SELAMAT HARI LAHIR KE 10 MUHAMMAD ADAM IMAN

August 13, 2017

Selamat Hari Lahir Ke 10 Muhammad Adam Iman | Alhamdulillah sedar tak sedar harini dah masuk 13.8.2017. Bermakna hari ni hari lahir Iman yang ke 10. Ya Allah dah 10 tahun dah usia Iman. Cepat jer masa berlalu sedar tak sedar dah 10 tahun usia dia. Alhamdulillah anak Umi membesar sihat dan sempurna.depan mata Umi juga abah. Syukur padaMU Ya Allah memberikan kesihatan yang baik untuk Iman. Semoga Iman akan terus dipanjangkan usia. Umi dan abah berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar anak kedua Umi dan abah akan sentiasa di beri kesihatan yang baik,minda yang cerdas,panjang umur serta menjadi anak yang soleh serta sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT. Sanah helwah ya Iman .


Sambutan Hari Lahir Iman 

Sebenarnya tak plan nak sambut beday Iman pon. Dia bukan suka sangat bab bab kek dan juga sambutan beday ni. Dia sempoi jer cukup sekadar ingatan dari Umi dan abah. TAPI nak jadi cerita kebetulan pulak 11.8 Wan dan Tok Ayah datang dari kampung, sepupu sepupu dari KL dan jugak Kemaman pon ada sekali. Jadi KekYa dan En Hubby ingat nak ajak makan makan la sikit. Tu yang beli kek sebijik tu, alang alang dah dekat dengan tarikh hari lahir Iman. Iman tatau pon pasal ni.. Sebab beli kek 11.8 dia tak syak la KekYa nak sambut beday dia kat rumah sama ngan Wan dan tok ayah. TAPI .....


Bila sampai masa nak bergambar, KekYa bukak kotak kek baru laa dia perasan tu kek untuk dia. Apalagi malu malu kucing laa dia sebab dia tak sangka laa Uki abah nak surprised kat dia. Dia memang pemalu sikit.. Nak suruh pakai topi beday pon tanak.. Kena paksa laa jugak baru pakai.. Gu pon dia tanak yang lain sikit dari orang lain.. dia nak pakai yang sama ngan sepupu sepupu pakai. Nak minta pakai pon susah apalagi nak bergambar sorang. Bila dah ramai dia tambah laa malu. Ni jer laa gambar yang ada sempat KekYa snap .. 

Mana satu laaa beday boy ni.. Nampak cam beday adik irfan laa pulak.. hehehe..

Meh ler kita bergambar ramai ramai .. 

Macam macam gaya laa diaorang buat ..

Seronok laa sebab ada sepupu join sekali ..


Alhamdulillah bertambah setahun lagi usia Iman.. Semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati kehidupan Iman dunia akhirat. Aamin aamin ..

Artikel Menarik yang Lain

2 sang pencerita

  1. Alhamdulillah, happy birthday buat Iman. Semoga sentiasa cemerlangan dalam setiap apa yg diceburi dgn keberkatan dunia dan akhirat... aamiin :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..