Cara Ukur Saiz Ketika Membeli Baju Secara Online

Cara Ukur Saiz Ketika Membeli Baju Secara Online |Dekat dekat nak puasa ni mesti korang duk sibuk usha baju raya yang dijual secara online kan kan kan ? Orang kata puasa pon belum lagi tpi Baju Raya 2017 dah ramai yang jual.. Lya nak tanya kat korang, korang suka beli baju secara online ? Pernah tak baju yang korang beli TERSALAH SAIZ ?.. Haa aahhh kalau tersalah saiz memang satu kesilapan besar la orang kata. Ya la, apa pulak tak besarnya.. kalau dah silap saiz nak kena return balik jadi leceh sebab banyak benda nak kena buat. Kena pergi kaunter pos laju lagi untuk pos balik .. Nak kena buat pilihan saiz sekali lagi dan yang paling tak best bila baju yang korang pilih dan berkenan dah kehabisan saiz korang. 


Nak tak nak kena pilih yang lain. Redha jer laaa walaupon tak berapa nak berkenan sangat.. Pastu kalau korang yang jenis tak suka nak return balik, kena pulak bawak baju tu kat tukang jahit untuk baiki balik ikut saiz korang. Jadi satu kerja pulak nak kena baiki, nak kena bayar tu semua. Makin meningkat kos pembelian sehelai baju sebab tak ngam dengan saiz sebenar korang...


Cara Cek Ukuran Saiz Ketika Membeli Baju Secara Online , Cara Ukur Saiz Baju , Cara Ukur Baju , Cara Ambil Ukuran Dada, Cara Ambil Ukuran Bahu , Cara Ambil Ukuran Labuh Baju, Cara Ambil Ukuran Labuh Lengan, Cara Ambil Ukuran Pinggang Kain, Cara Ambil Ukuran Punggung Kain, Cara Ambil Ukuran Labuh Kain, Cara Ambil Ukuran Bahu


Bagi mengelakkan korang tersilap pilih saiz baju waktu membeli belah secara online, Lya nak share dengan korang cara ukur saiz ketika membeli baju secara online. Bagaimana nak tahu ukuran yang betul betul ngam dengan badan korang. Jom baca semua tips yang Lya tulis kat bawah. Nanti takde laa korang tersalah pilih saiz masa nak beli baju secara online .... Satu lagi nak pesan kat korang, sila beli pita pengukur dan simpan sesiap kat runah korang, nanti nak guna senang .. 

Bagaimana Mendapatkan Ukuran Saiz Baju Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri



Kesilapan besar sebahagian daripada kita termasuk Lya sekali saat membeli belah secara online adalah, TERSALAH PILIH SAIZ BAJU. Hari ni Lya nak ajar korang cara ukur saiz korang dengan betul dan tepat. Moga lepas ni korang takkan silap pilih saiz lagi. Jom kita dapatkan ukuran saiz baju yang sesuai dengan korang ..


UKURAN BAHU

- Ukuran diambil dari sisi bahu kiri ke sisi bahu kanan.

UKURAN DADA

- Ukuran diambil bermula dari bahagian bawah ketiak sebelah kiri ke bahagian bawah ketiak sebelah kanan.
- Jumlah inci didarab dengan dua. Contoh :  22 x 2 = 44 inci.

UKURAN LABUH BAJU

- Ukuran dari atas bahu ke bawah baju.

UKURAN LABUH LENGAN

- Ukuran diambil terus daripada ukuran bahu ke lengan.

UKURAN PINGGANG KAIN

- Ukuran diambil bermula dari sisi kiri ke sisi kanan.
- Jumlah inci didarab dengan dua. Contoh : 22 x 2 = 44 inci

UKURAN PUNGGUNG KAIN

- Ukuran diambil bermula dari sisi kiri ke sisi kanan.
- Jumlah inci didarab dua. Contoh : 22 x 2 = 44 inci.

UKURAN LABUH KAIN

- Ukuran diambil terus dari pinggang kain ke hujung bawah kain.

Bila dah dapat ukuran yang betul betul sesuai dengan diri korang, mudah la korang nak pilih saiz waktu nak beli baju secara online.. Takde la korang tersilap pilih saiz lagi... Kalau tersilap jugak, tu tandanya korang silap buat ukuran la tu.. Ikut bebetul cara mengukur baru dapat ukuran sebenar... Selamat membeli belah secara online untuk korang yang suka membeli atas talian.. Jangan silap pilih saiz okey !!!

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. kemarin baru beli baju raya online.. harap2 muat la

    BalasPadam
  2. hana slalu beli baju online..bila smpai baju besar...terima kasih kongsi tips..
    jom jalan2 blog hana pulak

    http://healthandlovekids.blogspot.my/

    BalasPadam
  3. Terima kasih sis kongsi tip. Boleh la cuba lepas ni. Selalu takut nak beli baju online.lepas ni boleh la ukur dulu hehe

    btw, salam perkenalan :)

    http://www.cikfira.com/

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.