Sedapnya Laksa Johor Mak Raihana

July 17, 2017

Sedapnya  Laksa Johor Mak Raihana | Akhirnya dapat jugak KekYa update entri mengenai Laksa Johor yang KekYa makan masa rumah terbuka seorang sahabat (Raihana) kat Balok Pahang, baru baru ni. Seumur hidup KekYa yang nak masuk umur 37 tahun ni kan, ni la pertama kali KekYa makan Laksa Johor dan rasa dia buat KekYa teringat ingat sampai laa arini. Sedap sesangat laa Laksa Johor yang Mak Rai buat hari tu.. KekYa tatau laa kot orang lain buat lagu mana, tapi Laksa Johor yang Mak Rai buat memang menepati selera KekYa dan En Hubby .. Orang kata memang kena laa ngan tekak kita . TAPI KekYa lupa pulak nak snap gambar huhuhu .. KekYa curi gambar dari Mr google jer ni ...

Resipi Laksa Johor, Laksa Johor, Laksa Johor Paling Sedap , Laksa Johor Terbaik , Kesedapan Laksa Johor , Cara Masak Kuah Laksa Johor, Kuah Laksa Sedap , Sedapnya Laksa Johor, Resipi Mudah Dan Senang Laksa Johor
Ni la lebih kurang bentuk mukabumi Laksa Johor yang KekYa makan tuuu..

Masa mula mula nak makan tu kan, KekYa conpiuss la jugak nak letak bahan bahan apa kat dalam mangkuk laksa tu sebab banyak bahan kat atas meja bukan sahaja bahan untuk Laksa Johor bahan bahan untuk menu lain pon ada. Sebab tu la KekYa tanya Mak Cik, nak letak apa dalam mangkuk ni huhuhuhu.. Hahahaha ingatkan KekYa jer tatau nak letakkan bahan bahan, rupanya ada lagi tetamu yang tak tau nak letak apa sebab pertama kali makan.. Lepas Mak Cik terangkan satu satu barula tahu.. Apalagi terus la KekYa buat buat muka selamba layan makan.. Mula mula masuk jer kat mulut Ya Allah sedapnya Laksa Johor ni .. Sedap sangat sangat rasa dia .. Takle nak citer kesedapan dia tu lagu mana. Dalam hati KekYa masa tu kan cam nak mintak bungkus jer ngan Mak Rai .. Hahaha sampai gitu sekali KekYa rasa hehehe. Ya laaa dah memang sedap sesedap sedapnya. 

Laksa Johor paling sedap bagi KekYa.. memang sedap dan telah tersenarai paling atas di hati KekYa .. Ha aa sampai gitu sekali tau kesedapannya hingga KekYa terbayang bayang la Laksa Johor tu sepanjang perjalanan balik dari rumah terbuka Raihana .... Ya korang, kalau korang tak caya boleh tanya En Hubby, dia pon semangat sama siap suruh mintak resipi.. Nak lagi sedap siap mintak suruh tempah ngan Mak Rai. Hehehehe tu kira menepati citarasa dia la tu.. MIL ngan mak KekYa tak pernah masak Laksa Johor sebab tu laa kami tak pernah makan.

KekYa tambah dua kali tau, hehehe tak makan dah makanan berat yang lain.. hanya layan Laksa Johor jer.. Dua mangkuk tau KekYa kongsi makan ngan En Hubby. Anak anak KekYa tak makan sebab diaorang tak suka Laksa Johor. Akif lagi laa tak suka.. Dia layan satay jer aritu. Budak budak tak suka tapi KekYa ngan En Hubby suka sangat sangat .. Rasa rasanya kalau KekYa buat jadi ke tak Laksa Johor ni ya .. Nak jugak cuba buat satu hari nanti. Bila tu ? Tatau la lagi kena tengok pada keadaan dulu. Ingatnya KekYa nak minta resepi ngan Mak Rai dulu baru laa nak buat. Kat Google pon ada resipinya tapi nak buat yang style Mak Rai buat ni laa .. Sebab sedappp sangattt hingga tak boleh nak lupa sampai leniiii .... Tq tau Mak Cik buat Laksa Johor sedap dan jemput datang rumah.. Suka sangat sangat kita dapat makan Laksa Johor sedap..

Artikel Menarik yang Lain

11 sang pencerita

  1. Kak Sue memang pengemar Laksa, tak kira Laksa apa pun.. janji sedap.. ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh hantu laksa laaa kiranya ni ..

      Delete
  2. Nak dapat yang kena dengan tekak tu yang susah. Rezeki kekYa

    ReplyDelete
  3. Jarang pi open house, org hidang laksa johor ni..renyah kot nk buat..penah gak makan, mmg sedap kekYa..

    ReplyDelete
  4. Aaaaa lama xmakan laksa .. nak !

    ReplyDelete
  5. Mabuk laksa johor dah hahahh nak try buat la,kita boleh makan sebab spageti hehehheh

    ReplyDelete
  6. alaaaaa...lamanya tak makan laksa johor...

    ReplyDelete
  7. Baru dpt duduk nak berBW, nampak tajuk laksa johor ni.. fuhh selera malam2 ni tengok. Tahun ni raya tak bnyk peluang dpt makan laksa johor ni.... best :)

    ReplyDelete
  8. sedap wooo.. kalau duduk jhor boleh makan ari2 ahahahaha

    ReplyDelete
  9. Nnt kalau ko sah buat jgn lupa ajar aku pulak.nampak sedap

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.