Masuk Dapur Je Buka Peti Ais

April 12, 2017

Masuk Dapur Je Buka Peti Ais  | Jeng jeng jeng siapa kat sini ada tabiat lagu ni. Asal masuk dapur je buka peti ais .. masuk jer kat dapur mesti buka peti ais. Memang aktiviti wajib la pulak. Padahal takde benda pon nak carik kat dalam peti ais tu. Saja tangan ni macam di suruh suruh jer buka peti ais. Kalau sehari lima nam kali masuk dapur lima nam kali jugak laa duk bukak peti ais. Macam la peti ais tu buat magic, setiap kali buka keluar macam macam kat situ. Tu aku laaa tu .. ada ada jer tangan ni duk gatal bukak tutup peti ais .. Kekadang masa nak masak masak kat dapur tu kan, sempat lagi duk bertenggek kat peti ais duk fikir nak masak apa laaa arini nak masak apa laa arini .. Peti ais dah bukak lama dah.. Barang tak jugak ambik ambik lagi kat dalam tu.. Korang gitu jugak ke .. Meh la kongsi kot kot tabiat kita sama hahaha.. 


Ni pulak bab anak anak Lya, nak nak si Akif ni ha.. Memang suka bebenor la dia bab bab bukak peti ais. Abang Iman kurang sikit.. Ntah apa yang di carinya kat dalam peti ais tu tatau laaa. Paling win time dia balik sekolah, beg tak letak lagi.. stokin pon belum tanggal lagi terus jer basuh tangan kat singki pastu bukak peti ais .. Hadoiii laaa apakena ni nak oii kot ya pon tanggalkan stokin dulu .. letak la beg dulu nak.. Tahu apa dia cakap, haa aaa bukak peti ais dulu laaa nak sejukkan badan katanya.. Ya laa balik sekolah kepanasan dah dia.. Carik peti ais nak sejukkan badan hahahaa.. Macam macam laa dak Akif ni punya kerjaan.. Tapi betul la jugak cakap dia.. bila dia bukak jer peti ais datang aura sejuk tu kat muka memang boleh buat hidup jadi aman kejap hahaha.. 

Satu lagi kalau Akif ni tahu Umi dia ada buat dadih ke, aiskrim ke, puding ke, masa ni kan makin laju laaa dia bukak tutup bukak tutup peti ais.. Kekadang naik geram la jugak .. Bukan dia nak makan sangat pon sebenarnya, dia nak tengok jer .. Adusssss aduss nak tengok jer pon dah berkali kali duk bukak tutup peti ais.. Kalau dia start makan ntah berapa kali lagi laaa dia nak bukak tutup huhuhu... Tapi tu laa kan marah marah pon dia buat jugak, dah memang laluan ke dapur nampak peti ais.. 

Peti ais ni kan, memang dah jadi BENDA WAJIB pandang , buka dan tutup la gitu.. hehehe.. Mak dia pon gitu anak dia lagi laaa kan ... Pasrah jer laaaaa .. Abah dia pulak ada time jugak bukak peti ais.. Time sebelum nak solat tu memang time dia bukak peti ais minum air sejuk segelas dulu .. Lain lain masa takde nya nak bukak peti ais..

K laaa sampai sini dulu Lya duk merapu pasal peti ais.. Nanti ada citer baru Lya menulis lagi .. Tq tau sudi singgah sini..


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 sang pencerita

  1. Bukan kata budak2, Sha pun macam tu.. masuk dapur je buka peti ais.. Sebab jumpa peti ais dulu bila masuk dapur.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Haha saya pun tak tau kenapa saya macam ni juga. Padahal benda sama kat dalam peti ais tu..

    Pelik :D

    ReplyDelete
  3. Kalau kerap buka tutup freezer pun bagus jugak. Hati cepat sejuk.

    ReplyDelete
  4. hahah ayu masih lg ade habit cmtu.. baru perasan,
    mmg kene pukau dgn peti kan
    pdhal kite sndiri tau mmg xde bnd da dlm tu

    ReplyDelete
  5. kak lya, diya pun suka buka peti ais hahahahah pastu lupa nk amik apa..sejenis cpt lupa diya ni kak..kali ketiga buka ooo nak amik cili api tadi hahahaha.adoii

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang spontan la kak..hehe...

    ReplyDelete
  7. hahaa..akdang buka sebab nak rasa sejuk dia

    ReplyDelete
  8. sungguh.. kadang tu budak xde sebab pun. tahu dalam fridge takdak pape.. gatai jugak nak bukak hehehe..

    ReplyDelete
  9. ha ha ha sama dgn pe'el ijat tau, Lya.
    dok kat peti ais.
    "ijat panas la bu. shini shijuk shikit"
    ha ha ha :)
    nak marah ke, nak gelak ke...

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!