Menulis Blog Satu Kepuasan Buat Aku

Menulis Blog Satu Kepuasan Buat Aku | Bergelar BLOGGER bukanlah sesuatu yang Lya impikan satu ketika dulu. Lya start menulis blog secara suka suka pada 3 September 2013 dan mula menulis blog secara serius pada tahun 2014. Alhamdulillah hampir empat tahun sudah Lya bergelar seorang blogger. Kalau dulu Lya menulis blog sekadar suka suka untuk mengisi masa terluang dan lebih kepada ingin berkongsi cerita kisah anak anak agar kenangan yang berlalu hari ini akan dapat Lya kekalkan dekat blog. Satu masa nanti anak anak akan dapat membaca kisah mereka dan melihat kembali gambar gambar sewaktu mereka masih bergelar kanak kanak dengan cerita dan kisah tersendiri.


Menulis Blog Satu Kepuasan Yang Sukar Digambarkan


Menulis blog kadangkala membosankan, kadangkala sangat sangat menggembirakan hati Lya. Kebiasaannya, kalau Lya menulis satu kisah yang agak panjang, Lya akan mudah tersepit di tengah tengah. Terkadang rasa ingin publish kisah tersebut.. terkadang kisah  yang panjang kekal terselit dalam draft sebab Lya tak tahu nak buat olahan cerita bagi menarik dan mendapat tempat di hati pembaca... Kadangkala ada juga cerita yang merapu sehingga Lya sendiri tergelak saat membaca entri yang di karang. Orang kata, sepanjang empat tahun menulis blog, macam macam cerita yang Lya karang, macam macam jenis pembaca yang Lya jumpa. Itu semua kenangan yang takkan Lya lupakan sampai bila bila. Menulis blog memberi satu kepuasan yang sukar untuk Lya gambarkan  ..



Peluang Menjana Pendapatan Melalui Blog


Korang tahu tak saat paling manis untuk seorang blogger, bilamana kita  mengarang  satu entri dan entri tersebut mendapat komen positif dari pembaca. Daripada komen komen pembaca setia, semakin menaikkan semangat untuk Lya terus menulis blog. Alhamdulillah berkat kerajinan menulis blog juga, Lya mendapat banyak peluang untuk review produk dan juga menulis entri advertorial berbayar. Bukan sahaja dari Malaysia malah dari luar negara juga. Orang cakap rezeki dalam penulisan. Syukur alhamdulillah daripada menulis sekadar suka suka, ada yang memberi peluang menulis dan di berikan bayaran. Biasanya bayaran yang Lya dapat amat amat berbaloi dengan kerja yang Lya buat. Kalau dulu Lya takut takut untuk menerima job menulis entri advertorial tapi sekarang setelah hampir empat tahun menulis blog, Lya semakin yakin dengan hasil kerja dan penulisan Lya.

Bukan Mudah Menjadi Blogger


Ada kawan kawan yang tanya Lya, mudah sangat ke nak jadi blogger dan dapat job berbayar ? Nampak macam mudah jer ? .. Jawapan ikhlas Lya untuk kawan kawan yang bukan blogger, TAK MUDAH sebenarnya kalau kita ada sifat malas dan akan jadi MUDAH kalau kita ada sifat rajin. Yupp, kena rajin dan kena selalu bersaing untuk menunjukkan diri kita terbaik dari yang terbaik. Bukan mudah untuk orang lain menerima blog kita dan menjadi pembaca blog kita. Kita sendiri perlu menaikkan nama blog kita agar orang di luar sana mengenali blog kita. Kalau dulu Lya lebih senang menggunakan blogspot untuk blog Lya, tapi setelah sekian lama bersama blogspot Lya mengambil keputusan untuk mendapatkan domain dengan nama sendiri. Maka terbinanya satu domain dengan nama akifimtiyaz.com . Sejak ada jenama sendiri Lya rasa lebih suka dan bertambah suka serta bersemangat untuk terus menulis blog.

Membina Web Atau Blog Semudah ABC 



Untuk membina satu satu laman web atau blog bagi Lya cukup mudah kerana banyak panduan dan juga tutorial membina laman web atau blog yang boleh kita dapat melalui carian Google. Bukan sahaja dalam bentuk artikel malah tutorial dalam bentuk video turut disediakan bagi memudahkan pengguna di luar sana membina laman web atau blog. Untuk blog Lya sendiri .. permulaan buat blog dulu, Lya banyak belajar melalui Google bagaimana cara membuat blog dan bagaimana untuk menjadikan blog kelihatan menarik di mata pengunjung. Untuk menjadikan blog lebih menarik dan mesra di mata pengunjung Lya turut menggunakan  khidmat designer dalam merealisasikan yang terbaik untuk akifimtiyaz.com ... Untuk domain pula, Lya memilih satu syarikat yang telah bertapak lama dalam membekalkan web hosting terbaik. Hingga hari ini Lya amat berpuas hati dengan servis yang disediakan dan Lya akan terus kekal menggunakan khidmat syarikat ini untuk masa masa akan datang. Jika korang berminat untuk  untuk mengetahui lebih lanjut mengenai web hosting, korang boleh singgah untuk baca review Jerry mengenai web hosting di sini 

Web Hosting Murah , Harga Domain Dan Hosting , Domain , Domain Murah , Cara Beli Domain, Hosting Terbaik , Harga Hosting Dan Domain , Harga Domain Satu Tahun , Laman Web Hosting Termurah

Panjang benar tulisan Lya untuk kali ini.. Harapan Lya korang tak de la boring masa duk baca coretan Lya ni .. Jangan pulak korang tido okey.. Baca sampai habis dan korang akan temui satu rasa semangat untuk terus menulis blog dan menjadikan blog korang sebagai salah satu punca pendapatan .. Semoga korang yang bergelar blogger dan juga berminat untuk menjadi seorang blogger mendapat lebih suntikan semangat dengan coretan Lya untuk kali ini...

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Bila ada web hosting sendiri...di situ menunjukkan seseorang blogger itu ada komitmen utk menulis dan berkongsi...bukan kata yang tiada domain itu tidak fokus...cuma bezanya bila seseorang yang ada nama domain sendiri pembawakkan diri nya lebih terserlah...syabas kak lya !

    BalasPadam
  2. sangat betul tu kak.. Bukan mudah jd seorg blogger ni kan.. kene keje keras..

    BalasPadam
  3. betul kak, menulis blog ni lain macam feeling dia.

    BalasPadam
  4. lps ada domain mmg semangat lain mcm sket..hihi

    BalasPadam
  5. Menulis blog ni akan jadi lebih seronok bila kita minat :)

    BalasPadam
  6. yup bukan mudah nak bagi blog kita dikenali

    BalasPadam
  7. lya, i love blogging.
    bila type entry tu, dpt luahkan pe dlm hati, puas!
    then dpt frens blogger yg juga share mcm2 dlm blog masing2.
    memudahkan...

    BalasPadam
  8. Inspired baca story ni. Saya dah lama ada blog sejak tahun 2013 tapi tak aktif. On off. Tahun 2017 saya baru nak aktif semula. Harap dapat konsisten macam Lya :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.