Zakat Fitrah Dan Kadar Bayaran Mengikut Negeri Bagi Tahun 2017/1438H | Salam Ramadhan sahabat sahabat KekYa. Harini KekYa nak kongsikan sedikit info mengenai zakat fitrah dan kadar bayaran mengikut negeri bagi tahun 2017/1438H. Tahu ke tak apa maksud zakat fitrah? Dah start bayar zakat fitrah ke belum? Ok kalau nak tahu apa itu zakat fitrah dan belum bayar zakat fitrah lagi, jom sama sama kita hayati makna di sebalik zakat fitrah dan jangan lupa semak senarai kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2017.
ZAKAT FITRAH
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang dan malam).
SYARAT ZAKAT FITRAH
Antara syarat untuk menunaikan zakat fitrah ialah :
1. Islam
2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari di akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya.
- Waktu afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
- Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
- Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
- Waktu haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal.
NIAT ZAKAT FITRAH
Untuk bacaan niat zakat fitrah, ada lima bacaan niat iaitu Niat Zakat Fitrah untuk keluarga, Niat Zakat Fitrah untuk diri sendiri, Niat Zakat Fitrah untuk isteri, Niat Zakat Fitrah untuk anak lelaki dan Niat Zakat Fitrah untuk anak perempuan.
- Bacaan niat zakat fitrah untuk diri sendiri dan keluarga:
“Nawaitu an ukhrija zakatal fitri an nafsii wa ahlii…fardlan hadzihi sanati lillahi ta’ala”
Ertinya:
“Saya niat mengeluarkan zakat fitrah yang wajib bagi diriku dan keluargaku…..(sebutkan namanya satu persatu, seperti: isteri, anak, atau yang menjadi tanggungan) pada tahun ini kerana Allah Taala.”
- Bacaan niat zakat fitrah untuk diri sendiri :
“Nawaitu an ukhrija zakatal fitri an nafsi fardlo lillahi ta’ala”
Ertinya:
“Saya niat mengeluarkan zakat fitrah atas diri saya sendiri fardhu kerana Allah Taala”
- Bacaan niat zakat fitrah untuk isteri :
“Nawaitu an ukhrija zakatal fitri ‘an zaujatii fardlo lillahi ta’ala.”
Ertinya:
“Saya niat mengeluarkan zakat fitrah atas istri saya fardhu kerana Allah Taala.”
- Bacaan niat zakat fitrah untuk anak lelaki :
“Nawaitu an ukhrija zakatal fitri ‘an waladii…fardlo lillahi ta’ala.”
Ertinya:
“Saya niat mengeluarkan zakat fitrah atas anak lelaki saya…(sebut namanya) fardhu kerana Allah Taala.”
- Bacaan niat zakat fitrah untuk anak perempuan :
“Nawaitu an ukhrija zakatal fitri ‘an bintii…fadlo lillahi ta’ala.”
Ertinya:
“Saya niat mengeluarkan zakat fitrah atas anak perempuan saya…(sebut namanya), fardhu kerana Allah Taala.”
KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 2017/1438H
1. Sabah: RM7.00
- Pusat Zakat Sabah (MUIS)
2. Melaka: RM6.70
- Zakat Melaka
- Majlis Agama Islam Melaka - Rasmi
3. Perak: RM7.00
- Zakat Perak-MAIPk
4. Kedah: RM7.00
- Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
5. Pahang: RM7.00
- Pusat Kutipan Zakat Pahang
- Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
6. Johor : RM 7.00
- Majlis Agama Islam Johor
7. Penang : RM7.00
- Zakat Pulau Pinang
8. Negeri zSembilan : RM6.50
- Pusat Zakat Negeri Sembilan
- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
9.Wilayah Persekutuan :RM7.00
- Pusat Pungutan Zakat
- Baitulmal MAIWP
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
10.Sarawak : RM7.00
- Tabung Baitulmal Sarawak
11.Terengganu : RM7.00
- MAIDAM (PUSAT URUSAN ZAKAT TERENGGANU)
12.Selangor : RM7.00
- Lembaga Zakat Selangor
13. Perlis: RM7.00
14. Kelantan " RM7.00
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)
6 Ulasan
inshaallah
BalasPadamAlhamdulillah dah selesai...
BalasPadamTq info .. xbayar lg ayoyoyo
BalasPadamSaya dah tunaikan untuk tahun ni. Semalam fi shah alam. RM 7.00
BalasPadamPerkongsian yang baik.
BalasPadamBiasanya menunggu hari terkahir ramadhan...
Alhamdulillah.. Tahun ni dah selesai..
BalasPadam- ERAZ FADLI
Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html
TQ :)
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.