Bila Adik Adik Menceriakan Kakak Yang Bad Mood

Bila Adik Adik Menceriakan Kakak Yang Bad Mood | Anak anak KekYa terutama Akif memang suka sangat bila KekYa minta untuk bergambar. Tapi bila mood dia nak bergambar bersama kakak Insyirah dan juga abang Iman, dia memang nak dua dua saudara dia ni muka ceria dan boleh buat muka comel macam dia. Kalau setakat terpaksa jer, memamg dia marah. Haaa jangan tak tau kalau sapa sapa spoil mood kat gambar dia memang dia tak suka. Dia akan minta Umi tangkap gambar banyak banyak kali bagi gambar terbaik untuk dia..


Semalam jalan jalan jat Gambang Water Park, mula mula kita posing dulu sebelum masuk jalan jalan kat dalam sana. Tapi masa ni kakak Insyirah baru jer bangun tidur jadi mood nak bergambar tu dah ke laut dalam.. Tapi adik adik nak jugak bergambar dengan kakak...


Kakak kalau kita ganggu tidur dia, mood dia memang KO laa.. Ya laa dia penat sebab baru balik asrama, tidur jer laaa kerjanya. Sepanjang perjalanan kakak banyak tidur jer dalam kereta. 


Abang Iman ngan Akif bab bab nak menceriakan kakak,.memang diaorang pakar. Macam macam cara dua beradik ni duk buat agar mood kakak Ok. Ya laa nak jugak bergambar comel comel dengan kakak. Mula mula diaorang ni acah acah agah agah jer .. Tapi sebab tak jalan jugak diaorang dah mula dah guna skill lain..


Dah susah sangat nak bagi kakak senyum, diaorang ni cubit cubit pipi kakak. Haa tengok tu, nak sangat tengok kakak senyum .. Kita tengok kakak senyum ke tak pasni. Masa ni Umi ngan abah duk gelak sakan tengok dia buat macam macam kat pipi kakak.. Kakak pulak redha jer adik adik buat lagu tu..


Akhirmya mood kakak OK jugak. Meh ler kita bergambar reramai .. Akif cakap senyum laa kakak baru cantik kita bergambar. Kakak kalau tak nak senyum takyah duk sini laaa .. Main jauh jauh .. Hahahaha...


Bergambar sakan laaa kat situ. Layankan telatah diaorang tiga beradik ni memang takkan habis. Kita mak mak ni sesekali kena jugak layankan apa yang anak anak suka ..


Ni pesen apa ntah duk silang silang kasut, ada ada jer anak bujang dua orang ni. Takde kerja cari kerja. Kakak duk perati jer kerenah adik adik dia..Tengok kakak tu macam puan pengetua dah kat situ .. 


Last last kakak pon masuk sekali layan kerenah adik adik. Ginilaa anak anak KekYa bila dan bertemu.. Kakak bukan selalu ada kat rumah sekarang ni. Bila kakak balik dari asrama, Kekya dan En Hubby memang selalu bawak anak anak keluar jalan jalan. Kalau hari minggu dan kakak balik dari asrama memang kami keluar jalan jalan. Kesian jugak kat kakak, kekadang duk ulang puas laa duk umah jer, duk asrama pon puas gak... Sesekali kita keluar pon Ok jugak. Kadang kadang bawak jalan kat mall pon dah suka walaupon tak beli apa apa. Janji boleh keluar jalan jalan .. Diaorang seronok Umi abah pon seronok.. Alhamdulillah.. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Alhamdulillah syukur...sekarang dah jarang dapat berkumpul...tu yang adik-adik nak kakak happy je bila bersama-sama..nanti bila masing-masing dah ada haluan sendiri..rindu saat macam ni...

    BalasPadam
  2. Alolo comelnye je diorg. Teehibur Pula tengok gelagat diorg. Senang aje pujuk kakak ye

    BalasPadam
  3. Haha comel je .. nsb baik si kakak layankan aje

    BalasPadam
  4. Kakak makin besar makin pandai bergaya. Anak remaja dah kakak..makin comel acik nieda tgk..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.