Tempah Nametag Untuk 3AI

Tempah Nametag Untuk 3AI | Nametag untuk Insyirah, Iman dan juga Akif. Sejak mula sekolah, untuk tahun pertama memang ada laa Cikgu buat tempahan nametag, untuk tahun tahun kemudiannya senyap jer takde buat tempahan daaa.. Nametag yang tempah dengan pihak sekolah memang tak menepati citarasa aku sebagai mak mak. Hehehe jangan marah naaa Cikgu, memang tak sedap mata memandang sebab apa tau sebab kain yang digunakan untuk buat nametag tu tak berkualiti dan paling teruk mudah berbulu.. Tak tau laa Cikgu tempah kat mana tapi memang tak berkualiti ... Nak tak nak kena pakai jugak sebab dah tempah, kalau tak membazir namanya.. Dah laaa harga mahal untuk  empat keping nametag. Kualiti tak padan ngan harga huhuhuhu..

Nametag yang tak cantik tu bukan yang ni hokey..ni yang aku tempah..cantik dan menepati selera aku..hahaha macam makanan la pulak..

Untuk kesekian kalinya aku selalu cabut balik nametag kat baju sekolah lama anak anak, jahit semula kat baju baru diaorang. Gitu laaa yang aku buat. Nametag dengan kualiti kain yang tak best tu macam dah lunyai jer, jadi aku rasa aku kena tempah nametag baru untuk anak anak. Nak tempah bukannya mudah sebab aku survey banyak tempat,  kebanyakannya tak terima kalau buat sikit sikit nak tempahan yang banyak jer. Ermmmm aku nak buat untuk 3 orang anak aku jer bukan nak buat untuk satu sekolah, susah gak laa kalau takde yang nak terima tempahan sikit sikit.. Huaaaaaa.. 

Kakak Insyirah punya..

Aku ni sejenis mak mak yang susah nak putus asa kalau bab bab anak anak.. Aku akan usaha jugak sampai aku dapat apa yang aku nak. Makanya misi mencari tukang buat nametag pon bermula.. Aku cari punya cari jumpa satu tempat buat nametag.. Tanya itu tanya ini tak sampai lima minit PROJEK ON. Yehaa memang mudah berurusan .. Senang cakap, kacang jer laaa nak tempah nametag walaupon kuantiti sikit.. Naper laa aku g tanya orang yang sebelum sebelum ni nampak cam susah bebenor nak ambik tempahan sikit. Kali ni aku dapat insan yang betul betul bagus.. Dia setuju nak buat walaupon sikit. Aku apalagi terus laaa tempah dua set sorang. Dari awal nak tempah satu set jer sorang tapi dek kerana owner Sulam Chanteq Kiradina  ni bagus sangat aku tempah dua set sorang. Tq Adda.. Ha aa mood aku jadi bebaik ajer bila aku dapat orang yang bebaik dalam berurusan.. Tambah tambah pulak Sulam Printing ni beroperasi kat Kuantan.. Lagi laaa senang kerja aku boleh ambik sendiri atau boleh pilih nak pos.. Tapi disebabkan aku tatau masa mana dan bila ketika aku nak turun bandar Kuantan, aku pilih kaedah pos jer laaa.. senang terus sampai depan umah ..


Iman punya ..

Settle pilih kain warna apa , sulam warna apa .. nak letak nama apa kat sulam.. aku terus bayar malam tu jugak.. Print resit bayaran dan esoknya terus proceed untuk nametag anak anak aku.. Alhamdulillah mudah dan pantas.. Bukan setakat cakap cakap kat whatsapp jer pantas. Kerja pon pantas.. Yang ni aku suka .. lain kali kalau nak tempah lagi memang aku tempah kat Sulam Printing jer, tak carik tempat lain dah. Mudah, cepat dan terbaik. Kalau aku suka memang aku akan pilih yang ni laaa untuk masa akan datang.. 

Akif punya...

Masa mula mula sebelum dapat nametag ni aku duk doa jugak dalam hati, jangan laaa dapat nametag yang kainnya tak cantik dan berbulu macam yang sebelum ni. Al maklum la kat dalam WhatsApp mana nampak struktur kain yang dia guna.. lau nak rasa kain pin tak boleh.. maka aku tawakkal jer laa harap harap dapat kain jenis yang betul betul kain.. Akhirnya selamat sampai nametag anak anak aku.. Memang puas hati dengan sulaman dan juga kualiti kain yang digunakan.. Terbaik !!! .. Aku suka anak anak pon suka .. Korang nak tau tak katne aku tempah nametag untuk anak anak aku.. Ok meh aku nak canang sikit kat sini .. Aku tempah kat mana.. Kalau korang nak tempah boleh tempah kat sini ok .. 


Bukan setakat sulam nametag yang diaorang buat.. banyak lagi yang diaorang buat contohnya sulam tuala, sulam baju, buat medal, trofi, bekalkan baju dan banyak lagi laa yang diaorang buat ... Kalau minat nak dapatkan servis diaorang , sila terjah kat facebook Sulam Chanteq Kiradina. Ok panjang berjela jela dah entri aku ni.. INI BUKAN ENTRI REVIEW BERBAYAR ya.. Ni entri aku review sebab aku suka cara diaorang . Opkos laa kalau aku suka mesti aku buat entri .. tq sudi baca ..

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Bagusnya kak lya share pasal name tag...kt sini mahal sgt tempah 1 nama dah berpuluh...nangis juju kak...baju sekolah tadika abam Qi semua ju letak name tag...kdg tertukar dgn baju budak2 lain kan...risau.

    BalasPadam
  2. kena simpan entri ini.mana tahu esok cik puteri dah ke sekolah kena pakai nametag macam ni...

    zaman saya sekolah name tag boleh cabut pakai pin...dan juga macam matriks kad

    BalasPadam
  3. Thanks for sharing.. Memang cantik & kemas jahitannya..

    BalasPadam
  4. nurin & syuhada aida tempahkan nametag diorang kat kedai sukan.
    kalau x silap 1 = RM2.
    sekali aje aida tempah tu, Lya. 3 thn lepas.
    every year recycle ajer :) ha ha ha jimat.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.