Kudis Api Menyerang

Kudis Api Menyerang | Dua tiga hari lepas anak bongsu Lya, Akif terkena jangkitan kulit. Kalau tengok pada tangan dia tu mula mula Lya ingatkan gatal gatal butir air biasa jer. Jadi Lya sapu ubat gatal dan jugak ubat merah yang biasa guna kalau kena gatal gatal kulit. Bukan setakat ubat, Lya gunakan sabun khas untuk gatal gatal kulit dari JSD untuk dia. Baju baju dia semua Lya asing dan rendam air panas. Tapi tak menjadi, gatal gatal berair tu pecah dan merebak pulak kat tempat lain. Cepat benar dia menyerang. Sedar tak sedar dah tiga empat bijik butir butir gatal melekat kat tangan Akif. 

Kudis Api, Cara Rawat Kudis Api, Ubat Kudis Api , Kudis Api Atau Bullous Impetigo , Kudis Buta , Cara Rawatan Kudis Api , Jangkitan Kudis Api , Kena Kudis Api ,
Ubat merah, herbal blend Shaklee dan jugak Clobet Cream semua tak menjadi huhuhu ..

Dia punya gatal toksah cakap laa.. Menggaru garu siap menangis lagi sebab gatal dan jugak dia tergaru kat kulit gatal dan kulit terkopek sebab menggaru kuat sangat masa tengah tidur. Semalam meraung laa jugak sebab kulit terkopek tu jadi pedih. Serba tak kena la nak tidur pon tak boleh. Makanya pagi tadi tak pergi sekolah la dia. Lya bawak dia pergi klinik sebab semua ubat tak menjadi.. Rasa rasa kena makan antibiotik gak laaa ni baru ok kot.

Kudis Api, Cara Rawat Kudis Api, Ubat Kudis Api , Kudis Api Atau Bullous Impetigo , Kudis Buta , Cara Rawatan Kudis Api , Jangkitan Kudis Api , Kena Kudis Api ,
Cer tengok kat jari jari dia tu.. sebab dia menggaru kuat sangat kulit jadi terkopek dan pedih. Kesian sangat kat dia menangis jer sakit sakit duk ulang huhuhuhu ...

Kudis Api


Pergi klinik Dr Rabiah.. Ingatkan kudis buta, Dr cakap bukan la ni kudis api atau dalam bahasa perubatan orang sebut Bullous Impetigo. Memang cepat merebak kalau dia menggaru pastu tangan yang menggaru tu garu pulak tempat lain. Memang kena laa jawapnya. Dr cakap takpe nanti Dr bagi ubat sapu, ubat makan dan jugak antibiotik. Sekarang ni memang musim budak budak kena kudis api. Ermmm apa sebabnya , Dr cakap mungkin keadaan terdedah pada debu dan persekitaran berhabuk atau ada main pasir ke tanah ke.. Memang betul laa, Akif aktif sangat main bola sekarang ni dan dia terdedah ngan debu dan jugak habuk waktu kat padang. Dengan kawasan yang berdebu macam tu memang mudah la kudis api nak singgah. Adoi laa dugaan betul. Tambah pulak dengan kawan kawan yang ada jangkitan kudis api.. Memang sah sah la dia pon terkena .. Huhuhuhu nasib jugak Abang Iman okey setakat ni.. Takde pulak tanda tanda terkena kudis api. Cuma Akif sorang jer laa kat rumah ni yang terkena. Tension gak Umi bila dengar dia duk merengek jer ...

Kudis Api, Cara Rawat Kudis Api, Ubat Kudis Api , Kudis Api Atau Bullous Impetigo , Kudis Buta , Cara Rawatan Kudis Api , Jangkitan Kudis Api , Kena Kudis Api ,
Dr bagi ubat sapu, ubat makan untuk gatal dan juga antibiotik untuk Akif. Harap harap pasni elok la dia, kesian sangat tengok dia duk menggaru garu ... 

Balik rumah terus mandikan Akif dan bagi dia makan ubat. Sapu sekali krim yang Dr bekalkan. Pagi tadi guna, petang dah nampak jari tangan, lengan dan juga siku dah mula kering takde berair dah. Alhamdulillah harap harap menjadi la. Semoga Akif cepat sembuh. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Kesian Akif...dulu PC zaman sekolah tadika kena juga kak biasalah budak-budak main sama-sama,gurau..jangkit..dia panas-panas gatal...makin garu makin jadi...babah bawa pergi klinik..alhamdulillah lega...makan pun kena pantang..sebab macam chickenpox berparut kalau tak jaga makan..

    BalasPadam
  2. oooo supo kudis buto jugok ke...

    BalasPadam
  3. Salam.. Akif dah ok ke? Berapa lama ambik utk sembuh ya. Nmpk blog ni br tau anak sy yg sulung sama kes. Dah sapu ubat mcm2 tp x elok2. Makin bertambah ada lah..huhu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.