Tabung Syria Bantuan Kilat RM200,000 Bersama Muslim Volunteer Malaysia

Tabung Syria Bantuan Kilat RM200,000 Bersama Muslim Volunteer Malaysia  | Salam Jumaat sahabat.Lya doakan sahabat sahabat Lya berada dalam keadaan sihat walafiat, bahagia dan sentiasa dalam redha Allah SWT. Aaamin aamin.

Lya ingin berkongsia sedikit cerita bersama sahabat. Ini adalah mengenai sukarelawan dan juga Muslim Volunteer Malaysia. Untuk pengetahuan sahabat dalam waktu ini 3 wakil sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia kini berada di Lubnan bagi menyampaikan sumbangan kepada pelarian Syria di sana. Sebelum ini mereka telah berada di kem kem pelarian Syria di Jordan. Ok  Lya kongsikan beberapa gambar sepanjang mereka di sana dalam misi menghulurkan bantuan kemanusiaan.






Misi ini menjadi penutup kepada siri misi bantuan musim sejuk yag digerakkan oleh MLLFS semenjak akhir tahun 2016 dengan jumlah sumbangan rakyat Malaysia untuk misi bantuan musim sejuk 2016/2017 adalah sebanyak RM620,000. Tahniah ...

Terima kasih kepada sahabat sahabat dan rakyat Malaysia atas sokongan dan sumbangan utk menjayakan misi ini.

Mohon sahabat sahabat semua mendoakan misi bantuan ini berjalan dengan lancar dan mencapai kejayaan maksima dalam membantu meringankan penderitaan dan tangisan saudara saudara Syria kita disana.

Seterusnya, Lya ingin warwarkan pada sahabat sahabat hari ini juga sudah 7 hari Muslim Volunteer Malaysia membuka Tabung Syria Bantuan Kilat RM200,000 bagi membeli 2 buah ambulans di Syria. Kempen ini adalah dengan usahasama Malaysia Life Line for Syria dan Tangisan Syria di Bumi Jordan.

Jumlah Terkumpul = RM 23,585
Masih Berbaki = RM 176,415

Adakah sahabat sahabat Lya mahu memyertai memberi sumbangan dalam kempen ini?

MAKLUMAT BANTUAN KILAT RM 200,000 UNTUK PEMBELIAN AMBULANS DI SYRIA:

- 1 ambulans : RM100,000
- Sasaran : RM200,000
- 1 Tajaan : RM50 untuk 1 bahagian

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

- Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
- CIMB Islamik (8602 5378 07)
- Bank Islam (1230 0010 0030 65)

Jika sahabat sahabat memerlukan resit selepas tajaan dibuat, boleh dapatkan di link berikut:


Semoga Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Aaamin ..

Catat Ulasan

0 Ulasan