Jual Air Ke Jual Ais

July 17, 2017

Jual Air Ke Jual Ais | Setiap kali beli air yang orang jual kat kedai tepi jalan, kat pasar malam, kat bazar ramadhan atau kat kiosk mana mana tak kira tempat, ada satu perkara yang menarik perhatian KekYa. Dia punya ais tu kan lebih banyak dari air. Asal duk tuang air masuk gelas plastik tu, mesti dia letak ais banyak banyak.. Airnya cinonet jer.. sikit sangat sangat. Aisnya berganda ganda penuh. Macam kita beli ais la pulak rasanya. Ada tu kalau masa kita tengah dahaga sangat sangat baru dua kali sedut jer dah abih dah airnya.. Tinggal ais jer kat dalam gelas.

Cer tengok dia punya letak ais.. terlebih paras gelas dah huhuhuhu .... Tak paham laaa KekYa.

Ni korang yang berniaga air ni (bukan semua) , KekYa nak tanya la jugak kat korang. Korang jual air ke jual ais sebenarnya?..  Pelik pelik sungguh laa kan, bukan apa KekYa tanya sebab KekYa punya pengalaman beli air kat luar sana .. aisnya lebih banyak dari air. Pernah la jugak sesekali tu KekYa request la nak minta kurangkan ais. Ada tu kan buat muka KELAT cam buah jambu penawar putik.. Huhuhuhuhu kot ya pon jangan laa buat muka lagu tu, kita minta kurangkan ais jer pon takkan laa mintak kurangkan ais boleh jadi rugi dia berniaga aritu. Takpe laa nak mintak harga lebih pon kita bayar la.. Sedih pulak rasa bila buat permintaan gitu ada jugak yang nak tak nak jer layan kita.. Macam laa kita tak bayar beli air dia. 

Kadang kadang terdetik gak dalam hati bila di pujuk rayu setan kat sebelah kiri .. Rasa gak laa nak mengata jer saat tu jugak .. Rasa gak nak cakap kat si tukang jual ni.. nak jual ke tak nak ni, kalau tak nak jual tutup kedai laaa. Tapi kita tak kata pon.. dalam hati jer laa duk simpan ayat gitu...  Huhuhu ya la kan bila rasa nak marah memang gitu laa kita. Bukan kata KekYa jer gitu, korang pon gitu jugak kan kan kan ? .. Ha aaa sama la kita hahahaha ... Namapon manusia kan kan kan.. 

Untuk isu ni KekYa adala jugak minta pendapat beberapa rakan blogger .. Bila KekYa tanya kat beberapa kawan blogger, ini jawapan diaorang untuk soalan KekYa ...

Arz Moha: " Kalau bukan puasa biasa pengalaman sendiri untuk atasi perkara ni arz suka beli air tanpa ais..biasanya la..selalu gi awal sikit...kalau dah lewat tu minum air apa yang ada kat rumah. Ais banyak pun tak best nanti rasa tawar. melainkan peniaga yang kita dah biasa. Setiap tahun beli kat dia memang tahu air dia memang awesome"..


Blogger Ain Nur 
Ain Nur: " memang pun kan..! dulu musim2 ais gelas besar tu memang la ais saje dah penuh secawan...! tp air tu dia buat manisssss giler.. kena tunggu ais cair sikit baru sedap minum.. kalau tak 'lekat' manis leting....Tapi kadang ahkak is tak sabaaaarrrrr.... minum juga manis2 tu.. baru beberapa sedut dah abis air.. tinggal ais je.. sedihhhhh kauuu... tadah airmata je lah dlm cawan tu..hahaha.. Ain pernah up status pasal ni kat FB dulu2 kak .. bagi ain, peniaga macam ni tak jujur la. nak-nak lagi masa ada kes kilang ais kotor dulu tu. Seram nak beli ais..! keracunan makanan bukan dari makanan je sekarang ni.. dari ais pun boleh jadi keracunan dan cirit-birit.."

KekYa bukan selalu pon beli air kat luar sebenarnya. Biasa bab bab air ni KekYa kalau pegi jalan jalan memang dah bekalkan air siap siap kat dalam kereta. Tapi ya laa kan, kalau kebetulan keluar dari kereta, lupa nak bawak air... anak anak pulak dahaga kena la jugak belikan untuk diaorang.

Ok KekYa nak tanya jugak pandangan korang mengenai isu ini.. Korang mesti biasa gak kan dengan isu yang KekYa up kat blog arini. Cer citer sikit KekYa nak tau jugak pengalaman korang cam mana...

Artikel Menarik yang Lain

18 sang pencerita

  1. Biasalah tu, mereka nak untung lebih.

    ReplyDelete
  2. Ai kalau beli air memang minta kurang ais kurang gula.. peniaga ut buat muka memang dah selalu. tapi dia buat muka ai pun buat muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu kan kan kan.. bab buat muka tu tak boleh tahan ..

      Delete
  3. Nak cepat untung la tu sbb harga ais murah drp perisa air. Nampak benor menipunya!😭

    ReplyDelete
  4. dah jadi trend zaman sekarang..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu semua nak mudah jer kan..kesian kat kita sebagai pengguna..

      Delete
  5. Selalu minta air kurang ais...tak kira kat mana pun. Kalau gi mcd atau kfc minta air takmo ais..hehehe

    ReplyDelete
  6. selalu jugak kena beli banyak ais dari air.. lepas tu tawar kalau beli soya ke tebu ke rasa gula yang lebih .. kejar untung lebih maaf lah ya tak semua perniaga macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha aaa kan .. kadang2 air tebu dah yak rasa cam air tebu huhuhh

      Delete
  7. katanya strategi berniaga. bila ais banyak, air kurang, jadi untung banyak. Ais kan murah. hehehhe

    ReplyDelete
  8. Kadang memang ada peniaga macam tu Lya, Kak Sue pun peniaga air juga.. hahaha.. tapi tak ada lah buat gini.. menyumpah pelanggan kat kita, tak berkat rezeki.. huhuhu..

    ReplyDelete
  9. selalu macam ni. Tapi kalau ais yang kecil2 macam dalam gambar ni takpe jugak sebab dah separa hancur, senang nak cair.Yang bengang tu kalau ais besar gedabak bulat2 tu. BTW, air dalam gambar tu menggiurkannnnn

    KFC DOUBLE DOWN DIMATA RAKYAT MARHAEN

    ReplyDelete
  10. orang yang minat ais, x kisah ni. hehe. cthnya saya, hehehe. suka kunyah..

    ReplyDelete
  11. Mmg taktik kebanyakkan peniaga yg kurang etika mcm tu.. pernah kena juga, paling sedih yg duk jual dpn sekolah pun sama, tak semua tp yg buat tu kesian budak2 tak tau.. air gas campur air, campur ais lagi jual 60 sen mmm... mahal sebenarnya...

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..