Teruja Tengok Pokok Anggur Berbuah

August 29, 2017

Teruja Tengok Pokok Anggur Berbuah | Baru baru ni Lya pergi rumah sorang sahabat kat Kemaman. Masuk jer pagar rumah dia dah nampak pokok anggur kat tepi pagar. Ira, kawan Lya ajak masuk rumah tapi bila tengok ada buah kat pokok anggur terus la sembang kat luar dulu sebab excited bila nampak ada buah anggur. Masa pegi sebelum raya ritu takde buah lagi. Kali ni pergi dah berbuah dah pokok anggur Ira. Dek kerana teruja sangat nampak buah anggur, terus tangkap gambar. Ira cakap pokok anggur ni usia dia dah dua tahun dan ni kali pertama pokok anggur ni berbuah. Dua tahun dah berbuah dah, ok la tu cepat jugak laa kiranya pokok anggur mengeluarkan buah.

Ni buah anggur yang Lya mula mula nampak kat celah celah daun.. Nampak jer buah anggur rasa nak petik jer hehehe .. 

Tadaaa dia main sorok sorok kat tepi daun la pulak. Kita selak sikit daun dia nak tangkap gambar. Hai comelll !! 

Dah nampak kat bawah ni terus dongok kat atas.. ada lagi buah anggur yang tengah berbuah.

Kecik kecik jer anggurnya sebab baru lagi.. Tengah nak membesar lagi ni. Kalau petik pon tak sedap nak makan sebab kecik sangat.

Fuyoooo banyak nooo segugus .. Terus tangkap gambar.. Besar besar jugak anggur yang ni.. Yang tadi kecik kecik jer ..

Masa tengah syiok duk tangkap gambar, Ira cakap yang tu bukan buah anggur sebenar. Yang tu plastike jer hahaha.. Aikk dah plastik apasal ko ikat kat situ nak buat apa dik non oiiii.. Bukan boleh makan pon hahahha.. Camni sebenarnya, menurut kata orang tua tua laa kan, kalau kita nak pokok anggur kita berbuah, kita letak buah anggur olok olok ikat kat pokok anggur kita tu, lama lama berbuah la pokok anggur kita. Hahaha iya iya jer la.. ntah betul ntah idok pon Lya tatau la.. Tapi tu la cerita dari Ira. Yang buat Lya teruja sangat sebab tengok pokok anggur ni berbuah. Tak pernah tengok lagi orang tanam pokok anggur kat halaman rumah, tu yang teruja lebih tu. Agak agak kalau Lya tanam kat laman rumah berbuah ke idok ni?.


Artikel Menarik yang Lain

12 sang pencerita

  1. Ibu Pakcu powan ada tanam depan rumahhh, tapi buahh nyer comel-comel jerr.

    ReplyDelete
  2. Ju pun teruja tgk ni ! lagi2 tgk seikat tu comel sgt ! sgt rupa ny plastik xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan kan kan rupa2nya yang plastik huhuhu

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehe pokok orang la lyn .. bukan pokok akak huhuhu

      Delete
  4. woww.. kite yang degar ni pun teruja nengok pokok anggur berbuah dahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa tengok depan mata buah anggur..

      Delete
  5. Adoi.. Sha yang tengok pun teruja..

    ReplyDelete
  6. Kalau pi Mardi kat Langkawi lagi teruja tengok buah anggur yang mereka tanam, lebat² buahnya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.