangan tak guna mesin. Al maklum la baju putih cepat sangat kotornya. Bila rendam guna Zing + Detergent Film semua jadi mudah. Kotoran pon cepat hilang.

Gambar atas ni kolar baju Iman. Balik sekolah kalau check kat kolar baju memang tak lulus la wehh.. Lepas guna Zing + Detergent Film, cuba tengok gambar bawah. Memang hilang semua kesan degil kat kolar baju. Sangat berkesan !! 

KekYa dah cuba mencuci pakaian guna Zing + Detergent Film.. KekYa rasa puas hati jugak la sebab kesan penggunaan yang menakjubkan. Tak perlu nak sental lebih lebih. Jimat masa dan tenaga KekYa terutama part membasuh baju sekolah anak anak. Biasa KekYa kena sental sungguh sungguh untuk bersihkan kolar baju anak anak. Tapi dengan Zing + Detergent Film KekYa rasa kerja mencuci lebih mudah, cepat dan bersih. Untuk cucian mesin KekYa gunakan 3 keping Zing + Detergent Film. Letak 3 keping untuk cucian mesin 7kg. Tengok pada pakaian yang korang nak basuh banyak mana. Kalau sikit letak sekeping pon boleh. 

KekYa guna 3 kepingan sabun untuk satu cucian penuh mesin basuh KekYa. Kalau nak tahu sukatan penggunaan banyak mana untuk meain basuh korang, boleh refer pada belakang  pembalut. 

Kelebihan Zing + Detergent Film

Korang mesti nak tahu kenapa KekYa suka sabun pencuci Zing + Detergent Film ni. KekYa nak bagitau kat korang kelebihan Zing + Detergent Film. Memang banyak kelebihan Zing + Detergent Film antaranya yang paling KekYa suka, ianya selamat dan mesra alam. 




Zing + Detergent Film mencuci seperti baru. Dengan menggunakan Zing + Detergent Film cucian 4-5 kali lebih bagus daripada cucian menggunakan pencuci pakaian biasa yang lain. Zing + Detergent Film adalah gabungan serbuk pencuci, pencuci dalam bentuk cecair, pewangi pakaian dan bahan peluntur. Zing + Detergent Film adalah produk terbaru di pasaran dan sangat berkesan untuk memberikan cucian yang sangat bagus.


Zing + Detergent Film lembut pada tangan dan kulit. pH neutral laa orang cakap dalam bahasa sains di mana ianya lembut pada pakaian dan juga tangan. Ianya dapat melindungi kesihatan korang juga. Takde la nanti kulit korang menggelupas bila gunakan Zing + Detergent Film. 


Kat mana nak dapatkan Zing + Detergent Film. Ok kalau korang rasa nak dapatkan Zing + Detergent Film untuk merasai sendiri produk hebat mesra alam ni, korang boleh contact Cik Ros Farina di talian +012 235 0657. Jangan lupa tekan Like kat facebook pageZing Plus Malaysiauntuk maklumat lebih detail mengenai Zing + Detergent Film.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Syok sental baju sekolah anak² dengan Zing+ ni, habis hilang semua kotoran degil. Memang jatuh cinta dah dengan Zing+!

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.