Empat Anak Saudara Baru Untuk Tahun 2017

July 31, 2017

Empat Anak Saudara Baru Untuk Tahun 2017 | Alhamdulillah murah rezeki KekYa tahun 2017 ni. Murah rezeki sebab KekYa dapat empat anak saudara. Paling win laa bagi KekYa sebab tahun 2017 ni dapat empat anak saudara lelaki. Kakak Insyirah, abang Iman dan jugak Akif dapat empat sepupu baru untuk tahun 2017. Untuk pengetahuan korang, sekarang ni mak ayah KekYa dah ada 16 orang cucu termasuk yang empat orang ni.. Fuhh meriah lagi laaa raya tahun depan kalau semua dapat berkumpul. 16 orang cucu semua sekali dalam satu rumah weyy... tak sabarnya nak jumpa semuaaaaa ... Meh sini KekYa nak perkenalkan sorang sorang anak sedara baru KekYa.

Anak saudara pertama 2017
Anak saudara KekYa yang pertama lahir pada tahun 2017. Muhammad Qalish Zayyan (Yang Terpuji Suci Hiasanku). Zayyan lahir pada 4.3.2017 dengan berat 3.35kg. Kuss semangat besar gak laa dak Zayyan ni ..  Zayyan ni anak kedua adik lelaki KekYa yang nombor 7. 

Ni gambar terkini Zayyan .. Kuat mentido tuu hehehe.. Tido pon ada gaya. Comel jer geram geram nak cubit pipi dia. Putih macam mama papa dia.

Anak saudara kedua 2017
Anak sedara KekYa yang kedua lahir pada tahun 2017. Ahmad Hadif Zafri 
(Yang Mempunyai Matlamat, Kemenanganku) . Hadif lahir pada 12.07.2017 dengan berat 3.16 kg. Kecik sikit dari Zayyan. Hadif anak ketiga adik perempuan KekYa yang nombor 5.

Ni dia wajah terbaru Hadif.  Membesar sihat dengan jayanya.. Makin bulat dah Hadif. Hari ni hari ke 19 Hadif melihat dunia ..

Anak saudara ketiga 2017
Ni dia anak sedara ketiga KekYa yang lahir pada tahun 2017. Muhammad Akram Ziyad. 
Akram(sangat Mulia) ,Ziyad (keistimewaan, kelebihan). Akram lahir pada 20.7.2017 dengan berat 3.07kg. Akram kecik sikit dari Hadif. Akram anak ketiga adik KekYa yang nombor 4. Akram dah masuk usia 11 hari harini tau.. 

Anak saudara keempat 2017
Taraaa pelengkap bagi tahun 2017. Anak sedara keempat KekYa. Baby lahir pada 28.7.2017 dengan berat 2.9kg. Baby paling kecik dari semua sepupu sepupu dia yang lahir paling awal. Baby anak kedua adik lelaki KekYa yang nombor 6. Kenapa panggil Baby hehehe.. sebab baby baru lahir 3 hari jadi tak letak nama lagi. Hari ketujuh nanti baru adik KekYa nak bagi nama untuk anak kedua dia. Jadi kita tunggu lagi sampai hari ketujuh. Tak sabar dah ni nak tahu nama baby. 

Alhamduliallah rezeki Allah untuk keluarga kami. Semoga kehadiran keempat empat cahayamata baru dalam keluarga KekYa akan memberi sinar baru buat kami sekeluarga. Ya Allah kau permudahkan rezeki untuk anak anak kami semua .. Aamin aamin .. 

Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

  1. Wahhh...tahniah...bestnya...nanti dorang p sekolah sama sama =)

    ReplyDelete
  2. alahai...comelnya...tahniahhhh... hihihi

    ReplyDelete
  3. tambah meriah bila bertambah ahli keluarga.

    ReplyDelete
  4. waa semua boboy.. alhamdulillah.. comel heh budak2 ni. lagi2 yang da mula nak nampak muscle2 tu hihi..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.