Syahirah Korean Secrets Rahsia Kulit Wajah Cerah Sekata

May 17, 2017

Syahirah Korean Secrets Rahsia Kulit Wajah Cerah Sekata | “Hey si gadis yang manis! Miliki wajah cantik mulus sekata persis artis Korea sekarang!” .. Wow wow wow !! Siapa tak nak wajah cantik berseri cerah sekata persis artis Korea kan?.  Tapi nak cantik ni kena la rajin, rajin guna produk yang bagus dan terbaik serta tidak memudaratkan kulit wajah.. Nak pakai produk apa ?? ... Jangan risau, SYAHIRAH ada penyelesaian terbaik untuk anda.

Memahami impian setiap gadis yang ingin memiliki kulit yang cantik mulus sekata bagaikan artis korea, SYAHIRAH, rangkaian penjagaan kecantikan Halal sejak tahun 2007 kini berbangga untuk membawakan inovasi baharu buat semua pencinta produk kecantikan Korea. Kebanyakan pengguna produk kecantikan teruja untuk mencuba pelbagai produk kecantikan dan penjagaan wajah dari negara Korea, namun bimbang jika bahan-bahan yang digunakan benar-benar selamat dan Halal. Sebagai jenama tempatan yang lebih arif tentang jenis dan keadaan kulit si gadis, SYAHIRAH membawakan sebuah rangkaian kecantikan yang sesuai untuk diaplikasi dan sememangnya Halal tanpa sebarang keraguan. 

Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, hebat membantu kulitmu untuk tampil cantik mulus sekata sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk menyerlah!

Syahirah Korean Secrets

SYAHIRAH KOREAN SECRETS. Nikmati lebih pilihan untuk kulit wajah cantik mulus sekata dan jelita cerah berseri sepanjang hari. Rangkaian Hydra Soft ataupun White Glow, kedua-duanya pasti membuatkanmu persis gadis Korea!



Syahirah Korean Secrets Hydra Soft


SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft, rangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekatayang dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi. SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata. Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Softpasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu!


Set Lengkap Syahirah Korean Secrets Hydra Soft

Set lengkap Syahirah Korean Srcrets Hydra Soft terdiri daripada :.

Skrub Muka : Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.

Gel Pembersih Muka : Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.

Penyegar Tanpa Alkohol : Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

Krim Pelembap : Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.

Krim Kecantikan : Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.

Tetapkan pilihanmu dan dapatkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS sekarang untuk tampil cantik mulus sekata persis gadis Korea!

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk pasarraya besar dan pasarraya hiper utama.

Untuk maklumat lanjut mengenai SYAHIRAH sila layari halaman SYAHIRAH Facebook, https://www.facebook.com/pg/Syahirah-Malaysia dan Instagram SYAHIRAH @ syahirahmalaysia.

Artikel Menarik yang Lain

6 sang pencerita

  1. comel kaler dan packaging =D

    ReplyDelete
  2. senang anak remaja dah ada rangkaian product diorang tersendiri kan

    ReplyDelete
  3. Packaging produk tu pun nampak friendly dan bersih je.. menarik ni

    ReplyDelete
  4. Salam singgah. Lama tak update produk Syahirah ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..