Tak Sabar Tunggu Buku Lost In Sekutland Sampai Ke Tangan

Tak Sabar Tunggu Buku Lost In Sekutland Sampai Ke Tangan | Dalam  sejarah hidup Lya yang minat membaca buku, tak pernah lagi laaa Lya beli buku dengan Cara Pre Order. Kiranya buku LOST INI SEKUTLAND adalah buku pertama dalam hidup Lya yang Lya beli dengan cara pre order. Biasa kalau Lya nak beli buku, pegi jer kedai buku terus beli buku apa Lya nak. Tapi kali ni Lya jadi excited lain macam dengan buku karya  Tuan Irwan Dahnil.

Irwan Dahnil , Lost In Sekutland , Catatan Kembara Irwan Dahnil , Safarnama , Siapa Irwan Dahnil

Tajuk buku pon dah best dah kat situ.. Dari SWITZERLAND di tukar pada SEKUTLAND... Memang nampak lucu dan menambah semangat Lya masa nak order buku ni.. Tapi sebab utama Lya memang nak beli buku ni adalah kerana cara penulisan dan catatan kembara Irwan Dahnil kat facebook dan juga blog mempengaruhi Lya untuk dapatkan buku ni. Untuk buku pre order ni apa yang Lya dapat selain buku ? .. Ok mengikut Tuan Irwan Dahnil untuk buku pre order ni akan dapat sekali poskad eksklusif dan juga voucher kembara. Hanya available sebelum buku LOST IN SEKUTLAND berada di kedai kedai buku kat Malaysia. Untuk masa yang terhad sahaja tau ...


Irwan Dahnil , Lost In Sekutland , Catatan Kembara Irwan Dahnil , Safarnama , Siapa Irwan Dahnil


Masa Lya submit detail kat borang pre order, Lya belum buat bayaran lagi sebab ingatkan lama lagi tarikh untuk pembayaran.. Tup tup masa Lya jenguk page facebook buku LOST IN SEKUTLAND.. masa untuk pre order dah TAMAT huhuhuhuhu senyapp kejap sebab tak sangka.. Tapi Lya dapat notification dari Tuan Irwan Dahnil kat komen yang Lya tinggalkan di page LOST IN SEKUTLAND, katanya masa untuk pre order di lanjutkan sehingga 27.4.2017 ... Yehaaa ada lanjutan masa gitu.. Lya apa lagi time tu jugak terus buat pembayaran dan dah siap buat pembayaran terus jer bagi bukti pembayaran dan juga alamat kat Tuan Irwan Dahnil. Perghh jauh nooo ber WhatsApp kali ni .. nun di Switzerland nunnn...

Lost In Sekutland , Irwan Dahnil , Catatan Kembara

Korang mesti tertanya tanya mengenai buku LOST IN SEKUTLAND dan siapakah empunya nama Irwan Dahnil ni kan ? .. Ok bagi yang dah kenal, tak perlu Lya perkenalkan lagi.. bagi yang belum kenal siapa beliau... Ok Lya perkenalkan kat korang sikit sikit bagi korang kenal siapa dia penulis buku LOST IN SEKUTLAND.. Sikit sikit jer tau sebab kalau nak tau banyak pasal beliau boleh terjah facebook Irwan Dahnil pastu boleh follow beliau dan juga boleh singgah kat blog Irwan Dahnil www.irwandahnil.com .... Sekarang ni blog beliau under maintenance.. nanti dah ok korang boleh terjah sana .. 


Siapa Irwan Dahnil 


Kalau korang tanya Lya siapa Irwan Dahnil secara detail memang Lya tak boleh nak jawap.. Tapi kalau jawapan secara rambang Lya tahu laa sikit sikit sebab Lya mengikuti tulisan jejak kembara beliau di www.irwandahnil.com  .. Siapa beliau ? Irwan Dahnil adalah seorang travel writer yang menulis mengenai catatan kembara di kembarasafarnama.blogspot.my . Blog ini kini telah berpindah ke www.irwandahnil.com bermula jun 2016. Nak baca catatan kembara beliau boleh terjah blog beliau nanti .. Mula menulis pada 2009 menggunakan bahasa inggeris dengan entri pertama pada bulan June 2009 di papan pemuka blog yang di beri nama doctoratestroll.blogspot.my .. Last post untuk blog ini pada bulan Disember 2009 .. Lepas pada tarikh tersebut tiada lagi update terkini hingga la sekarang .. Antara blog beliau yang lain ialah 
jomscotland.blogspot.my/  last update 2015 dan juga tidolahome.blogspot.my/ yang masih aktif hingga sekarang. Tidola Home adalah homestay dan penginapan yang di miliki dan diuruskan oleh Irwan Dahnil di Glasgow Scoland.

Irwan Dahnil , Lost In Sekutland , Catatan Kembara Irwan Dahnil , Safarnama , Siapa Irwan Dahnil

Sedikit catatan mengenai beliau ...

" Nama Irwan Dahnil. Boleh panggil ID atau Irwan.  Sekarang berada di Glasgow, UK. Baru sahaja disini sejak 2014 bersama keluarga. Sebelum itu tinggal di K.Kinabalu 4 tahun.  Berasal dari Selayang Selangor.

Irwan Dahnil , Lost In Sekutland , Catatan Kembara Irwan Dahnil ,

Suka travel, tapi bukan backpacker kental. Suka pelajari kehidupan dan budaya orang.  Bukan jenis traveler selfie, muncung itik atau gila like. Tapi suka share apa yang aku lihat, apa yang aku rasa, apa yang beri manfaat kepada orang lain. Hobi sekarang buat homestay Malaysia disini. Tukar angin, bagi service untuk orang putih.
.
Penulisan di FB merupakan catatan tentang kembara dan cara aku melihat kehidupan luar zon selesa. Aku hormati pandangan orang lain, prinsip agree to disagree. Kita tidak perlu bersetuju semua perkara. Kita ada sejarah yang mungkin tidak akan sama cara kira melihat dunia. Berlapang dada " ..


Lya copy pasta catatan ini kat facebook beliau.. Korang kalau nak kawan boleh search  Irwan Dahnil .. Tapi takle nak kawan daaa boleh follow jer sebab ramai sangat sangat dah dia punya kawan.. Follow pon boleyyy !! Kalau korang baca blog dan catatan beliau kat facebook korang mesti teruja nak baca lagi nak baca lagi.. lagi dan lagi .. Dia punya penulisan santai berhemah tu boleh buat korang rasa nak terus melekat kat facebook beliau .. Kalau dah melekat kat situ memang sah sah laa korang akan terus skrool .. skrool.. skrool lagi sebab nak baca catatan yang lama lama... Tak caya g la terjah facebook beliau.. Nak tahu detail sila terjah okey .. Nanti korang tahu laaa SIAPA IRWAN DAHNIL.. 

Okey dah cukup dah tulisan Lya untuk pagi ni.. Selamat berhujung minggu korang ... Terima kasih sudi singgah blog Lya .. 


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. First time Baru kenal.. tak pernah kenal nama tu... Terima kasih berkongsi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Maria.. nnt boleh la jenguk2 fb beliau..byk perkongsian menarik dari beliau ..

      Padam
  2. singgah sini.. maaflah,, sy cari cbox tp x jumpa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq singgah..maaf ya blog ahkak ni mmg takde letak chatbox ..

      Padam
  3. Allahu!

    Terima kasih. Nanti rajin2 blogwalking ke sini pula :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu.. tak sangka Tn ID sudi singgah baca dan tinggalkan komen .. alhamdulillah tq tq.. sama2 jugam ..

      Padam
  4. oic. ini la dia ID yg dlm entri tadi ye Lya.
    ok ok...got it.
    best nyer ekk kalau dpt travel mcm ID.
    tu la... baca pengalaman dia ajer la :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.