Selamat Hari Wanita Untuk Anda Yang Bergelar WANITA

March 08, 2017

Selamat Hari Wanita Untuk Anda Yang Bergelar WANITA | Alhamdulillah hari ini 8 Mac 2017 adalah HARI WANITA SEDUNIA. Selamat Hari Wanita untuk semua wanita di seluruh dunia. Lya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI WANITA buat semua sahabat Lya yang bergelar WANITA.



WANITA 
❤ Tercipta Daripada Rusuk Lelaki,
Bukan Dari Kepala Untuk Dijunjungi,
Bukan Juga Dari Kaki Untuk Dialasi,
Tapi Dekat Dibahu Untuk Dilindungi,
Dekat Jua Dihati Untuk Disayangi, 
WANITA hiasan duniawi ...❤

❤ Sayangi Diri ..Kasihi Diri .. Kerana Dirimu Begitu Berharga.. 

WANITA HEBAT

 Wanita hebat bukan kerana dia cantik
Wanita hebat bukan kerana dia kaya
Wanita hebat bukan kerana dia pintar
 Dan bukan pula kerana disampingnya ada lelaki kacak dan kaya

Tapi wanita hebat adalah :
Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
 Bersabar saat tertekan
Tersenyum saat hati menangis
 Diam saat terhina
 Mempesona kerana memaafkan
Mampu membalut luka hati dengan sabar
 Mampu memadam amarah dengan istighfar
Mampu menghapus dendam dengan maaf.

Sesungguhnya WANITA adalah ciptaan Allah swt yang paling indah sekali dimuka bumi ini, oleh itu hargai diri anda wahai wanita yang diciptakan dengan pelbagai kebolehan ini. Selamat Hari Wanita Sedunia. 

Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

  1. Alamak.. Malam baru nk ucap selamat hari Wanita sedunia.. Utk Lya, semoga sukses dlm tugas seharian.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Wanita juga, Lia.. ;)

    ReplyDelete
  3. Slam
    You been tag

    http://radenotion.blogspot.com/2017/03/thanks-for-nomination-sunshine-blogger.html

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas informasinya yang sangat penting izin shared buat belajar di rumah

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..