Beli T SHIRT GILDAN Di Shopee Malaysia

June 01, 2017

Beli T shirt GILDAN Di Shopee Malaysia | Baru baru ni KekYa dapat notification dari App Shopee Malaysia, Gildanmy buat promosi untuk T Shirt terpilih . Bab bab T shirt ni memang KekYa suka sebab En Hubby memang suka pakai T Shirt tambah tambah lagi kalau T Shirt kosong memang dia suka sangat. Kerja dia banyak pakai jaket, jadi kena la pakai T Shirt kat dalam baru ok. Nak jadi cerita bila KekYa nampak jer ada promosi, KekYa terus jenguk kedai alam maya Gildanmy kat Shopee Malaysia, wow memang murah murah harga dia tau. Memang mintak beli laaa ni sebab murah. KekYa apalagi terus la tanya En Hubby nak ke tak nak , ada promosi sekarang ni .. Nak ke tak ni ? Suami KekYa tu macam biasala mengiyakan pon tak menidakkan pon tak jugak bila KekYa tanya. Ermm nak harap dia cakap NAK NAK NAK, memang takde laaa gamaknya. Last last KekYa buat pilihan sendiri, KekYa beli jer hehehe ..

Beli T shirt GILDAN Di Shopee Malaysia , Gildan, T Shirt Gildan , T Shirt Kosong , T Shirt Murah , Gildanmy

Makanya mana mana warna yang KekYa rasa sesuai dengan En Hubby dan berkenan di hati terus KekYa masukkan dalam troli beli belah. Dalam duk shopping tu KekYa chat dulu dengan penjual kot kot saiz dan warna yang KekYa pilih takde stok ke apa ke. Dek kerana masa tu promo masih baru lagi, jadi semua T Shirt memang ada stok. 

Beli T shirt GILDAN Di Shopee Malaysia , Gildan, T Shirt Gildan , T Shirt Kosong , T Shirt Murah , Gildanmy

Apalagi KekYa pon membeli belah dengan senang hati. Tak yah nak fikir gangguan gangguan bagai.. Klik klik klik jer dah siap dah . Semua yang KekYa nak, telah selamat masuk ke troli. KekYa beli sembilan helai T Shirt macam macam warna sebab harga dia dah la murah kain pulak cotton berkualiti. Untuk sembilan helai T Shirt, KekYa perlu bayar dalam RM125.10 sahaja ... 

Beli T shirt GILDAN Di Shopee Malaysia , Gildan, T Shirt Gildan , T Shirt Kosong , T Shirt Murah , Gildanmy

TAPIIII .... Oleh kerana KekYa beli lebih dari RM60, KekYa dapat pulak kupon code dari Shopee My berjumlah RM15. Yahoo boleh jimat lagi. KekYa tebus jugak 9 Shopee Coins 9 sen hahaha. Pastu dek kerana barang KekYa lebih dari RM30 , KekYa tak perlu bayar kos pos. Jimat lagi jimat lagi. Daripada harga asal RM125.10, KekYa hanya bayar RM110.01 sahaja untuk sembilan helai T Shirt Gildan 76000 premium cotton. Yeayy jimat duit KekYa kali ni .

Beli T shirt GILDAN Di Shopee Malaysia , Gildan, T Shirt Gildan , T Shirt Kosong , T Shirt Murah , Gildanmy

T Shirt Gildan yang KekYa order selamat sampai kat depan pintu rumah pada 27.5.2016 .. Alhamdulillah cukup semua sekali saiz pon betul dah semua. En Hubby pakai pon selesa je. Memula terkejut gak dia sebab sembilan helai semua sekali.. Tapi takpe la bukan selalu dapat harga murah. Alang alang dah murah, boleh la beli lebih. Kira ok la kan ..

Beli T shirt GILDAN Di Shopee Malaysia , Gildan, T Shirt Gildan , T Shirt Kosong , T Shirt Murah , Gildanmy

Beli T shirt GILDAN Di Shopee Malaysia , Gildan, T Shirt Gildan , T Shirt Kosong , T Shirt Murah , Gildanmy

Tadaaa macam macam warna ada. Oleh kerana KekYa yang pilih, warna hijau laa paling banyak.. 3 helai untuk warna hijau sahaja. Ada Irish green, forest green dan jugak lime .. Ha aa i like hijau okey hehehe ..

Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

  1. wah..banyaknya kekya shoping baju..kalaulah husband kita ada size kat shopee...dah lama beli bebanyak
    Jom join segmen mudah di blog kisahsidairy.
    Boleh klik sini ~ Segmen : Bloglist kisahsidairy.com June 2017~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aida ..sudi komen..malam nanti kekya singgah okey ..

      Delete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.