Akif Imtiyaz 4 Tahun Lalu

August 26, 2017

Akif Imtiyaz 4 Tahun Lalu | Harini facebook ada share memori bergambar tarikh 26 Ogos 2013 .. 4 tahun yang lalu.. Makanya muncul la gambar gambar Akif masa umur 4 tahun. Bila Lya tengok balik, kenang balik gambar gambar Akif masa dia berambut panjang, ada satu rasa nak gelak ada rasa nak ketawa terbahak bahak pon ada jugak. Banyak betul kisah lucu dia dengan rambut panjang masa umur 4 tahun.


Bila Mak Ngah Suruh Pakaikan Baju Kurung Untuk Akif 

Salah satu kisah lucu Akif Imtiyaz 4 tahun lalu. Hahaha masa kejadian ni hari raya pertama 2013. Masa tu kami sekeluarga pergi beraya kat rumah Mak sedara Lya kat Terengganu. Mak sedara Lya tanya "kenapa pakaikan anak baju melayu siap selempang lagi di hari raya, kenapa tak pakaikan baju kurung macam kakak dia?". Masa tu Lya dah rasa pelik dah dengan soalan Mak Ngah, dah kenapa pulak nak pakaikan Akif baju kurung. Mak Ngah ni nak perli ke apa ni? Duk tanya tanya dalam hati dulu. Pastu bila Mak Ngah tengok Lya cam pelik jer, Mak Ngah tanya lagi. Lya pon jawap la.. "Mak Ngah dah kenapa ni?.. Kan anak kita ni anak lelaki memang la pakai baju melayu dan sampin di hari raya takkan nak bagi pakai baju kurung pulak.. Mak Ngah ni kan yang pelik pelik jer suruh kita buat."

Masa ni umur Akif 4 tahun.. Sejak kecik hingga laa umur dia 5 tahun tak pernah potong rambut. Kecuali masa baby pernah laa botakkan rambut dia dua kali.

Ada muka pompuan ke? Alahai anak Umi.. hencem hencem pon orang ingat pompuan hehehe....

Pastu Mak Ngah tepuk dahi dan tepuk pipi.. "Laaa anak mung laki ke? Ingat anak mung puang. Mak Ngah dok ingat.. Tengok macam puang anok mung ni. Comel sungguh macam puang, tu yang Mak Ngah tanya tu wakpe mung beri pakai baju melayu".. Hahahaha pastu Mak Ngah ketawa gelihati bergegar seluruh rumah di hari raya kedua 2013. Adoii laaa sakit perut Mak Ngah cakap ingatkan pompuan. Satu rumah laa duk gelak kat Mak Ngah. Ayah Ngah siap perli Mak Ngah, "Mung ni pelik pelik sungguh laa.. dah anak dia laki dok kan la dia nak beri pakai baju kurung, ya v pakai baju melayu la doh laki..". Ayah Ngah pon gelak sakan. Sian gak Mak Ngah jadi bahan gelak ketawa masa tu..

Mak Ngah relaks jer senyum senyum pastu pandang Akif sambil cakap kat Akif .. "Doh Akif comel sangat, Tok Ngah ingat Akif puang, mana Tok Ngah tau laki.. Lama dok kelih cucu sedara.. kelih kelih pon hari raya. Tok Ngah dok ingat doh laki ke puang". Dak Akif tak ambik hal pon dia relaks jer duk layan biskut raya. Orang duk cakap cakap dia.. Dia cam biasa la buat buat tak layan jer orang duk sibuk gelak sakan pasal dia .. Selamba dia tu laaa...

Relaks jer dia.. Orang duk sok sek sok sek hal dia. Layan biskut raya lagi best katanya..

Sekali sekala bila ingat balik masa Akif berambut panjang kecik kecik dulu, banyak betul kisah dan kenangan yang buat Lya rasa nak gelak. Akif pon bila Lya cerita kat dia kisah kisah dulu.. ada jugak laa yang dia gelak sakan ada tu dia tak ambil tahu pon. Umi jer duk sibuk cerita itu ini kat dia.. Dia tak layan pon hehehe ..

Dia yang sekarang bukan dia yang dulu .. Dah 8 tahun usia dia..

Sejak masuk sekolah tadika masa umur 5 tahun, rambut dia dah tak panjang dah. Bila dah sekolah mana boleh berambut panjang. Jadi kena la potong rambut. Sejak tu rambut dia selalu potong pendek.. Dia pon takde la minta nak simpan rambut panjang lagi. Cuma dia ada la jugak cakap kat Lya, Akif kalau rambut panjang hensem kan Umi.. Hehehe iye iye laaa nak...

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. Nanti habis sekolah, boleh panjangkan balik eh, ahahha~

    Ehem, jom support GA Nona, first time buat, harap ada sambutan.
    Thanks
    http://nonasani.blogspot.my/2017/08/giveaway-saya-nak-prime-buster-cream.html

    ReplyDelete
  2. Aah lah, Akif comel sangat macam girl. Anak beranak acik pun ada macam Akif, Rambut curly panjang, lagilah nampak macam pompuan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rambut panjang ramai ingat pompuan..huhuhu

      Delete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.