Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin | Duk belek belek novel... Terlayan pulak novel Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin tulisan Umi Syidah. Meh ler kita tengok dulu sinopsis kat belakang novel. Agak agak bila nak abih baca la ya..  kalau tebal lagu ni tatau la berapa lama nak abih baca. Kalau dulu sehari jer dah khatam baca. Kali ni tatau laa nak ambik masa berapa lama nak abih. Tapi kita try laaaa yer.. Mari la mari kita membaca .. Fuhhh fuhh fuhh ..

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin  , Sinopsis Novel Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Sinopsis Novel Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin 


Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin  , Sinopsis Novel Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

“Perempuan apa awak ni ha?! Tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi? Inilah orang kata, perigi cari timba. Tengok awak pun saya tak ada selera. Inikan lagi nak menikah.”– Saiful Mizan.

“Saya tak akan minta apa-apa dari awak, saya tak akan tuntut apa-apa dari awak. Apa saja permintaan awak, saya akan ikut. Saya merayu, tolonglah.”- Yuhanis.

Yuhanis tidak peduli dan terus mendesak. Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat.

“Saya tak mahu awak mengganggu hidup saya. Bila saya berada di rumah, awak jangan lalu-lalang menyemakkan mata saya, faham? Awak nak buat apa, nak ke mana pun, suka hati awaklah. Saya izinkan dan saya tak kesah sebab awak bukan urusan saya. Jangan fikir perkahwinan ini untuk selamanya. Okey?”- Saiful Mizan

Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.

Abang Mizan, how I miss you. I want to be with you.”- Suraya

Hani tahu kan, abang sayang Hani. Abang cinta Hani.”- Sharul Nizam

Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin  , Sinopsis Novel Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

K laaa tu jer laaa apa yang tertulis kat belakang novel. Nak tahu lebih lanjut boleh beli dan baca sendiri .. Ok bye .. Selamat malam korang ..

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. kemain novel feeling2 hahahha kita tok dang ok membaca doh huhuuu

    BalasPadam
  2. macam best jalan cerita ni. biasa salah sorang punya ex yang nak balik kat ex dia. ni dua2. ada kat tv3 pukul 7pm jgak sekarang kan cerita ni.

    BalasPadam
  3. Ai tengok drama dia.. not bad.. tapi jalan cerita cliche..

    BalasPadam
  4. Tebal rupanya novel ni...no wonder harga dia agak mahal...saya follow cerita ni pastu sibuk nak cari novel pulak.haha

    BalasPadam
  5. mak tengah suka tengok citer ni.. rumahx dak tv gigih tengok kat fon..

    BalasPadam
  6. Bli novel lagi semek ni.byknya yang baru2 nak pinjam nak pinjam

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.