Kerana Kasih Novel Ke 15 Aisya Sofea


Kerana Kasih Novel Ke 15 Aisya Sofea | Aisya Sofea adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang penulisan. KekYa adalah salah seorang peminat beliau. Antara novel tulisan beliau yang masih ada dalam simpanan KekYa adalah novel Jauh, Jendela Hati, Selagi Ada Dia, Dialah Cinta Hatiku, Kau Untukku dan juga yang terbaru Kerana Kasih. Yang lain lain KekYa tak sempat nak beli dan dan sempat nak membaca sebab busy sesangat. Busy sesangat tu lagu mana tah nak cakap.. Tapi memang sebab busy laa KekYa tak sempat nak beli apalagi nak baca. KERANA KASIH novel yang memuatkan 471 mukasurat ini memang menarik minat KekYa untuk membaca. Aisya Sofea sepertimana yang KekYa tahu, karya karya beliau sebelum ini sangat dekat dengan jiwa, cukup berkesan dan KekYa memang suka dengan olahan setiap watak dalam novel beliau. Sentiasa hidup dan berkembang. Nak tahu lebih detail mengenai kisah di sebalik Kerana Kasih, KekYa nak ajak korang baca novel ni sekali ngan KekYa .. 


Sinopsis Novel Kerana Kasih Karya Aisya Sofea



Perkenalan yang singkat dengan lelaki bernama Muhammad Haikal Hakimi, mengubah hidup Dilla sama sekali. Hilang prinsip hidup, hilang arah tuju. Dalam sekelip mata hidupnya jadi penuh warna-warni dan hanya berpaksikan pada Kimi seorang.

“Aku bukan suruh kau bercinta dan terus kahwin dengan mamat tu, tapi aku nak kau berkawan dulu dengan dia. Kenal hati budi, kenal latar belakang, baik buruk dia tu. Bukan kenal sebulan terus kahwin!”

Namun Dilla sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata yang dihamburkan kepadanya. Baik dari keluarga, mahupun teman rapat. Hatinya semakin terpaut sejak pertemuan pertamanya dengan Kimi.

Cuma ada satu perkara yang merunsingkan Dilla. Kimi tinggal jauh di Brunei. Sedangkan emaknya sudah meletakkan syarat, setiap anak-anaknya yang berkahwin mesti tinggal dekat dengannya. Emak enggan berpisah dengan anak-anak biarpun sudah bergelar isteri. Dilla sanggup berkorban masa depan demi cintanya pada Kimi, biarpun terpaksa membelakangkan emaknya.

Buang emak buang saudara,KERANA KASIH aku turutkan. Namun, apakah perkahwinan senyap-senyap yang bersandarkan hanya cinta semata-mata sudah cukup kuat untuk dipertahankan biarpun dugaan yang mendatang dari lelaki yang dicintainya itu?


Sebenarnya sekarang ni KekYa busy gak .. Tak sempat lagi nak baca novel ni huhuhu.. Tapi KekYa akan usaha la jugak baca. Sebab KekYa memang suka dengan style penulisan Aisya Sofea.. Ada lagi laa beberapa novel yang KekYa baru baca separuh, setengah suku dan ada jugak yang tak abih abih lagi KekYa baca sampai rini. Huhuhuhu tatau laa bila nak abih ni ...

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Suka jugak baca novel Aisya Sofea, cuma dah lama tak membeli. Dulu rajin buat koleksi tapi ada beberapa buah dah hilang entah ke mana.

    BalasPadam
  2. pernah baca few karya dia.. skrang da pencen hehe..

    BalasPadam
  3. Sempat lagi ko membaca lya.ingat dah bersara dah layan novel.masih layan lagi ke sekarang. Nnt blk kuantan aku nak pinjam lima nam buah ya.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.