Lost In Sekutland Buku Tulisan Irwan Dahnil Selamat Diterima

May 07, 2017

Lost In Sekutland Buku Tulisan Irwan Dahnil Selamat Diterima |  Alhamdulillah buku pre order Lost In Sekutland yang Lya order minggu lepas dah selamat Lya terima semalam. Seperti yang dijanjikan oleh Tuan Irwan Dahnil masa kempen pre order baru baru ini, setiap pembeli buku pre order akan akan mendapat sekeping voucher diskaun kembara ke Eropah siap dengan code sekali kat voucher tu... Yes memang ada terselit voucher kat dalam buku. Terima kasih Mr ID . Bila laa Lya nak pegi mengembara kat Eropah nun ya... Kat Malaysia ni pon belum abih lagi Lya pijak. Agak agak bila laa ada peluang nak pegi Eropah.. Tak.kisah la yer, ada ke tak de ke yang penting dapat voucher hehe.. Nak pegi ke tanak pegi ke kemudian kira.. Apa yang penting voucher dah ada kat tangan ... Tu yang perlu di ambil kira..

Tadaaa ni dia rupabentuk depan belakang buku Lost In Sekutland .. 

Kali ni Lya sekadar nak bercerita sikit sikit jer mengenai buku Lost In Sekutland sebab Lya akan buat review penuh buku ni nanti lepas Lya dah habis baca. Ni belum sempat nak baca lagi, baru semppay belek belek jer dulu. Busy noo sekarang ni nak baca buku pon tak sempat. Tapo takpe Lya cuba cari ruang untuk baca buku ni dan review kat blog nanti.. Tungguu tauuu !!



Ok Lya citer sikit untuk korang, tulisan Mr ID kat belakang kulit buku ...

" KALAU ESOK TUHAN TANYA, 'HANG PI OVERSEA BUAT BALIK APA PADA KAWAN KAWAN YANG TAK DAPAT PI ? '

TAKKAN AKU NAK JAWAP FRIDGEMAGNET KOT. MAU KENA PANAH PETIR NANTI . "

MAKA AKU TULISLAH SEDIKIT SUPAYA JADI ILMU BERGUNA.

Buku orang putih memang banyak tentang kembara. Mereka banyak kongsi maklumat berguna.  Tapi kau kena tahu bezakan antara buku kembara yang bercerita macam travelog atau buku panduan untuk kembara seperti Lonely Planet. Kalau kau mahu melihat perspektif kembara kau baca trabelog. Tapi kalau kau mahu tahu cara cara kembara ke deatinasi tertentu, maka dapatkan buku panduan kembara.

BUKU AKU INI SAJA YANG LAIN SIKIT.

TRAVELOG + PANDUAN KEMBARA + PINDAH NEGARA.

JARANG ADA SEBAB TU KAU KENA BELI BUKU NI.

Ok dah la ya .. sikit sikit dulu laa.. Nanti kan dah cerita semua tak best la pulak nak buat review tentang buku ni .. Kita kongsi sikit sikit udah ler dulu.. Tq sudi singgah dan baca coretan Lya, jumpa lagi jika diizinkan Allah SWT.. Aamin ...

Artikel Menarik yang Lain

1 sang pencerita

  1. menarik tu kak lya.. tak sabar tunggu kak lya share pasal buku ni.. :)

    ...

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.