Hidupkan Ramadhan Bersama INVOKE Malaysia

Hidupkan Ramadhan Bersama INVOKE Malaysia | Hidupkan Ramadhan bersama INVOKE Malaysia melalui program rumah ke rumah. Bulan Ramadhan Al-Mubarak sudah semakin menghampiri. Bulan Ramadhan adalah Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, dan Bulan Peningkatan diri. Bulan di dalamnya wujud pelbagai fadhilat dan juga kelebihan.

Hidupkan Ramadhan Bersama INVOKE Malaysia  , Ihya Ramadhan , Program Ramadhan , Ramadhan 2017 , Salam Ramadhan Al Mubarak , Ramadhan 2017 , Poster Ramadhan , Ramadhan Yang Di Nanti

Marilah kita bersama memperbanyakkan kebaikan pada bulan Ramadhan kali ini, justeru merapatkan jiwa kita kepada tuhan yang maha esa. INVOKE Malaysia akan melancarkan sebuah kempen rumah ke rumah pada bulan Ramadhan ini dengan matlamat untuk membantu golongan fakir miskin yang sudah terlalu lama dipinggir oleh masyarakat kebanyakan.

Jemputan untuk semua warga Malaysia, samaada beragama islam ataupun tidak untuk bersama menjayakan program ini, hanya sumbangan RM60 diperlukan untuk menampung kos pembelian barangan asas untuk sebuah keluarga fakir miskin. Sasaran pungutan keseluruhan adalah sebanyak RM50,000 dan ianya akan diagihkan kepada lebih kurang 800 keluarga fakir miskin di seluruh negara. Setiap ringgit yang disumbangkan untuk kempen ini akan disalur terus kepada golongan rakyat yang paling memerlukannya.

Kiraan barang-barang asas yang akan disumbangkan kepada setiap keluarga fakir miskin:

Minyak Masak (2kg) RM9.70
Beras (5kg) RM13.00
Gula (1kg) RM2.95
Tepung (1kg) RM2.50
Kentang (1 1/2 kg) RM3.20
Bawang (2 1/2 kg) RM3.20
Garam (2 paket) RM3.00
Sardin (1 tin) RM6.00
Telur (30 biji) RM5.00
Mee hoon (1 paket) RM5.00
Serbuk Kari (1 paket) RM2.50

Sumbangan boleh dibuat melalui link: http://bit.ly/HidupkanRamadhan

Setiap sumbangan yang diterima amatlah dihargai, semoga kita terus berada di bawah bimbingan petunjukNya.

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi ) 

Bersama Kita Hulurkan Tangan Ringankan Beban ..

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Memberi org makanan buka puasa byk pahalanya esp Di bulan ramadhan

    BalasPadam
  2. semoga bermanfaat buat penerima sumbangan,Insya Allah

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.