Blog Akif Imtiyaz Berwajah Baru

Blog Akif Imtiyaz Berwajah Baru | Taraa akhirnya sekali lagi tak sampai setahun tukar baju kat blog, Buat kesekian kalinya blog KekYa berwajah baru. Wah ! blog dah dapat baju baru, macam baju raya dah ni .. Ok la sebenarnya ada sebab KekYa tukar baju untuk blog, dan sebabnya nampak macam kecik tapi impak maksima dia punya la besar hingga kena tukar baju untuk blog. Al kisahnya hari Khamis baru baru ni, KekYa ada la nak letak satu link kat ''navigation bar'' aka Menu Tab. KekYa dah sesiap dah letak link semua pastu masa KekYa nak SAVE tertekan DELETE huhuhu. Bulan poser kot, tangan ni pon tak berapa nak bagi kerjasama sangat gamaknya.


Masa tertekan delete KekYa tak berapa panik sangat sebab memang KekYa ada save data data blog kat S Note. jadinya KekYa cari jer data tu semula pastu kekonon nak letak balik la kat Menu Tab. TAPI ! bila KekYa letak jer tak menjadi, Menu Tab tu dah takde dia keluar jadi huruf biasa je. Huarggghh parah la lagu ni, dalam hati duk tertanya tanya la jugak, apa masalah ni apa citer ni bulan poser camni buat hal pulak. Terus la KekYa  pergi PM Maisarah Sidi nak tanya apakehal boleh jadi lagu tu. PM Mai sebab Mai yang edit template blog KekYa.. Jadi Mai lebih arif bab bab ni.Bila duk citer ngan Mai blablbla. Akhirnyer !!

Mai cakap ''kalau terdelete kena upload semula template tu.. kalau tak memang takkan muncul menu tab dekat blog. Ataupun dia akan kekal jadi macam sekarang takde rupa sebelum ni sebab widget yang sebelum  ni memang khas untuk Menu Tab''. Huhuhu cam nak nangis rasa bila Mai cakap gitu.. Nak nangis sebab apa tau, sebab nanti kalau tukar template UV memang sah sah la menjunam, pastu nak nangis jugak sebab bounce rate baru jer ok huhuhu nanti kan tinggi balik laa gamaknya huhuhu.. Nak nangis lagi sebab kat menu tab tu ada dua entri berbayar yang client minta letak kat situ, kalau tak tukar nanti client tak nampak entri dia kat situ.

Nak tak nak memang kena tukar jugak la. Maka bertabah la minta Mai upload balik template dan setting semua sekali. Dah alang alang upload template KekYa ambik keputusan, tukar warna template dan jugak tukar header dan gambar sekali. makanya setelah mendesak Mai supaya siapkan cecepat inilah hasilnya ....


Nasib jugak la Mai nak tolong dalam dalam dia banyak kerja. Tu pon cemas jugak la sebab Mai cakap boleh tak siapkan dalam hari Sabtu tapi hari Sabtu template tak siap jugak.. Harini baru siap sepenuhnya. Alhamdulillah terima kasih banyak Mai, sebab sudi edit sepertimana permintaan KekYa. Kali ni KekYa masih pilih hijau cuma ada tambahan warna merah sikit sikit bagi nampak menyerlah. Kita bagi kelainan la sikit sempena nak sambut raya ni. Bagi ceria sikit blog kita ..



Yayy KekYa memang puashati dengan hasil kerja Mai. Korang yang rasa rasa nak tukar baju untuk blog korang, boleh contact Mai kat sini Maisarah Sidi ...

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. menarik...mesti peminat hijau mcm sy jugak kot
    https://umifuzy.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. kemas kak lya.. selamat berpuasa kak.. :D

    BalasPadam
  3. Sweet pulak nampak warna hijau ni, cantik!

    BalasPadam
  4. Kak..masalah yang timbul...bila berjaya diselesaikan impaknya lebih boommmm..alhamdulillah..

    BalasPadam
  5. Wahhh ramainya peminat hijau, genglah dengan saya & umi fuzy, hehehe.

    BalasPadam
  6. Rasa ringan template ni, nampak ceria je...

    BalasPadam
  7. sejuk mata memandang,lime green sukaaaa....

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.