Simpan Duit Raya Anak Anak Di Tabung Haji

Simpan Duit Raya Anak Anak Di Tabung Haji | Alhamdulillah selamat sudah simpan duit raya 2017 anak anak kat Tabung Haji. Tiap tiap tahun setiap kali raya anak anak akan dapat duit raya, korang buat apa dengan duit raya yang anak anak dapat. Kalau tanya KekYa, buat apa dengan duit raya anak anak ? Opkoss laa KekYa simpan. Simpan kat Tabung Haji. KekYa memang tak galakkan anak anak gunakan duit raya diaorang untuk beli barangang yang diaorang suka. Bagi KekYa menabung lebih baik untuk masa depan diaorang. Kalau diaorang ada rasa nak beli barang ke apa ke dengan duit diaorang, diaorang akan cakap dan KekYa atau En Hubby akan belikan guna duit kami jika benda yang diaorang nak, perlu untuk diaorang. Kalau tak perlu memang KekYa takkan beli. Itu prinsip KekYa dengan anak anak. Beli HANYA benda yang kita perlu ... Anak anak pon faham dan diaorang takde minta benda yang kami tak mampu nak beli. Alhamdulillah syukur Ya Allah ...



Simpan Duit Raya Anak Anak Di Tabung Haji 


Anak anak KekYa sejak kecil lagi, memang KekYa dah buka akaun Tabung Haji dan akaun BSN sorang satu. Jadi setiap kali raya, duit raya diaorang KekYa akan simpan kat Tabung Haji. KekYa memang dah ajar anak anak KekYa menabung sejak kecil. Bukan setakat duit raya, duit simpanan bulanan yang En Hubby bagi untuk anak anak dan juga duit lebihan belanja sekolah yang diaorang simpan dalam tabung, KekYa akan masukkan kat Tabung Haji dan juga BSN diaorang setiap bulan. Syukur anak anak KekYa yang tiga orang ni memang suka menabung. Alhamdulillah boleh buat simpanan untuk masa depan diaorang.

Bila dah masukkan duit diaorang kat Tabung Haji rasa lega la sikit. Kalau tak duk bawak ke sana ke mari jer duit tu .. Jadi satu kerja pulak kalau nak pegi jalan jalan kena angkut sekali duit raya diaorang .. Bila dah simpan ni kan,  rasa lega.. Simpanan duit raya kakak Insyirah RM450 ... 

Simpanan duit raya abang Iman RM350. Menabung untuk masa depan diaorang. Insyaallah satu hari nanti boleh pergi Haji dengan izinNYA. KekYa dah daftarkan tiga tiga anak KekYa untuk menunaikan haji. Moga dipermudahkan.. Aamin aamin..

Simpanan duit raya Akif RM400. Alhamdulillah duit raya diaorang untuk tahun 2017. Banyak juga diaorang dapat duit raya tahun ni. Rezeki raya untuk anak anak. Syukur selalu ..

Anak anak kita ni, kalau dari kecil kita dah pupuk minat menabung untuk diaorang, insyaallah bila dah besar diaorang akan kekal dengan sifat suka menabung. Semoga sifat suka menabung dikalangan anak anak KekYa akan berkekalan sampai bila bila. Umi dan abah doakan yang terbaik untuk anak anak Umi. Semoga anak anak Umi semakin bijak menguruskan wang bila dewasa kelak ...

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. dulu pun mak ayah buat cemni.. tapi diorang akan kasi simpan sendiri sikit kot nak beli apa2.. yang slebihnya mmg ke dalam simpanan ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe Ct..zaman akak dlu kan .. duit raya tak sempat nak simpan semua habis gtu jer beli barang2 sekolah .. beli keperluan yang kita nak .. al maklum laa kita bukan anak orang kaya semua nak kita dapat. Jadi bila ada duit raya masa tu laa kita guna nak membeli apa kita nak.. Mak ayah pon tak marah sebab tu duit kita ..

      Padam
  2. Betul . Wani masa kecik lagi ayah dah buatkan tabungan untuk masa hadapan (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa kecil kena ajar menabung.. nanti bila dah besar tabiat tu akan kekal sampai bila2..

      Padam
  3. Balasan
    1. Betul tu Jie..kalau tak kita yang ajar diaorang menyimpan siapa lagi kan..

      Padam
  4. Alhamdulillah tindakan yang sangat bijak dan membantu anak-anak di masa mendatang..

    BalasPadam
  5. saya pun simpan duit anak kat tabung haji, alhamdulillah. at least nanti boleh la dia guna untuk masuk U kelak

    BalasPadam
  6. Ana pun cadang nak masukkan duit syafi dalam TH. Selama ni masuk dlm asb mak dia je dulu.hehe

    BalasPadam
  7. k. azni pecah 3... tabung haji, asb, and saving biasa... tapi setiap kali lepas raya bawak dia juga skali.. bg dia paham

    BalasPadam
  8. bagus didikan menabung sejak dari kecil...nanti bila pegang duit sendiri tahu urus duit dengan baik...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.