Beli Bedak Ular Prickly Heat Di Lazada

April 18, 2017

Beli Bedak Ular Prickly Heat Di Lazada   | Nak jadi cerita semalam Lya ada google mengenai ubat gatal kulit dan jugak ruam. Apakehal duk cari ubat gatal dan jugak ruam. Nanti Lya citer satu satu okey. Ni nak citer pasal bedak gatal dan ruam dulu. Masa Lya google untuk bedak gatal dan ruam, keluar bedak ular dulu. Hehehe kenapa panggil bedak ular ? .. Gamaknya sebab nampak ular sekor tu kot kat depan tin makanya pengguna lebih senang  panggil Bedak Ular. Nama jer bedak ular, yang pakainya orang.. Nak tau rupa bedak ular camne, korang boleh tengok gambar kat bawah. Kalau ikutkan nama kat tin, Snake Brand Prickly Heat Powder... Oo kiranya Ular tu jenama dia laa eaaa.. 

Beli Bedak Ular Prickly Heat Di Lazada

Beli Bedak Ular Prickly Heat Di Lazada

Mula mula Lya nampak yang Classic jer ada .. Yang lain tak nampak lagi. Bila klik klik klik timbul pulak yang lain. Ada yang lavender jugak. Alang alang dah beli, beli jugak laa yang lavender satu lagi. Kalau beli satu kos pos rm5 beli dua pon kos pos rm5 juga. Nak senang kita beli dua terus laaa..  Bedak Ular yang classic berharga rm6.10 manakala bedak ular yang lavender berharga rm12.00 . 

Beli Bedak Ular Prickly Heat Di Lazada

Bila dah jumpa apa yang Lya cari, terus masuk kat shopping cart .. Tak tunggu lama lama sebab dah tau, makin lama duk kat situ nanti makin bertambah laa troli tu haaaaa.. Makanya Lya cecepat buat urusan pembayaran...

Beli Bedak Ular Prickly Heat Di Lazada

Mudah jer klik klik klik jer dah siap.. Semua di hujung jari jer tak perlu nak susah susah lagi. Ok siap buat pembayaran tak sampai pon dua minit kalau line ok.. Kalau line kiok lama laaaa sikit prosesnya.. Ok dah bayar untuk dua barang yang Lya nak... Dah siap bayar nanti akan terima email pembayaran dari pihak iPay88 sales. 

Beli Bedak Ular Prickly Heat Di Lazada

Ok dah selesai bab pembayaran ... Dah dapat email pengesahan untuk bayaran yang telah Lya buat.. Semua detail lengkap tentang pembayaran di hantar sekali melalui email. Alhamdulillah settle bab bab bayaran..

Beli Bedak Ular Prickly Heat Di Lazada

Dah siap untuk bahagian pembayaran sekali dengan detail lengkap, Lya dapat satu lagi email dari pihak Lazada, tracking number untuk order dan tarikh jangkaan barang yang Lya beli akan tiba. Dua barang dari company berlainan jadi tarikh jangkaan dapat barang adalah tarikh berlainan.. Tak kisah la janji barang selamat sampai kat tangan Lya udah laaa.. 

Ok kalau nak check status mengenai barangan yang kita beli boleh klik kat bahagian Order Status melalui email yang di hantar oleh pihak Lazada.. Sangat mudah dan cepat.. Harap harap bedak ular yang Lya beli kat Lazada ni sampai secepat yang mungkin sebab Lya pon dah tak sabar nak guna untuk anak anak.. 

Beli Bedak Ular Prickly Heat Di Lazada

Ok kat atas sana Lya ada citer Lya memang tengah cari ubat gatal dan juga ruam.. Sejak dua menjak ni dengan keadaan cuaca yang tak menentu menyebabkan kulit anak anak Lya menjadi gatal dan naik ruam kemerah merahan. Bila menjelang malam dan waktu nak tidur mula laa diaorang menggaru disebabkan kegatalan. Bila dah garu tu tau tau aje laa camne jadinya.. makin lama makin teruk la jadinya. Makanya Lya cuba macam macam ubat gatal dari klinik dan juga farmasi tapi tak jalan jugak. Tak tau laaa nak buat macam mana lagi.. Semua yang Lya buat tak kena jadinya. Dah cuba basuh pakaian anak anak guna air panas tak jalan gak. Dettol... Lifeboy.. Sebamed.. pon tak jalan.. Ada juga yang syorkan berubat dengan Ustaz la pulak tengok macam mana .. Tak tahu dah nak guna ubat apalagi.. ada yang cakap jangan guna macam macam jenis ubat sebab dalam ubat banyak racun.. sebab tu laa Lya try tukar guna bedak ular pulak. Lya ada baca tentang keberkesanan bedak ni kat carian Google. Harap bedak ular ni dapat membantu meringankan rasa gatal gatal kat badan anak anak sementara mendapat rawatan terbaik.. Doakan anak anak Lya cepat sembuh ya sahabat.. Kesian pulak tengok diaorang tergaru garu hingga terganggu waktu tidur diaorang... Tak sabar nak cuba bedak ular ni.. harap harap cepat ler sampai ....


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 sang pencerita

  1. Kalau dah gatal semua badan ni kak lya..bgg juga kan. Mesti kena usaha juga. Kalau tak dapat juga kena rujuk ustaz. Mana lah tau kena tegur makhluk mistik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu tu laa cik akak.
      Harap2 takde laa sampai ke situ..tapi ya laa kan..kena jugak usaha jumpa ustaz.

      Delete
  2. semoga akif cepat sembuh....

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!