Terima Kasih Bintang Fashion

Terima Kasih Bintang Fashion | Hari Jumaat lepas KekYa berkesempatan ke Bintang Fashion Bentong, Pahang. Banyak kali sangat tertangguh nak pegi shopping kat Bintang Fashion, alhamdulillah hari Jumaat lepas tertunai juga. First time tau KekYa shopping kat Bintang Fashion dengan bajet RM500. Dalam kepala ni duk berkira kira dah nak beli apa la dengan bajet RM500. Banyak tuuu. Yang paling UTAMA kena dapatkan baju raya untuk seisi keluarga memgikut syarat yang telah ditetapkan pihak Bintang Fashion. Yang selebihnya kalau ada lagi boleh beli apa yang KekYa rasa nak beli. Pemenang lain dah shopping awal awal masa bulan puasa lagi tapi KekYa dapat shopping di penghujung Syawal. Takpe la mana mana pon janji dapat jugak datang ke Bintang Fashion Bentong.


Terima Kasih Bintang Fashion Bentong 

Kami sampai awal pagi dalam jam 9.45 kat Bintang Fashion Bentong. Sebelum datang KekYa memang dah confirmkan awal awal dengan kakitangan Bintang Fashion Bentong. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan urusan KekYa berjalan lancar. Bila KekYa cakap dengan anak anak. Ok semua, sekarang pilih baju mana yang korang berkenan, kalau boleh kita ikut tema warna yang sama. Sambil tangan KekYa duk tunjuk pakaian sedondon yang tersarung kat patung bawah ni. Anak anak cakap ok Umi kita try cari dulu mana mana warna yang berkenan nanti kita tengok warna apa yang menarik.


Alhamdulillah Rezeki Kami Sekeluarga, Syukur Selalu 

Setelah mendapat green light dari kakitangan Bintang Fashion Bentong, makanya anak anak dan En Hubby sibuk duk memilih pakaian mana yang berkenan di hati... sementara KekYa sibuk duk fikir nak warna apa nak warna apa .. Akhirnya setelah di fikir dan mengambil kira pendapat anak anak, KekYa dan En Hubby pilih warna hitam untuk pakaian raya sedondon kami sekeluarga. Raya dah nak sampai penghujung dah masa tu, tapi kami baru sempat nak shopping baju raya .. Tapi takpe laa baju sedondon yang kami pilih ni kami nak pakai masa raya haji nanti. Raya haji pon dah tak lama lagi. Jimat sikit tak perlu nak beli baju raya lagi sebab dah dapat baju raya dari Bintang Fashion.

Mula mula sebelum pilih warna berkenan di hati, rambang mata la jugak KekYa kat situ.. Macam macam pilihan yang ada dan semuanya cantik cantik belaka. Kalau ikutkan hati KekYa semua KekYa nak hehehe.. 

Sekejap jer duk pilih memilih semua dah berkenan.. saiz pon semua ada.. makanya terus bawak pakaian yang di pilih ke kaunter bayaran untuk pengiraan cukup ke tak dengan harga rm500.

Kira punya kira ada balance lagi nak cukupkan RM500. Makanya KekYa tambah beli baju t shirt dan seluar slack untuk Insyirah dan juga tracksuit untuk Iman. Harga semua sekali RM498.20. Adik cashier tu cakap carila lagi Kak cukupkan RM500. Alahai nak mencari untuk cukupkan RM500 tu KekYa dah larat dah sebenarnya. Jadi KekYa cakap ok jer la takpe la tak cukup pon kira halal jer la. 

Cer tengok Akif dengan Iman tu, muka dah penat sangat dah tu.. Al maklum la masa ni tak makan lagi.. Bercampur pulak dengan perut lapar.. Tapi diaorang seronok sangat dapat shopping kat Bintang Fashion. 

Terima kasih Cik Wan .. person in charge dari Bintang Fashion Bentong yang menerima kehadiran kami pada pagi Jumaat dengan tangan terbuka. Sangat sangat friendly orangnya, siap belanja roti, biskut, makanan ringan dan jugak air untuk kami sekeluarga. Terima kasih sekali lagi Cik Wan.

Terima kasih tak terhingga buat Bintang Fashion untuk hadiah RM500 shopping baju raya kami sekeluarga. Alhamdulillah kami sangat berpuas hati dapat shopping di Bintang Fashion. Anak anak suka, Umi dan abah lagi la suka .. Yeyy dapat baju raya free.. Jimat belanja hehehe..

Baju Kurung Pahang Dan Baju Melayu Teluk Belanga Pilihan Kami Sekeluarga




Ok ni KekYa nak tayang sikit baju raya haji yang KekYa beli kat Bintang Fashion Bentong.. Alahai hitam si hitam manis .. Hitam pilihan kami sekeluarga .. Baju kurung pahang untuk KekYa dan kakak Insyirah manakala baju melayu teluk belanga untuk En Hubby, Iman dan Akif. Sedondon la kami raya haji tahun ni..

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. waaa bestnya dapat sponser pakaian. shopping tanpa tengok price tag. hehe

    helloaiman

    BalasPadam
  2. bestnyaaaa kak dapat baju raya sedondon.. warna pun cantik.. kalau ada event ke majlis senang semua da ade batu matching..

    BalasPadam
  3. bestnyaaaa shopping,bleh singgah ni,bintang fashion pun skrg banyak baju cantik2

    BalasPadam
  4. Wah syoknya dapat sponser. Alhamdulillah rezeki kak ya

    BalasPadam
  5. bila bintang fashion nak sponsor SA ni? hahahaha...cantik2 pilihan Lya dan family...sapa kata baju kat bintang fashion xde kualiti or low class kan?

    BalasPadam
  6. Wah..siap dah bju raya haji. Kami raya haji tak ke mana-mana. Recycle baju raya yang tak sempat pakai je hihi.

    Btw...tahniah kak

    BalasPadam
  7. wahhh.....bestnya dpt sponser baju raya. Jimat dah tu.

    BalasPadam
  8. dapat shopping RM500 tu..bestnya...murah rezeki akif

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.